Jumaat, 10 Januari 2014

Taufu Telur Campur Sawi Dan Caret

 Tofu telur ni memang menjadi kesukaan Cik Mun dan suami. Anak-anak pun suka makan, tapi hanya akan kutip caret dan makan kuahnya sahaja. Biasalah! Budak-budak, memang tak sukakan sayur. Cik Mun ni buat lah pelbagai sajian jenis sayur dicampurkan dengan harapan mereka akan sukakan sayur. Tapi hasilnya sama sahaja, Mereka tetap akan memilih sayur-sayur untuk dimakan. Yang selebihnya apalagi... Cik Mun la yang jadi tukang habiskannya...


Ni gambar Taufu Telur Campur Sawi Dan Caret. Cik Mun `close-up' sikit...
Kalau nak cuba masak, resepi adalah seperti di bawah ini...


Bahan-bahan:

2 batang tofu telur
3 inci caret
2 pokok sawi pakchoy
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji kiub ayam
2 biji bawang kecil*
1 ulas bawang putih*

Bahan bertanda * dicincang halus


Cara-cara memasaknya:
  1. Potongkan bulat tofu telur (anggaran 1/2 inci) dan goreng hingga keperangan. Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng tofu tadi, kurangkan minyak hanya untuk menumis (tinggalkan anggaran 3 dudu besar) sahaja.
  3. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga garing dan naik baunya.
  4. Masukkan air yang dicampur dengan tepung jagung, sos tiram dan kiub ayam. (Tepung jagung mesti dibancuh dengan air sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuali untuk mengelakkannya bergentel)
  5. Perasakan dengan garam secukupnya. 
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan adalah untuk 4 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan