Jumaat, 26 Jun 2015

Jenis-jenis Tepung Beras Dan Kesesuaiannya.

 Gambar jenis-jenis tepung beras di pasaran.
(gambar amik kat gugle...)

Cik Mun ada ternampak post ni kat FB. dipostkan oleh Cik
 Suhana Mohamad Arbi yang rasanya dia puan ambil dari  : shared Kakinovel's photo.

 Sebab malas nak taip balik kan. Cik Mun copy & paste je...Ini pun sebagai rujukan Cik Mun jugak di kemudian hari. Tapi, benda yang baik elok dikongsi reramai kan.

Ilmu...Ilmu...Ilmu....Cik Mun baru tahu..selama ni hentam je ambik mana pun asalkan namanya tepung beras....hihihi...

TEPUNG BERAS..

yang patut anda tahu bila nak membeli...
Ada pelbagai jenis tepung beras.. pasti ada yg tak terfikir apa bezanya...bagi kita asal tepung beras semuanya sama
Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara thailand...
Pasti ada yg tak perasaan kan
Hari ni kami akan terangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada

TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
*Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek...keladi..cempedak...adunan gorengan ikan...seperti goreng mamak..goreng berempah...
*tepung ini sangat ranggup
*sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall

TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
 
*sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci...kuih apam beras eno...dan pelbagai lagi jenis kuih
*ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat

TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
 
*sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
*sebab ia lebih kental

TEPUNG BERAS CAP TERATAI

*Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam.
*kalau buat apam rasa tepung nya kurang
*jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup



Rabu, 24 Jun 2015

Bergedil Simple Sedap Cik Mun

 Bergedil Simple Sedap Cik Mun

Dah masuk Ramadan yang ke 7. Tapi baru sekarang ni Cik Mun nak `update' masakan masa Cik Mun buat untuk berbuka. Cik Mun masak semua benda-benda yang `simple' sahaja. Apa yang ada dalam peti ais tu, tangkap muat je, hiris, basuh dan campak-campak masak dan boleh dimakan. 

Kalau ikut bergedil biasa, orang taruk daun saderi. Tapi sebab takde dalam peti ais tu, Cik Mun campak je lah apa pun sebagai ganti. sedap jugak hasilnya. Sedap jugak bergedil ni masa Cik Mun makan sekali dengan lauk yang berkuah kari ke, kuah rendang ke...apa-apa je lah yang berselera di tekak kita. Resepi dan cara membuatnya seperti di bawah ni:



 
 Hasil campuran.

 Goreng pon sodap!


Dah siap!


Bahan-bahannya;

3 keping isi ayam (yg buat burger  tu) (Cik Mun guna Jenama Ramly)
Sedikit daun sup*
Sedikit daun bawang*
1 biji cili besar merah*
1/2 biji bawang besar*
perasa (optional)
garam secukupnya
1/2 sudu lada hitam
3 sudu tepung jagung 
minyak secukupnya untuk menggoreng

Semua bahan bertanda * dipotong halus.

 
Cara-cara memasaknya:
  1. Dalam satu bekas, sampurkan semua bahan kecuali minyak. Sebatikan.
  2. Gorengkan dengan minyak 1/2 terendam hingga kekuningan dan garing pada kedua-dua belah bergedil
  3. Angkat dan toskan dengan tisu dapur.

Saiz hidangan: 4 orang makan.
 
 

Ahad, 21 Jun 2015

Bihun Lagi dan Lagi...

 Gambar 1 

Gambar 2.

Kadang-kadang tekak ni terasa tamak nak makan jugak benda-benda bergoreng walaupun dah masak lauk pauk untuk makan dengan nasi putih. Kalau beli pun bukannya nak makan sangat. Udahnya, membazir je.

Cik Mun punya selera masa bulan puasa ni memang cam gitu. Kalu tengok benda kat Bazar Ramadan tu semuanya rasa macam nak beli je. Tapi bila balik tu tak makan pun. Udahnya basi dan buang je ke dalam tong sampah. jadinya, untuk nak megelakkan buang membuang ni dan nak juga memenuhi juga selera tekak (sebab makannya hanya sesudu dua je) Cik Mun akan masak sendiri je. Rencahnya dah dibuat siap-siap pada hujung minggu, tinggal nak masukkan bihun dan ahan basah yang lain je.

Takdelah nak membazir sangat kan. Kalau tak habis makan masawaktu berbuka tu, boleh je simpan makan masa sahur karang. Terjamin insyaAllah tak basi sebab kita masak pada watu petang dekat-dekat nak maghrib tu. Bayangkan kalau kita beli kat Bazar Ramadan, entah bihun zaman bila, Patu dipanas-panaskan je dan kalau kita beli dan simpan konon nak makan lambat sikit mungkin akan basi. So, memasak sendiri adalah pilihan Cik Mun. Boleh rebut juga pahala kerana sediakan menu berbuka ni pada sesisi keluarga.

Banyak lah pahala suri rumah. Pahala berpuasa, ditambah lagidengan pahala menyediakan pjuadah berbuka puasa. Kalau nak tengok bahan-bahan dan cara memasaknya, macam kat bawah ni je...

 
Bahan-bahan

210gm bihun
2 keping` fish cake'
1 pokok sawi bunga
sedikit taugeh

2 biji bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
8-10 ekor ikan bilis*
5biji cili kering* boleh tambah lagi jika mahu lebih pedas

Untuk hiasan :
Daun bawang
Cili besar

Semua bahan bertanda * ditumbuk hingga lumat

Bahan sos

2 sudu besar tomato paste
2 sudu besar sos cili
1 sudu sos ikan (tak letak pun boleh)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar gula putih
1/2 sudu teh gula merah
1/4 kiub ayam maggie (tak letak pun boleh)
Garam secukup rasa
Minyak 3 sudu besar


Cara-cara memasak:


  1. Goreng` fish cake' , potong serong setelah sejuk danket epikan dan ketepikan.
  2. Tumiskan semua bahan tumbuk hingga naik baunya.
  3. Masukkan semua bahan sos dan air (anggaran 1 cawan/150ml) untuk melembutkan bihun.
  4. Masukkan bihun dan sawi bunga. Kacau agar sebati semua bahan-bahan.
  5. Tunggu hingga bihun lebut dan kering airnya. Boleh tambah lagi air sekiranya bihun masih lagi keras.
  6. Akhir sekali, taburkan taugeh, daun bawang, cili besar potong dan `fish cake'.
  7. Sedia dihidangkan.

Saiz hidangan untuk 4 orang.

Jumaat, 19 Jun 2015

Sambal Kentang Berkicap

Gambar 1

Gambar 2

Biar rupanya buruk. Namum menu sambal kentang ni menjadi makanan pembuka selera. Adakalanya kalau asyik makan ayam, daging, ayam, daging, pastinya akan rasa muak jugak. Cik Mun akan buat masakan ni. Cukup lauk sampingannya dengan telur goreng dadar dan ulam mentah seperti ulam pegaga/pucuk selom/pucuk pudina. Boleh bertambah-tambahn jugak nasinya.

Tapi untuk anak-anak, kurang sesuai la masakan ni seab ianya pedas sikit. Nama pun sambal kan? Ok lah, kalau nak tengok, resepi dan cara-cara memasaknya seperti di bawah. Biasa-biasa je...tapi janji sedap!

 
Bahan-bahannya:
2 biji kentang (potong nipis2 dan goreng hingga garing)
1/2 sudu jus liamu nipis 
1 biji cili besar (potong serong)
1 sudu kicap lemak manis (Cik Mun guna Kicap Cap Kipas Udang)
Perasa (optional)
8-9 biji cili padi (bergantung kepedasan dikehendaki) 
1 genggam ikan bilis*
1/2 inci persegi belacan*
1 labu bawang besar*

Tumbuk semua bahan bertanda * (jangan terlalu lumat).


Cara-cara membuatnya:
  1. Menggunakan anggaran 4 sudu minyak, tumiskan semua bahan tumbuk. Sentiasa kacau bahan tumbuk dalam kuali kuali hingga semua bahan garing.
  2. Letakkan kentang yang telah digoreng garing, sedikit perasa dan kicap lemak manis. 
  3. Rasa dahulu masakan sebelum ditambah dengan garam. (Langkah berhati-hati kerana kicap dan ikan bilis telah pun masin)
  4. Angkat dan taburkan dengan cili potong dan sedikit perahan jus limau nipis.
  5. Sedia dihidangkan bersama dengan nasi panas. Lagi sedap kalau ada ulam-laman mentah dan telur goreng dadar.
Saiz hidangan : 3 orang


Rabu, 17 Jun 2015

Nasi Lemak Sambal Bilis Berpetai

 Nasi lemak yang menggoda

Ianya sukar ditolak!

Di Hujung minggu, Cik mun lebih suka masak semua makanan. Masak untuk sarapan, untuk makan tengah hari dan makan petang. Untuk makan malam selalunya Cik Mun akan makan semua lauk pauk lebihan masakan pada tengah hari sahaja. Manakala nasi Cik Mun akan masak semula la sebab tak selera pulak lah kalau nasi tu kalau nak makan yang dah sejuk kan.

Memang mudah kalau Cik Mun masak nasi lemak pada watu pagi. Selepas je waktu subuh tu, masuk dapur. Masak dan siap. Sambil-sambil tu Cik Mun akan defrost-kan semua bahan-bahan mentah yang nak digunakan untuk masak makan tengahhari nanti. 

Masak untuk tengah hari Cik Mun masak yang simple-simple je kalau pepagi dah bantai nasi lemak ni. Selalunya makan tengah hari ni makan lauk yang emnunya macam ikan goreng, sambal picit dan ulam rebus. Itu pun dah cukup. Anak-anak akan makan nasi lemak juga waktu tengah hari sebab memang febret diaorang ni nasik lemak. Kalau boleh sampai maam pun nak makan nasi lemak jugak. 

Ok lah. Kalu nak tengok resepi bagi menu yang biasa-biasa ni. sila lah intai-intai kat bawah ni untuk bahan dan cara memasaknya.

NASI LEMAK

Bahan-bahannya
2  cawan nasi
2 cawan air
1/2 cawan santan
1/2 inci halia (dititik sahaja)
1 helai daun pandan  (koyak memanjang dan simpulkan)
Secubit garam

Masak nasi seperti biasa dengan mencampurkan semua bahan di atas.


SAMBAL IKAN BILIS
Bahan-bahan



50g ikan bilis (goreng hingga garing dahulu dan toskan)

12-15 mata petai

asam jawa (bancuh dengan sedikit air)

1/2 sudu teh gula putih

1/2 sudu teh gula merah

8-9 tangkai cili kering*
1 sudu teh serbuk belacan*

1 labu bawang besar*

2 ulas bawang putih*
2 ulas bawang kecil*

 Bahan bertanda * hendaklah diblender/ditumbuk bersama-sama.


Cara-cara memasak:

  1. Tumiskan bahan-bahan kisar/bahan tumbuk hingga naik baunya. 
  2. Masukkan ikan bilis dan petai.
  3. Perasakan dengan garam, air asam jawa, gula putih dan gula merah.
  4. Tunggu hingga agak empuk sedikit petai dan angkat.
  5. Hidangkan bersama dengan nasi lemak.
  6. Hiaskan dengan bahan sampingan lain. Telur rebus/goreng dan sayur salad/timun segar.
Saiz hidangan adalah untuk 6 orang.

Selasa, 16 Jun 2015

Pokok Bunga Pink dan Putih (tak tau nama)

 Gambar1

Gambar 2

Pokok ni Cik Mun tak tahu namanya. Bunganya cantik. Ada yang bewarna pink dan putih. Pink tu memang warna kegemaran Cik Mun. Dan bunganya yang warna putih pulak memang cantik sekali kalau dipandang pada waktu malam bila bunga tu kena sinaran lampu. Rasa seri je laman Cik Mun di malam hari pun.

Cik Mun ambil banyak benihnya dan tabur kat dalam petak kebun herba daun pandan kat tepi rumah. Lepas sebulan je, banyak betul anak-anak yang tumbuh. Nanti nak tanam berderet banyak-banayk. Dah dapat hasilnya Cik Mun akan `show off'  kat sini ek!

Isnin, 15 Jun 2015

Cendawan Tumis Sama Karet

 Gambar 1 .

Gambar 2.


Memang kadang-kadang bosan jugak kalau asyik makan benda yang sama je tiap-tiap hari. Cik Mun pernah kena tegur dengan husband. Katanya, asyik masak sambal je. Ikan bersambal le, ayam bersambal le, udang bersambal le...bosan katanya.

Cik Mun pun godek-godek le peti ais. Ada karet dengan cendawan butang segar. Mula-mula tak tahu jugak nak masak apa. Tapi kiranya cendawan butang dengan karet ni first time le Cik Mun gandingkan. Memang sedap rasanya. Ataupun... memang sedap kot kalau menu-menu masakan yang diletakkan dengan cendawan ni. Walau apa pun, untuk nak memastikan Cik Mun tak lupa dah pernah masak ni dan rasanya sedap, Cik Mun pun tulis la dan taruk dalam Blog yang tak seberapa ni untuk rujukan pada masa yang akan datang. Cekidaout!


Bahan:
8-10 kuntum cendawan butang (segar)
4 inci karet (potong memanjang)
3 ulas bawang putih
1/2 kiub pati ayam 
1 sudu teh lada hitam
1 sudu tepung jagung
Garam secukup rasa
Bahan sos/kuah
1 sudu teh kicap `Perkin Soy Sos'(takde pun takpe)
3 sudu  kicap manis
1/2 sudu kicap pekat
1 sudu sos tiram


Cara memasaknya:
  1. Tumiskan bawang putih yang dicincang hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan cendawan butang, karet dan tepung jagung yang dibancuh dengan air sebagai kuahnya.
  3. Masukkan semua bahan sos dan perasakan dengan kiub ayam, lada hitam dan garam. (Hati-hati, jangan terlalu banyak garam kerana kicap dan sos tiram sudah sedia masin).
  4. Bila cendawan dan karet sudah separuh empuk, angkat dan hidangkan. Jika suka sayur masak sepenuhnya, boleh tunggu lama lagi.
Saiz hidangan adalah untuk 2 orang.

Sabtu, 13 Jun 2015

Pulut Kacau Sama Harum Manis

 Gambar 1 : Dah lama teringin nak makan

Gambar 2 : Harum manis yang menggoda

Sekarang ni kat tempat Cik Mun dok femes pasal mempelam harum manis. Ada keluar kat paper beritanya ada pemilik kebun harum manis yang duduk kat perlis tu sanggup menggaji pengawal untuk jaga harum manis ni. Terasa nak tahu juga apa yang hebat sangat harum manis ni sampai menjadi sebutan, sampai kan harganya mencecah RM23.00 sekilo.

Buah ni mr. Husband yang beli dari ofismatenya. Punya la nak menggalakkan beli, sampai satu ofisnya disuruh ambil dulu. Dah gaji baru bayar. Husband pun terpengarauh jugak la. Dah ramai membernya yang order, dia pun order la jugak.

Tapi memang patut lah menjadi sebutan. bila masa dok kupas kulit pun, wangi harum je bau buahnya. Husband beli 3 biji je, dalam sekilo lebih beratnya. Anak tak suka makan. Kami dua beranak je yang tibai. Dalam pasa tu, Cik Mun buat jugak le pulut kacau untuk lepas hajat nak makan harum manis sama pulut. 

Pada sesiapa yang nak tahu resepi dan cara memasaknya seperti di bawah ni.


Bahan-bahannya:

250gm beras pulut
200ml santan pekat
1 sudu teh garam
1 sudu gula putih
3 biji / 1.5kg.  mempelam harum manis

Cara memasaknya
  1. Beras pulut direndam dengan air suam selama 1 jam
  2. Campurkan santan, beras pulut, gula dan garam dalam satu bekas.
  3. Kukuskan campuran tersebut selama 45 minit hingga 1 jam dengan ianya dikacau/diadukkan sekali sekala bagi memastikan semua campuran sekata/sebati. 
  4. Jika kurang masak/mentah, teruskan mengukus hingga beras betul-betul masak. 
  5. Angkat dan hidangkan dengan mempelam harum manis yang telah dikupas.
Saiz hidangan untuk 4 orang.

Pokok Keladi

 Gambar 1

Gambar 2

Bunga keladi yang ada dalam jagaan Cik Mun. Bunga ni yang Cik Mun tahu getahnya beracun. Tapi pelik jugak sebab arnab Cik Mun yang dibela secara lepas bebas boleh makan jugak pucuk pokok bunga keladi ni. Nampak tak kesan robek kat daun tu. Arnab la punya kerja.

Jumaat, 12 Jun 2015

Lesung Oh Lesung!

Penggunaan lesung tumbuk yang lebih tradisional.


Kat rumah korang guna lesung ke blender? Cik Mun suka guna lesung untuk buat paste-paste macam paste msak lemak cili api, paste nasi goreng, paste bihin/mee goreng, paste masak asam pedas, paste sup pekat/serbuk bancuhan untuk pecal dan lain-lain lagi.

Bila guna lesung batu ni rasa best sikit. Sebab semua bahan-bahannya tak lah hancur sekata sangat. Rupanya unik sikit sebab bahan-bahan tu ada yang kita boleh rasa bila makan. Sebab ada juga yang kasar yang tak habis tumbuk giitu...

Kalau korang lebih selesa dengan pilihan yang macam mana? Blender ke tumbuk?


Khamis, 11 Jun 2015

Puding Karamel Gula Hangus Beroti


 Gambar 1 : Pinggan ni masa makan kat rumah.

 Gambar 2 : Rasanya lemak-lemak manis gitu.

Gambar 3 : Sebab banyak jugak yang dapat, sempat la bawak
ke pejabat dan makan dengan kengkawan.


Gambar ni dah lama terperuk. Baru sekarang nak `update' gara-gara sibuk memanjang dengan tugasan yang boss beri. `Anyway', kali ni nak kongsi pasal Puding Karamel Gula Hangus Beroti. Anak kedua Cik Mun suka sangat makan puding ni. Boleh kenyang juga. Pulak tu bila makan `time' puding ni sejuk. Lagi la laris je. Pada sesapa yang nak cuba, resepi dan cara buatnya seperti di bawah ni ye!


Bahan-bahan

1 sudu serbuk agar-agar
200ml air (lebih kurang 1 cawan)
3 sudu susu pekat
2 sudu milo
2 keping roti (Cik Mun gunakan roti gardenia)
1 biji telur gred C
1 sudu margerin
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu gula putih*
50ml air panas*

* Bahan-bahan untuk buat gula hangus

Cara Memasaknya:

  1. Masak gula di atas api hingga perang (manandakannya hangus, tapi jangan ter'over hangus), dan masukkan air panas. Ketepikan.
  2. Masukkan susu, telur, roti dan air ke dalam blender dan kisar hingga halus. ketepikan.
  3. Dalam satu bekas, masukkan bahan kisar, serbuk agar-agar, margerin dan esen vanila. Masak hingga mendidih.
  4. Dalam bekas/acuan yang dikehendaki, tuang adunan dan biarkan hingga sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. 
  5. Bila dah sejuk, taburkan dengan milo di atasnya dan masukkan ke dalam perti sejuk. 

Saiz hidangan untuk 4 orang

Khamis, 4 Jun 2015

Pasword oh Pasword

Sesak nafas seketika, blog tak leh nak log in.. itu lah pasalnya kenapa Cik Mun tak buat post baru. Sebabnya, pasword blog pun dah lupa...kelakar... blogger semua, jangan jadi cam Cik Mun.. orang berblog, Cik Mun pun nak berblog. Tapi pasword blog sendiri pun leh lupa...
hahahaha...