Jumaat, 21 Mac 2014

Pulut Jagung Kukus Sama Sambal Tempe Berkacang Panjang.

 Rasa mulut ni teringin  sangat nak makan pulut yang dalammnya ada jagung. Kalau kat pasar malam tempat Cik Mun jarang ada orang jual benda yang `cam gini'. Sebab teringin sangat nak makan, Cik Mun buat la sendiri. Boleh la walaupun tak sama macam masakan emak, tapi Cik Mun belajar buat sendiri. `First time' buat, terus menjadi. Resepi pulut ni Cik Mun ikut pengalaman suami yang dah biasa buat lemang. Kalu nak `try', boleh intau resepi kat bawah ni.


RESEPI PULUT JAGUNG KUKUS

Bahan-bahannya:

250gm beras pulut
1 tongkol jagung
200ml santan pekat
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit (tak letak pun tak mengapa)
1 sudu gula putih

Cara memasaknya


  1. Beras pulut direndam dengan air suam selama 3 jam
  2. Campurkan santan, beras pulut, gula, garam dan serbuk kunyit dan jagung dalam satu bekas.
  3. Kukuskan campuran tersebut selama 45 minit hingga 1 jam dengan ianya dikacau/diadukkan sekali sekala bagi memastikan semua campuran sekata/sebati. 
  4. Jika kurang masak/mentah, teruskan mengukus hingga beras betul-betul masak. 
Saiz hidangan untuk 3 orang.



Selalunya orang kalau dah buat pulut berjagung ni akan makan dia saja tanpa ada apa-apa sambal. Tapi apa nak dikisahkan. Ini resepi Cik Mun dan tekak Cik Mun yang nak makan. Kira ok jugak la kan. Dah makan sesuatu yang manis, nak `balance' kan jugak kasi pedas. Baru la `best' kan? Resepi dan bahan-bahnnya kalau nak cuba seperti berikut:


RESEPI BAGI SAMBAL TEMPE BERKACANG PANJANG

Bahan-bahan:

150 gm keping tempe (digoreng dahulu)
50 gm ikan bilis (digoreng dahulu)
50 gm kacang tanah (digoreng terlebih dahulu dalam minyak/goreng kering)
3 batang kacang panjang 
2 sudu besar gula putih
1/2 sudu besar gula merah
Air asam jawa secukupnya
1/5 sudu teh ajinomoto
1 biji bawang besar*
2 biji bawang kecil 
2 ulas bawang putih*
5-8 biji cili kering*
 
Semua bahan bertanda * dikisar halus.


Cara-cara memasaknya:
  1. Panaskan minyak (anggaran 4-5 sudu besar)
  2. Tumiskan bahan blender hingga pecah minyak/hingga betul-betul kering.
  3. Perasakan dengan gula putih, gula merah,  garam, air asam jawa dan ajinomoto secukupnya.
  4. Masukkan tempe, ikan bilis dan kacang tanah yang telah digoreng dan sebatikan.
  5. Angkat, taburkan dengan daun bawang dan hidangkan.
Saiz hidangan adalah untuk 3 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan