Rabu, 20 Februari 2013

LAKSA SEDAP

LAKSA


















Bahan-bahannya

  1. Ikan 1 kilo
  2. Serai 3 batang (dititik)
  3. Daun Kesom
  4. Asam keping
  5. Garam dan gula secukup rasa 
  6. Laksa 2 Bungkus
     
Bahan kisar

  1. Cili kering (mengikut pedas dikehendaki)
  2. Bawang Besar (3 labu besar)
  3. Bawang Kecil (3 labu besar)
  4. Bawang Putih (3 ulas)
  5. Belacan
 Bahan hiasan
  1. Cili besar
  2. Telur yang telah direbus
  3. Salad/timun
  4. Bawang besar
  5. Buah limau
Cara-cara Membuatnya;

  1. Rebus ikan bersama asam keping, blender dan tapiskan untung membuang tulangnya.
  2. Rebus kembali air ikan dan asam keping yang telah ditapis. Masukkan bahan kisar serta serai dan daun kesom.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Petua:

  1. Cik mun tidak menggunakan bunga kantan kerana ianya bersifat sejuk. Orang tua/ibu yang lepas melahirkan anak akan merasa sakit urat dan bagaikan nak demam kalau makan makanan yang ada bunga kantan ni. 
  2. Cik mun juga rendamkan laksa semalaman untuk memudahkan dan menjimatkan masa bagi merebus laksa ni.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan