Inilah hasilnya. Cik Mun yang
baru balik dari kerja pun boleh masak sebab ambil je ikan tu, panggang dan
biarkan tak payah nak tengok. Anggaran masa membakar Cuma 10 minit je dengan api sederhana
menggunakan Pemanggang Ajaib
Ikan. Resepi ni Cik Mun bila tengok blog En. Mat Gebu tapi dengan sedikit
gubahan la. Terima kasih En. Mat Gebu, kerana banyak bagi inspirasi untuk Cik
Mun terus memasak...
Bahan-bahannya
1. Ikan
kembong 4 ekor
2. Budu
3. Cili
padi (sebanyak mana pedas yang dikehendaki)
4. Bawang
besar
5. Cili
besar
6. Belimbing buloh
Cara-cara membuatnya:
1.
Ikan dibersihkan dan diperap budu dan cili padi
yang telah ditumbuk bersama bawang. Seelok-eloknya
diperap semalamam di letakkan di dalam bekas dan disimpan di bahagian simpanan
biasa di dalam peti ais.
2.
Ikan kemudiannya dipanggang menggunakan pemanggang
yang berpenutup sehingga ianya masak. (Cik Mun
menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan. Tapi kalau nak panggang menggunakan
bara/kayu biasa pun boleh juga...)
Petua:
1. Basuh
ayam dengan menggunakan asam untung mengurangkan hanyir pada ikan. Lagi besar
ikan yang digunakan, lagi kuat hanyir yang ada. Ini kerana ikan yang besar
makan macam-macam.
2.
Jika mahukan sayur yang lebih, boleh bakar
sekali dengan pucuk paku, kangkung atau lain-lain ulam kampung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan