Rabu, 11 Februari 2015

Lala Masak Lemak Sweet Sour

Gambar 1; Biarpun hidangan yang simple, asalkan hidangan ni 
adalah hasil tangan Cik Mun.

Dah lama sangat rasanya tak makan lala. Cik Mun sebenarnya suka jugak makan tapi kena tengok musim. Sebab dulu, pernah terbaca pasal keracunan makanan hingga ada yang meninggal dunia hanya disebabkan oleh memakan lala ni, berlaku di Negeri Sabah/Sarawak. Tak ingat sangat la sebab dah lama sangat baca artikel tu yang dipaparkan dalam Harian Metro.

Gambar 2 : Pinggan pemakanan sihat lagi tu!

Biras Cik Mun pun pernah makan (mungkin masa musim yang tak sesuai), dia jadi kejang dan pitam. Tapi tak tahulah. Mungkin sebab dia yang memang sediaada mempunya kanser dan `antibody' badannya lemah dan tak boleh melawan serangan yang biasa-biasa kot.

Berbalik kepada aritikel yang Cik Mun baca tu, penulisnya menasihatkan agar jika kita hendak memakan lala/lain-lain makhluk kerang-kerangan ni, makanlah ketika musim panas dan bukannya semasa musim hujan. Ini disarankan setelah kajian saintis mendedahkan bahawa kandungan merkuri (seingat-ingat Cik Mun la...) dan bahan kimia yang dibuang dari kilang (dari daratan) mengalir ka dalam laut. Dan hidupan yang paling terjejas dan paling banyak menyerap bahan yang tidak baik untuk kesihatan ini adalah kerang-kerangan termasuk lala.

Takpe lah, lupakan sekejap pasal artikel tu...Jangan hajat nak makan lala terbantut. Kalau nak makan pun masih boleh lagi.. dinasihatkan agar memakannya pada musim panas kerana kurangnya pengaliran bahan-bahan buangan merbahaya kilang/kawasan industri ke dalam laut...

Untuk cuba masak hidangan ni, bahan-bahan dan cara memasaknya adalah seperti di bawah


Bahan-bahannya;

800gm lala (rendam dan bersihkan dengan air biasa untuk buang pasir)
1 biji ubi kentang (kupas kulit dan potong kiub kecil-kecil)
1/4 inci halia hiris nipis*
2 biji bawang merah (hiris halus)*
1 ulas bawang putih (hiris halus)*
2 sudu makan cili kisar
1 sudu gula putih
1 sudu sos tiram
3 sudu pati santan (kalau suka lemak boleh tambah lagi)
Garam secukup rasa
1 hiris asam gelugur keping
1 helai daun kunyit (pucuk muda)
Perasa (optional)
Minyak secukupnya  untuk menumis



Cara-cara memasaknya:

  1. Tumiskan semua bahan bertanda * hingga naik baunya.
  2. Masukkan kentang, sos tiram, cili kisar, gula, garam, perasa dan asam gelugur keping.
  3. Masukkan kuantiti kuah yang dikehendaki dan tunggu hingga ubi kentang empuk.
  4. Akhir sekali, masukkan lala dan daun kunyit.
  5. Tunggu hingga semua lala terbuka (menandakannya masak) dan `adjust rasa' masam, masin dan manisnya sebelum diangkat dan dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan