Isnin, 13 Januari 2014

Kek Cheese Kembar Siam



Cik Mun teringin nak makan Kek Persona dan Kek Cheese Kut. Kalau buat masing-masing sebiji kek, rajin je Cik Mun ni. Cuma masalahnya bila kek dah banyak buat, berjenis-jenis, Cik Mun jugak yang jadi tukang habiskannya. Anak-anak Cik Mun yang kecil lagi ni berapa suap sangatlah yang diaorang nak makan. Tu lah yang datang idea nak gabungkan kedua-dua resepi buat kek ni. Biar jadi kembar siam, dua-dua jenis kek Cik Mun dapat rasa dalam satu jenis kek je. Resepi dan bahan-bahan adalah seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya:
(Anggaran Besar Kek 5 X 5 inci)

250 gm krim cheese (Cik Mun guna Jenama Tartura)
100 gm gula halus (Boleh kurangkan jika tal suka manis)
100 ml susu cair/krimer sejat (Cik Mun gunakan susu cair Jenama Diary Camp)
1/2 Paket Biskut Coklat Mary (125 gm)
100 gm Biskut 4 Segi Hup Seng
100ml susu sejat (panaskan hingga suam)


Bahan Tabur Atas/Hiasan;

Buah beri secukupnya (hiasan)
1/2 Tiub Serbuk Nescafe 3 in 1*
1 keping  Biskut 4 Segi Hup Seng* 
1 Keping Biskut Marry Coklat*

Bahan bertanda * Hancurkan kesemuanya dengan tangan/blender.


Cara-cara Membuatnya:
  1. Pukulkan krim cheese dengan gula halus dan krimer sejat hingga cheese krim kembang 2 kali ganda dari saiz asal dan ketepikan.
  2. Ambil biskut Marry, celupkan satu saat ke dalam krimer sejat dan susun ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak sebagai lapisan pertama.
  3. Ambil krim cheese dan ratakan sebagai lapisan ke dua.
  4. Ulangi proses/lengkah yang sama hingga habis semua biskut mary.
  5. Bagi lapisan yang akhir, gunakan pula biskut 4 segi hup seng dan celupkan ke dalam susu krimer sejat, susunkan dan sudahi dengan menyapu krim cheese di bahagian atas.
  6. Seterusnya taburkan dengan bahan tabur dan hiaskan dengan berry merah.
  7. Simpan di dalam peti sejuk selama 1- 4 jam sebelum dimakan.  
 
Cik Mun gatal nak buka lapisan kertas minyak awal sangat. Tak sempat menyempat nak tunggu hingga 4 jam, makanya jadi buruk sikit kek ni sebab terkopak cheese kat sebelah kiri kek tu.


 Mmmmmm... Sedap sangat!
Potongan rentas kek cheese siam Cik Mun.
Cheese Cik Mun terkurang pada bahagian dalam kek. Jadinya, Cik Mun lebihkan cheese kat lapisan atas tu. Nampak tak ketebalan cheese kat bahagian atas tu. Cik Mun ni tak la pandai sangat nak budget ketebalan setiap lapisan sebab baru nak belajar buat kek jenis yang ber cheese ni...Tapi percayalah! hasilnya memang mabeles...

Kasi Close-up sikit!. Baru Cik Mun akan teringat
selama-lamanya bila tengok balik resepi ni.



Kat bawah ni semua antara bahan-bahan yang digunakan oleh Cik Mun.

 Mula-mula bila tengok resepi asal kena pakai susu segar, tapi Cik Mun try tukar guna krimer sejat, 
ok jugak rasanya...

 Cik Mun pukul guna mixer tangan je sebab buat bancuhan yang sikit. 
Tapi, ... lengoh sangat tangan rasanya sebab kena pukul dalam lebih kurang 15 minit.

 Nescafe 3 in 1 yang Cik Mun guna... Tapi sebab Cik Mun tak suka sangat dengan kafein, makanya Cik Mun campur dengan serbuk Biskut Marie Coklat dan Biskut 4 Segi Hup Seng yang dihancurkan sebagai hiasan untuk tabur. Tapi kalau tak nak letak nescafe pun takpe...Cumanya, takde lah rasa nescafenya nanti...

Biskut marry coklat yang Cik Mun guna. Siap ada tanda harga lagi tu.
Boleh kira budget terus kalau nak buat. Hahahaha....

Satu lagi yang takde ialah Biskut 4 Segi Hup Seng. Kalau ada kesempatan, Cik Mun akan edit entry ni dan masukkan gambar Biskut 4 Segi Hup Seng ok!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan