Selasa, 30 September 2014

Sambal Kentang Ikan Bilis Berdaun Kedondong

Minggu ni sibuk sikit dengan berkebun. malas nak masak. Kalau masak pun yang simple-simple je. Suami Cik Mun memang senang. Kalu Cik Mun tak berapa konfiden lauk yang Cik Mun masak pada hari tu di akan makan atau pun tak, selalunya Cik Mun akan buat sambal kentang ni.

Memancangkan pokok kedondong yang Cik Mun tanam dah besar panjang, daunnya pun galak tumbuh pucuk-pucuk baru. Cik Mun memang patahkan dan ambil pucuk sebab nak galakkan pokok kedondong tu tumbuh bercabang. Biar rimbun sikit.

Pucuk yang dipetik tu,, jangan dibuang. Boleh dimakan. Cik Mun pelbagaikan cara nak makannya dengan letakkan daun tu dalam sambal kentang. Bila dah buat, sedap jugak rasanya...Kalau nak tahu bahan dan cara membuatnya, tengok kat bawah ni.

 Bahan-bahannya:

2 biji kentang (potong nipis2)
1 genggam ikan bilis*
1/2 inci persegi belacan*
1 labu bawang besar*
8-9 biji cili padi (bergantung kepedasan dikehendaki)
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
Perasa (optional)
1 cekak pucuk kedondong 

Tumbuk semua bahan bertanda * (jangan terlalu lumat).


Cara-cara membuatnya:
  1. Goreng kentang hingga garing kekuningan dan rangup.Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan tumbuk bersama dengan air asam jawa.
  3. Perasakan dengan garam dan perasa. Tunggu hingga garing. (Masukkan garam sedikit saja kerana ikan bilis sudah sedia masin).
  4. Masukkan pucuk kedondong dan matikan api.
  5. Sedia dihidangkan bersama dengan nasi panas. 
 Saiz hidangan untuk 2 orang.

Ahad, 28 September 2014

Ayam Masak Lemak Kuning Sama Kentang

 Perasaan malas masak menguasai diri ini. Perasaan malas nak pergi ke kedai beli lauk siap pun ada jugak. Pendek kata sekarang ni Cik Mun memang malas tahap gaban sangat. Maka, terhasillah masakan yang senang sangat ni...

Bahan-bahan tumbuk ni memang dah lama Cik Mun buat. Minggu lepas lagi. Al kisahnya Cik Mun bersihkan kawasan belakang rumah. Tempat semua tananam herba ditanam. Banyak serai yang Cik Mun dapat. Ada yang disedekahkan pada jiran-jiran dan selebihnya Cik Mun buat awas untuk simpanan Cik Mun gunakan bila nak masak. Selain daripada rumpunan serai yang Cik Mun bersihkan, Cik Mun korek jugak lengkuas dan bersihkan apa-apa lagiyang patut. 

Ok lah. Dah banyak sangat serai dan lengkuas, Cik Mun pun buat awas yang mana awas tu sesuai untuk guna untuk buat pelbagai jenis masakan. Antara masakan yang sempat Cik Mun buat seperti kat bawah ni. Kalau nak tahu bahan-bahan dan cara memasaknya, tengok kat bawah ni...


Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (450gm)2 sudu teh serbuk kunyit
2 biji kentangsecekak soo un
300ml pati santan1 batang serai (dititik)*
4 biji cili padi (jika suka pedas boleh tambah lagi)*
¼ sudu teh belacan*
3 biji bawang merah*1 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas *
perasa (optional)


Cara-cara memasaknya:


  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan  yang bertanda * dengan kentang dan ayam.
  2. Tunggu hingga ayam dan kentang empuk. Masukkan soo un dan santan. Sentiasa kacau untuk elakkan santan bergentel.
  3. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  4. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas beserta ulam-ulaman mentah.
Saiz hidangan untuk 4 orang.

Jumaat, 26 September 2014

Sup Ayam Campur Simple Sedap

2 - 3 hari kebelakangan ni anak-anak Cik Mun kena serangan cirit birit dan muntah-muntah je. Susah hati Cik Mun bila tengok keadaan mereka. Nasihat doktor supaya kurangkan makanan yang berlemak, pedas dan berempah. Itu lah yang Cik Mun masak sup ni. Kira dalam seminggu ni asyik makan sup je la. Ada yang beli dari kedai, tapi yang ni Cik Mun masak sendiri. Kalau orang dewasan yang nak makan, boleh je nak ubahsaui ikut tekak. Makan nasi bersama sup ni yang diperah asam limau lagi ke, tambahnkan sambal kicap/sos cili lagi ke... terpulang cara mana yang manaikkan selera. Janji perut jangan kosong sebab kalau tak, yang sakit akan lagi bertambah sakit. Bahan-bahan dan cara memasaknya seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya:

2 ketul ayam (Bahgian dada- potong dadu kecil)
1 keping `fish cake'
3 inci caret/Lobak merah
1 biji kentang
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2 biji kacang buncis
sedikit bunga kubis
1 uncang sup bunjut (Cik Mun guna Jenama Adabi) 
1 sudu serbuk sedap rasa (jenama maggie)


Cara-cara memasaknya:

  1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dimayang halus bersama dengan sup bunjut hingga naik bau.
  2. Masukkan air (ikut banyak mana kuah dikehendaki), lobak merah, kentang dan serbuk sedap rasa. Tunggu hingga lobak merah dan kentang separuh empuk.
  3. Masukkan pula kacang buncis dan  bunga kubis dan tunggu hingga empuk. (Pada masa ini, kentang dan caret akan empuk juga)
  4. Masukkan ayam. Cukup sekadar 1 minit. (Jika terlalu lama, ayam akan keras kerana `overcook').
  5. Siap dihidangkan bersama dengan nasi panas.
Saiz hidangan adalah untuk 3 orang.

Rabu, 24 September 2014

Baulu Cermai Dan Baulu Gelugur Tidur

 Inilah rupanya baulu cermai.

Ini pulak baulu Gelugur Tidur.

Biskut ni memang glamer bila time raya. Sebenarnya kalau beli pun RM16.00 dah boleh dapat dalam 45 biji. Tapi memandangkan Cik Mun bukan je nak 45 biji. Tapi nak pakai 200 biji. Almaklumlah. kena bagi kat 4 biji rumah. (umah mertua, umah arwah mak dan ayah sendiri, umah sendiri dan umah pengasuh anak-anak). Kalau beli je walaupun RM16, kalau dah 4 biji dah RM64 henggit. Cik Mun pun tray la buat dan kalau nak tahu, modalnya cuma RM16 untuk lebih kurang 213 biji baulu. Tapi sarang yang Cik Mun gunakan kecil sikit la berbanding dengan baulu yang dijual kat kedai tu...tapi tak kisah la janji puas hati dan sedap dimakan.

Kalau nak ikut jejak langkah Cik Mun, jadik menantu, isteri dan majikan yang baik, meh kita buat-buat rajin, buat biskut dan kuih raya sendiri. Kalau nak tahu bahan dan cara membuatnya, tengok resepi dan cara membuatnya kat bawah ni ok! Gambar pun ada sekali...

 
Arwah mak Cik Mun suka gunakan esen pisang. Cik Mun pun gunakan yang ni walaupun ada beberapa blog yang Cik Mun rujuk banyak yang gunakan esen vanila/ros. Guna 4 sudu teh je tau.

2 sudu teh Ovalet untuk menggebukan kuih bahulu.

 2 sudu teh `Baking powder'/serbuk penaik.

 1 kg gula, penyedap rasa...bakar dulu ye...

23 Biji telur. Cantik tak emosi diaorang tu?

1 kg tepung gandum. Goreng/bakar dulu ye...

Adunan yang sudah siap di `mixer'.

 Adunan yang dah siap disudukan ke dalam acuan bahulu cermai

 Adunan yang dah siap disudukan ke dalam acuan baulu gelugur tidur.

 Cik Mun bakar guna oven tua ni la... Kejap bakar kat atas, kejap tu tukar pulak bakar kat bawah. Gilir-gilir la, baru sekata masaknya.

 Minyak dan `berusnya'. Cik Mun gunakan serai sebab arwah mak Cik Mun masa kat kg dulu2 akan gunakan serai yang diketuk pada baahgian hujung ni sebagai berusnya untuk sapukan minyak.




Bahan-bahan (Dalam 213 biji) :

23 biji telur gred A
1 kg gm gula halus
4 sudu kecil esen pisang
2 sudu kecil ovalette
1 kg  tepung gandum diayak
2 sudu kecil baking powder diayak
sedikit minyak untuk sapu pada acuan bahulu
 

CARA-CARA:


1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.

2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan yang telah dipukul dan kacau adunan dengan sudu je...

Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. (Cik Mun gunakan api dapur je nak panaskan acuan. Itu pun boleh jugak...).

Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.

Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau tidak mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selama 2 minggu. In sha Allah.

Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven/ (Cik Mun goreng tepung) .... Tapi jangan terlalu lama. Cuma sebentar sahaja dan tepung agak-agak hangat. Ini sama juga seperti kaedah orang diulu-dulu menjemur tepung.

Peringatan! Suhu bakar 180C / bergantung kepada jenis oven yang digunakan sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika anda 'off' kan fat oven kerana kalau anda guna fan tersebut, bahulu akan mengecut sedikit nanti dan kelihatan tidak cantik.