Khamis, 16 Januari 2014

Tempe Goreng Berlada

Resepi ni merupakan resepi ulang tayang. Cik Mun dan suami memang sukakan tempe. Paling sedang kalau makan dengan nasi lemak. Ada pulak sayur salad/timun sebagai pelengkap. Husban Cik Mun pastinya akan bertambah-tambah nasinya kalau lauk ni. Resepi pada yang ingin mencuba adalah seperti di bawah ini.

 Bahan-bahan:

150 gm keping tempe (digoreng dahulu)
50 gm ikan bilis (digoreng dahulu)
50 gm kacang tanah (digoreng terlebih dahulu dalam minyak/goreng kering)
Daun bawang secukupnya (hiasan)
2 sudu besar gula putih
1/2 sudu besar gula merah
Air asam jawa secukupnya
1/5 sudu teh ajinomoto
1 biji bawang besar*
2 biji bawang kecil 2 ulas bawang putih*
5-8 biji cili kering*
 
Semua bahan bertanda * dikisar halus.


Cara-cara memasaknya:
  1. Panaskan minyak (anggaran 4-5 sudu besar)
  2. Tumiskan bahan blender hingga pecah minyak/hingga betul-betul kering.
  3. Perasakan dengan gula putih, gula merah,  garam, air asam jawa dan ajinomoto secukupnya.
  4. Masukkan tempe, ikan bilis dan kacang tanah yang telah digoreng dan sebatikan.
  5. Angkat, taburkan dengan daun bawang dan hidangkan.
Saiz hidangan adalah ujtuk 2 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan