Selasa, 24 Februari 2015

Daging Masak Hitam ` NUMBER ONE'

Gambar 1 : Daging Masak Hitam kegemaran Iskandar Ibad

Ada tak di kalangan kengkorang ni yang teringin sangat nak masak sesuatu benda yang anak ataupun suami suka makan. Tapi tak tahu nak buat benda/rempah asasnya? Kalau ada..sama la macam Cik Mun ni. Ada la satu hari tu Cik Mun pergi rumah kakak, anak Cik Mun yang sulung tu suke benor makan daging masak hitam yang dimasak kakak. Yang ada pun sikit sangat, berebut pulak la dengan sepupunya.. malu Cik Mun bila dia nangis-nangis nak jugak....

Gambar 2 : Yang sebijik besar tu kentangnya...
Makanya, Cik Mun pun cubalah juga membuat masakan kegemaran Iskandar Ibad, dalam masa yang sama cuba untuk kurangkan pedasnya sebab kesian... budak-budak nak makan kan.. biar lah kurang pedas dan di pun boleh nak makan banyak...
Gambar 3 : Rempah `ready mix'. Kabur sikit gambarnya. Almaklumlah, Cik Mun ni `jurugambar professional' la katakan...
Dan tanpa berahsianya.. Cik Mun nak bagitau yang Cik Mun ni tak pandai pun nak buat rempah masak hitam sendiri... dan kalau pandai pun malas sikit nak buat sebab ada yang senang....`Rempah Masak hitam One' ni la yang Cik Mun gunakan. Alhamdulillah... bukannya nak `promote'... (sesen pun tak dapat), tapi kalau benda bagus apa salahnya berkongsi kan...? Inya kurang pedas dan bukan saja rempah ni boleh buat masak hitam daging/ayam, malah boleh guna untuk buat pajeri nenas/terung jugak. `Best' kan?

Kalau nak tahu cara memasaknya, (yang Cik Mun tiru cara buat dari paket yang ada tulis di belakangnya...) tengok la macam kat bawah ni ok....


Bahan-bahannya:

250 daging lembu (jenis batang pinang. -potong nipis-nipis)
1 sudu makan rempah masak hitam ( Cik Mun guna jenama `ONE'-lain-lain jenama pun boleh)
1 biji kentang (potong 4)
1/4 inci halia *
2 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
1 biji bawang besar (kisar/tumbuk halus) **
1 sudu makan kicap pekat **
Kicap manis (cap kipas udang) **
Air asam jawa secukupnya **
3 sudu makan kerisik **

Perasa (`Optional') **
Minyak secukupnya untuk menumis

Perapkan semua bahan bertanda ** lebih kurang 10-15 minit. Ketepikan.




 
Cara-cara memasaknya:


  1. Tumiskan dengan semua bahan bertanda * hingga naik baunya/garing
  2. Masukkan bahan yang diperap, kentang dan air secukupnya sebagai kuah.
  3. Tunggu hingga daging dan kentang empuk. Tambah apa-apa yang perlu untuk seimbangkan rasa.
  4. Siap dihidangkan bersama lauk-lauk lain/nasi panas.
Saiz hidangan : 6  orang makan.



Ahad, 22 Februari 2015

Biskut Semperit Simple Sedap

Bekalan siap untuk ke tempat kerja. 12 biji...? cukup la tu. karang kalau makan banyak-banyak kalori pulak....nanti gemok...

Menjelang Hari Raya Cina ni... teringin pulak Cik Mun nak buat biskut raya. Masa Raya Puasa tahun lepas, memang biskut semperit ni salah satu daripada list biskut yang Cik Mun nak buat. Tapi memandangkan banyak sangat biskut raya yang ada (sebab ada juga yang beli selain dari buat sendiri), makanya, tak buat le biskut ni.

Ini untuk dibakar menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan.

Untuk mencuba pelbagai kelain dan membuat eksperimen juga, Cik Mun membakar biskut ni menggunakan 2 versi. Ada adunan biskut yang dibakar menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan dan ada juga yang dibakar menggunakan oven. Hasilnya berbeza -beza.

Dulang ini untuk dibakar menggunakan avon kecil Cik Mun tu...
 Yang Cik Mun bakar menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan tu bawahnya masak ok, tapi yang dalam dan atasnya kurang  masak/masih basah. Kecewa betul Cik Mun.

Siap diangkat dari dulangyang paans, serapkan dulu biskut dengan tisu dapur..

Sudahnya, yang dibakar menggunakan oven jugalah yang masak menjadi kesemuanya, Alhamdulillah, selamat adunan seterusnya daripada tak menjadi biskut yang diidamkan.

Gambar ni sebagai buti, memang Cik Mun buat sendiri biskut ni... ha ha ha...

