Rabu, 30 April 2014

Masak Lemak Kentang Sama Buah Betik




Rumah Cik Mun banyak sangat pokok betik. Buahnya besar-besar ada yang Cik Mun kasi jiran dan ada yang makan sendiri/kasik ayam/itik makan. Disebabkan banyak sangat betik, tercetuslah idea masakan ni daripada ahli kongsi tingkap petang-petang.



Sedap dan berbaloi juga tambah betik. Biar dalam sesuatu masakan ni ada sumber protein dari perut dan sayur pulak dari betik. masakan yang seimbang kan? Nak `try' resepi dan bahan-bahannya seperti di bawah;



Bahan-bahannya:

1/2 kilo perut (perut lembu) - beli di pasar yang siap direbus dan dibersihkan.
1/4  biji betik sederhana besar (anggaran 2 kilo bagi sebiji betik)
1 sudu teh serbuk kunyit
2 keping asam jawa
200ml santan pekat
3 tangkai daun kesom.
1 batang serai *
1/4 inci lengkuas*
4 tangkai cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)*
4 biji bawang kecil*
1/4 biji bawang besar*
1 sudu teh belacan*
5-8 ekor ikan bilis*




Cara-cara memasaknya:
  1. Rebuskan buah betik yhingga empuk. - buang sedikit air dan hanya tinggalkan sedikit sebagai tambahan kuah kepada santan nanti.
  2. Dengan menggunakan air yang sama, masukkan perut, bahan kisar, asam keping, serbuk kunyit dan daun kesom. Tunggu sekejap hingga peut empuk.
  3. Akhir sekali, masukkan santan dan garam. Kacau selalu bagi mengelakkan santan bergentel.
  4. Sedia dihidangkan, lagi best kalau dapat ikan masin sekali.

Saiz hidangan adalah untuk 5 orang.

Isnin, 28 April 2014

Sayur Tumis Bak Choy Dan Tofu Telur Bercaret.

Cik Mun memnag suka makan tofu telur. Teksturnya yang lembut dan berkrim lemak-lemak gitu. Tak la bosan sangat nak makan sayur. Ini yang Cik Mun masak pada hari Jumaat lepas. Nak padankan untuk makan dengan nasi goreng.  Kalau nak cuba...resepi macam biasa je... tapi nak tulis jugak sebab tahu korang tengah baca. Ha ha ha...


Bahan-bahan:
1/2 batang tofu telur
2 inci caret
1 pokok sawi pakchoy
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji kiub ayam
2 biji bawang kecil*
1 ulas bawang putih*
Bahan bertanda * dicincang halus
 
 
Cara-cara memasaknya:

  1. Potongkan bulat tofu telur (anggaran 1/2 inci) dan goreng hingga keperangan. Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng tofu tadi, kurangkan minyak hanya untuk menumis (tinggalkan anggaran 2 sudu besar) sahaja.
  3. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga garing dan naik baunya.
  4. Masukkan air yang dicampur dengan tepung jagung, sos tiram dan kiub ayam. (Tepung jagung mesti dibancuh dengan air sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuali untuk mengelakkannya bergentel)
  5. Perasakan dengan garam secukupnya. 
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan adalah untuk 4 orang. 

Jumaat, 25 April 2014

Masak Lemak Putik Jagung

Masa menyembang dengan `opismate’, tertimbul idea ni untuk masak. Laju je Cik Mun pegi beli bahan dari pasar. Untung pasar dan ofis dekat. Siap kat ofis ada `freezer’ lagi. Alhamdulillah....

Kepada ibu-ibu yang bekerja dan mempunyai anak yang kecil boleh cuba masakan ni. Cara buatnya yang senang, cepat dan tidak pedas memang sesuai... Resepi, bahan dan cara memasak seperti di bawah ni.



Bahan-bahan:

8-9 batang putik jagung (Potong bulat)
1 inci caret (potong halus memanjang)
1 biji bawang kecil
Soo un
Ikan bilis
¼  sudu teh serbuk belacan (optional)
150ml pati santan
Garam secukupnya  dan;
PerasaI (optional)


Cara-cara Memasaknya:


  1.   Rebus jagung  dan caret hingga empuk. Anggaran air untuk merebus bergantung kepada kuah yang dikehendaki. 
  2. Masukkan soo un, bawang  kecil, belacan dan ikan bilis.
  3. Akhir sekali masukkan santan, garam dan perasa. Kacau selalu bagi mengelakkan santan bergentel/pecah minyak.
  4. Angkat dan hidangkan setelah masak dan cukup semua rasa.
Saiz hidangan untuk 3 orang


Rabu, 23 April 2014

Puding Karamel Tanpa Telur

Masakan pudding ni dah lama Cik Mun buat. Cuma masa yang tak mengizinkan untuk dimuatkan dalam blog. Cik Mun sekarang ni baru berkesempatan untuk nak kongsikan dalam dunia siber ni. 

Hasilnya kurang menjadi sebab Cik Mun pada masa buat tu tak tapiskan adunan hingga habis sebatian yang dibuat. Lawan cikgu google...Tulah sebabnya kalau `ualls’ perasan, gambar kat atas tu menunjukkan kesan bergentel dalam pudding tu. Walaubagaimanapun,  Cik Mun nak post jugak dalam blog ni sebagai rujukan Cik Mun dan sesiapa yang membaca hasil ekperimen di dapur Cik Mun ni, supaya jangan ulangi kesilapan yang sama macamni.

Lepas ni Cik Mun akan buat lagi sebab suami cakap sedap, cumanya bergentel sikit dan hilang tekstur lembut yang sepatutnya ada pada pudding caramel ini. Kalu dah Berjaya cubaan yang kedua nanti, Cik Mun akan post sekali lagi gambar kenangan kejayaan untuk dikongsikan bersama.

Walaubagaimanapun, Cik Mun kongsikan jugak resepi, bahan-bahan dan cara memasak pudding karamel tanpa telur ni...

Bahan-bahannya:

2 sudu besar gula pasir
10 gm agar-agar
4 cawan air
½ cawan gula pasir
½ cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara memasaknya

1.       Masak gula di atas api daput hingga ianya perang berkaramel/sedikit hangit. Matikan api dan ketepikan.
2.       Dalam satu bekas yang lain, sebatikan semua bahan-bahan di atas api kecil. Sentiasa kacau bagi elakkan adunan jadi bergentel.
3.       Bila sudah menggelegak, tapiskan dan tuang di atas dulang yang mengandungi gula karamel.
4.       Tunggu  hingga benar-benar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti aias sebelum dinikmati.

Saiz hidangan untuk 4 orang.