Balik dari kerja pada hari Jumaat yang lepas teringin sangat nak makan maggie kari. Dah lama sangat rasanya tak makan maggie kari. Cik Mun buat magie kali ni meriah sangat dengan sayur sebab Cik Mun suka makan sayur. Lagipun, biarlah sekadar kari tapi pastikan semua nutrisi pemakanan lengkap dalam sepinggan hidangan. Hidangan ni untuk Cik Mun dan yang hidangan satu lagi yang kat bawah tu untuk husben. Kuahnya pula Cik Mun otter sikit sebab tak nak gunakan sepenuhnya perencah yang dibekalkan di dalam bungkusan maggie tu. Sekurang-kurangnya, kurang lah sedikit perasa bahan kimia dalam tubuh badan ni kan? Lagi pula, anak-anak Cik Mun masih kecil lagi dan semua bahan kimia ni lagi baik sekiranya dikurangkan.
Hidangan ni Cik Mun tambahnkan telur mata kerbau. Cik Mun punya hidangan takde telur mata kerbau sebabnya Cik Mun rasa ayam dan isi ikan pun dah cukup banyak. Resepi adalah seperti berikut.
Bahan-bahannya:
3 bungkus maggie kari (Cik Mun celur dan ketepikan)
1 papan isi ikan
1 ketul ayam (bahagian dada-potong kiub)
Sedikit bunga kubis
Sedikit brokoli
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit Daun bawang (hiasan)
Sedikit bawang goreng (hiasan)
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
5-7 biji cili padi
1 biji telur (digoreng mata kerbau)
Bahan sos
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos ikan
Cara-cara memasaknya:
- Tumiskan bawang merah, bawang putih yang dimayang halus bersama dengan dan isi ikan hingga garing/naik baunya.
- Masukkan air secukupnya anggaran sendiri sebagai kuah diikuti dengan sayur caret, brokoli, bunga kobis dan perencah magie. (Cik Mun gunakan hanya 2 paket perencah walaupun jumlah maggie yang digunakan adalah 3 bungkus)
- Masukkan semua bahan sos dan tambahkan jika ada apa-apa yang kurang.
- Angkat dan hidangkan bersama dengan maggie yang telah dicelur. Sudahinya dengan hiasan daun bawang, telur mata kerbau, cili padi dan bawang goreng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan