Khamis, 20 Mac 2014

Kuih Lompat Tikam

Lompat Tikam. Buat malam-malam... Simpan dalam peti ais.. Makan tengah hari esoknya `time' cuaca panas...Pergh...! Rasa macam aiskrim. Sejuk... je tekak ni bila memakannya.
Anak-anak Cik Mun panggil lompat tikam ni pon sebagai aiskrim. Nak tergelak pun ada.
Aiskrim pun aiskrim la.. janji sedap! Masuk bakul angkat sendiri

Lain-lain pic...(sebab penat tangkap, kena la tunjuk!)
Pandangan tepi

Pandangan tepi lagi...

Pandangan tepi lagi lagi

Dan pandangan tepi.. tepi.. dan tepi... lagi dan lagi.....


Dah habis kena makan...


Kalau nak makan, beli atau buat sendiri. Ha ha ha ha ha...

Kepada yang nak mencuba tu..., bahan-bahan dan resepi adalah seperti di bawah ini...


Bahan-bahannya:

Lapisan hijau
1 cawan tepung beras
3 cawan air paip
1 cawan air daun pandan - (air dari 4-5 helai daun pandan yang diblender )
300ml santan pekat
1 sudu teh air kapur
sedikit pewarna hijau pandan

Lapisan putih
1/4 cawan tepung beras
3 sudu tepung gandum (tak letak pun tak apa)
1-1/2 cawan air paip
200ml santan pekat
1/4 sudu teh air kapur
1 1/2 sudu teh garam


Cara-cara memasaknya:

Lapisan hijau
Dalam kuali, satukan semua bahan-bahan dan masak atas api sederhana hinggga aduan berkilat (tanda separuh masak). Angkat dan tuangkan ke dalam bekas.


Lapisan putih
Dalam kuali, satukan semua bahan-bahan dan masak atas api sederhana hinggga aduan berkilat (tanda separuh masak). Angkat dan tuangkan ke dalam bekas yang ada lapisan hijau. 

Akhir sekali, kukus dengan api besar selama 30-40 minit. Pastikan penutup alat kukus dibalut kain bagi elakkan air menitis dan rosakkan lompat tikam.

Hidangkan dengan air gula merah yang disediakan.


Bahan-bahan dan cara membuat air gula merah:

5 sudu gula merah
3 sudu gula putih
1 sudu teh garam

Masak semuanya di atas api hingga mendidih.
Angkat dan tapiskan ke dalam bekas sebelum dihidangkan bersama dengan lompat tikam.


Selamat mencuba...

Saiz hidangan adalah untuk 5 orang. 1 orang dapat 1 bekas.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan