Ini adalah Chicken Cop yang first time Cik Mun buat. Nampak macam Chicken Chop, Cik Mun pun namakan je Chicken Chop yang berkari. Kalau dari laman-laman blog yang cik Mun lawati lama dulu antaranya:
dan banyak lagi yang Cik Mun rujuk, (tapi maaflah sebab kalau nak ingat satu2 banyak sangat yang Cik Mun tengok sampai tak ingat). Terima kasih banyak-banyak dan izinkan Cik Mun ubah resepi ikut keadaan dan paparkan dalam blog Cik Mun pulak.
Resepi ini pun tak lah beriya sangat. Main campak-campak sambil ingat apa yang terlintas sahaja di fikiran. Almaklumlah, masa kat opis, meng`view' resepi kat blog orang tapi tak salin pun. Bila dah balik rumah je, terasa nak makan. Makanya, campak sahaja lah apa yang ingat. Tapi Alhamdulillah, menjadi dan habis licin jugak le. En. Husben pun puji sedap.
Anak-anak apatah lagi...
Resepi Chicken Chop Cik Mun yang tak seberapa ni seperti di bawah:
Bahan-bahannya:
6 ketul paha Ayam (Cik Mun tak buang tulang sebab malas)
1 sudu teh serbuk lada hitam*
1 biji kiub ayam*
1/2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 bawang merah*
1 biji bawang besar*
1 sudu makan sos tiram*
1 sudu makan serbuk kari babas*
Semua bahan bertanda * diperap bersama ayam, tinggalkan dalam peti sejuk tempat simpanan biasa lebih kurang 4 jam/semalaman. Cik Mun tak letakkan garam kerana semua bahan perap ini ada antaranya yang akan berikan rasa masin kepada ayam ni. Lagipun, sos yang nak dimakan bersama nanti juga akan sumbangkan rasa masinnya nanti.
Hiasan segar yang boleh dimakan:
Buah Tomato (potong ikut suka)
Daun Stevea (boleh gantikan dengan sayur lain, salad contohnya, Cik Mun tak letak sebab tak ada...)
Kacang panggang dalam tin (masak sekejap sahaja atas api hingga mendidih dan hidangkan)
Kentang goreng (Rebus dulu hingga empuk, goreng `deep fry' dan hidangkan)
Sos
Jalapeno Cheese Powder (dibancuh dengan air panas.)
Mayonese
Cara-cara memasaknya;
- Ayam digoreng secara `deep fry' hingga betul-betul masak. Api jangan kuat sangat untuk mengelakkan bahagian luar masak tapi bahagian dalamnya mentah.
- Angkat dan hidangkan dengan sos dan makanan tambahan yang lain seperti kentang, kacang panggang, buah tomato dan daun stevea/salad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan