Jumaat, 14 Mac 2014

Puding Kelapa Muda



Hari minggu yang lepas, operasi bersihkan sekitar kawasan luar rumah. Sempat pulak `husband' Cik Mun jolok buah kelapa yang ada kat depan rumah. Disebabkan banyak sangat buahnya dan airnya untuk kami 4 beranak, ada air yang Cik Mun buat air untuk diminum segar dan ada juga yang Cik Mun buat Puding Kelapa Muda.



Kebetulan Cik Mun masak agar-agar ni masa hujung minggu (Ahad). Dapatlah esoknya bila balik kerja je `time' tengah panas-panas tu, bukak peti ais makan terus agar-agar kelapa yang sejuk ni...sedapnya...rasa macam ada mak je kat rumah tolong masakkan pada hari tu.  
(Sedih sebab Cik Mun dah tak ada mak dan mak mertua)

 Ok lah. `Sentimental' pulak. Tak payah nak mengadu domba, kalu nak `try' buat, resepi dan bahan-bahannya seperti di bawah ini.


Bahan-bahannya:

400ml air paip
400ml air kepala (beserta dengan isi kelapa muda)
1/2 sudu teh garam
3 sudu gula putih
11 gram agar-agar serbuk (kalau gunakan agar-agar yang lain pun boleh)


Cara-cara memasaknya:

  1. Didihkan agar-agar serbuk bersama dengan 400ml air paip, gula dan garam.
  2. Masukkan air kelapa dan isinya.
  3. Tuangkan dalam bekas simpanan.
  4. Potong dan simpan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Saiz hidangan untuk 3 orang



Tiada ulasan:

Catat Ulasan