Kalau ada sesiapa yang nak cuba buat biskut Semperit Cik Mun ni, bahan-bahan dan cara-cara membuatnya seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya:

1 1/2 biji butter
1 cawan gula (blender hingga halus dahulu)
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
3 titik pewarna kuning (kod `yellow egg')
2 biji kuning telur (gred c)
Pewangi (Cik Mun guna pewangi pisang sebab vanila dah abis)

Hiasan : Buah ceri yang dipotong kecil-kecil.

Cara-cara membuatnya:

  1. Dalam satu bekas, satukan butter, gula dan telur. Pukul dengan `mixer; hingga adunan kembang. (lebih kurang 5-10 minit)
  2. Masukkan tepung kastad dan tepung gandum secara berselang seli.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bentukkan hingga menjadi seperti bunga dahlia/semperit.
  4. Letakkan hiasan biskut dengan menggunakan buah ceri.
  5. Bakar menggunakan avon dengan suhu 170 darjah celcius selama 8-10 minit. (bergantung kepada jenis oven)
  6. Angkat dan sejatkan di atas tisu dapur sebelum disimpan/dihidangkan.

Saiz hidangan : 85-95 biji. (bergantung kepada saiz biskut yang dibentuk)


Jumaat, 20 Februari 2015

Tips Nak Masak Cepat Masak Lemak Kuning

Abaikan gambar Atok Cik Mun kat depan bekas tu ok...

Ada di kalangan wanita bekerja yang memberi alasan sibuk, penat dan tak semat nak memasak untuk makan malam keluarga. Takpe... Cik Mun kasi tips kat sini. Di waktu hujung minggu tu, manafaatkan waktu yang ada dengan buat benda-benda yang macam begini...

Dah tinggal sikit je pun paste masak lemak kuning ni...


Memang lah kita tak tahu apa yang kita nak makan. Takkan lah nak rancang macam duduk kat asrama.. hari Isnin makan sajian `A', Hari Selasa makan sajian `B', Hari Rabu makan sajian `B' dan begitulah ada sajian tertentu hingga hari Ahad, Jika sudah habia hari, maka diulang juga sajian yang sama untuk minggu yang seeterusnya.

Tak, bukan itu maksud Cik Mun. Yang maksudnya adalah Macam gini.. sedaiakan je paste yang macam ini, buat dalam kadar sedikit dan letakkan dalam peti ais tempat beku tu. Insya Allah tidak akan rosak. Bolah bertahan 1-3 bulan. kalau kekal beku...


Rabu, 18 Februari 2015

Ayam Panggang Simple Sedap Bercincah.

Ayam panggang simple dan sedap

Balik dari tempat kerja selalunya Cik Mun akan sampai lebih kurang pukul 6.00 petang. Kalau malas dan dalam masa yang sama nak melayan tekak anak, cam gini je lah Cik Mun masak. `Ekspresss' je.

Kasi terliur sama kengkorang yang baca...

Mula-mula Cik Mun keluarkan ayam dari peti sejuk, `defrostkan dengan air mengalir, dah lembut sikit baru perapkan terus dalam Pemanggang ajaib Ikan. Sambil perap tu, Cik Mun akan mandi dan sembahyang. Anak-anak, Husband yang jaga diaorang main kat taman. 

Sambal kicap yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Lepas tu, panggang je agak-agak 10-15 minit. Cik Mun tinggal je atas dapur tu, pergi siram pokok bunga. Cuma leceh sikit kena buat sambal kicap je. Tapi kalau makan gitu je pun ayam ni dah sedap jugakkkkkkk....

Untuk resepi yang simple, sedap dan cepat ni seperti di bawah:


AYAM PANGGANG SIMPLE SEDAP BERCINCAH

Bahan-bahan:

1/4 paha ayam (+/- 270gm)
Bawang besar (potong bulat)
Serbuk perasa `Cukup Rasa Maggie' (optional-tak nak letak pun ok)
1 sudu teh garam (jangan banyak kerana sos tiram dah masin, dan nak cincah kicap lagi...)
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh lada putih
1 sudu makan sos tiram
1/4 inci halia (potong nipis je)
Cili besar (potong serong)

* Tak perlu gunakan minyak sebab minyak dari ayam akan keluar dengan sendiri kerana tekanan dari Pemanggang Ajaib Ikan tu. Ayam pun tak akan melekat sebab memang anti lekat pemanggang Ajaib ni ada lapisan anti lekat. Memang saian ni menyihatkan...


Cara memasaknya:
  1.  Perapkan semua bahan  dengan ayam kira-kira 10-15 minit. Lagi lama lagi sedap ayam pangang kita nanti.
  2. Bakar ayam dengan menngunakan Pemanggang Ajaib Ikan (10-15 minit-api sederhana)  / bakar guna api kayu (20-30 minit) pun boleh.
  3. Angkat dan hidangkan bersama dengan sambal kicap.


SAMBAL KICAP

Bahan:
1 auns / 30ml kicap lemak manis
1 sudu jus limau nipis
5-6 biji Cili api (potongkan)
Bawang kecil (potong bulat)

* Campurkan semua bahan di atas. Tak perlu masak di atas api. Sedia dihidangkan bersama dengan Ayam Panggang Simple Sedap Bercincah.

Jumaat, 13 Februari 2015

Ikan Lampam Masak Lemak Kuning Sama Timun

Tak sempat Cik Mun nak hidang dalam pinggan/mangkuk cantik berbagai. Ini je yang mampu di snap. Tapi habis jugak memakannya....


Cik Mun masa memasak hidangan ni untuk makan malam untuk keluarga terkenang balik masa zaman kanak-kanak Cik Mun yang dibesarkan dengan suasana kampung.

Ayah akan pergi kerja...tanpa meninggalkan sikit wang pun (sebab kami keluarga susah dan wang yang ada cukup-cukup untuk belanja duit minyak dan lain-lain keperluan penting sahaja). Makanya, abang-abang lelaki akan turun ke sungai menagkap ikan. Ikan yang dapat pulak memang amat besar, kalau nak makan senang je sebab tulang yang perlu dikeluarkan/disiang masa makan tu mudah nampak dan senang dikeluarkan.





Ini adalah antara jenis hidangan yang akan dimasak ibu, selain daripada itu, ada lagi masakan lain seperti ikan bakar cincah air asam dan ikan masak asam pedas. Yang `best'nya, mesti akan ada sambal kicap untuk dicincah oleh kami yang tak suka air asam tu...

Alhamdulillah! Walaupun kami sekeluarga seba kekurangan pada masa tu, sumber protein kami sekeluarga adalah daripada ikan-ikan air tawar sungai yang besar-besar. Yang mana kalau sekarang ni nak beli/makan, harganya di restoran boleh mencecah dari RM50-80 ringgit seekor.

Sedih pulak Cik Mun cerita pasal zaman ssah-susah dulu...Takpe lah, fokus balik... Kalau nak tray masak hidangan ni, bahan dan cara memasak seperti di bawah ni...


Bahan-bahan

1 ekor (+/-400gm) ikan lampam
2 sudu teh serbuk kunyit

1/2 biji timun (potong serong)
600ml pati santan
1 batang serai (dihiris nipis)*
4 biji cili padi (jika suka pedas boleh tambah lagi)*
2 tangkai cili kering ( untuk warna kuah cantik & pedas lagi)*
1/2 sudu teh belacan*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 hiris asam keping
Perasa (optional)

Bahan-bahan bertanda * ditumbuk halus/diblender.



Cara-cara memasaknya:

  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan  yang bertanda *, asam keping  dan timun. Tunggu hingga timun empuk. 
  2. Masukkan ikan lampam dan santan. Sentiasa kacau untuk elakkan santan bergentel.
  3. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  4. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas beserta lauk pauk lain.

 Saiz hidangan : 2 orang makan.

Rabu, 11 Februari 2015

Lala Masak Lemak Sweet Sour

Gambar 1; Biarpun hidangan yang simple, asalkan hidangan ni 
adalah hasil tangan Cik Mun.

Dah lama sangat rasanya tak makan lala. Cik Mun sebenarnya suka jugak makan tapi kena tengok musim. Sebab dulu, pernah terbaca pasal keracunan makanan hingga ada yang meninggal dunia hanya disebabkan oleh memakan lala ni, berlaku di Negeri Sabah/Sarawak. Tak ingat sangat la sebab dah lama sangat baca artikel tu yang dipaparkan dalam Harian Metro.

Gambar 2 : Pinggan pemakanan sihat lagi tu!

Biras Cik Mun pun pernah makan (mungkin masa musim yang tak sesuai), dia jadi kejang dan pitam. Tapi tak tahulah. Mungkin sebab dia yang memang sediaada mempunya kanser dan `antibody' badannya lemah dan tak boleh melawan serangan yang biasa-biasa kot.

Berbalik kepada aritikel yang Cik Mun baca tu, penulisnya menasihatkan agar jika kita hendak memakan lala/lain-lain makhluk kerang-kerangan ni, makanlah ketika musim panas dan bukannya semasa musim hujan. Ini disarankan setelah kajian saintis mendedahkan bahawa kandungan merkuri (seingat-ingat Cik Mun la...) dan bahan kimia yang dibuang dari kilang (dari daratan) mengalir ka dalam laut. Dan hidupan yang paling terjejas dan paling banyak menyerap bahan yang tidak baik untuk kesihatan ini adalah kerang-kerangan termasuk lala.

Takpe lah, lupakan sekejap pasal artikel tu...Jangan hajat nak makan lala terbantut. Kalau nak makan pun masih boleh lagi.. dinasihatkan agar memakannya pada musim panas kerana kurangnya pengaliran bahan-bahan buangan merbahaya kilang/kawasan industri ke dalam laut...

Untuk cuba masak hidangan ni, bahan-bahan dan cara memasaknya adalah seperti di bawah


Bahan-bahannya;

800gm lala (rendam dan bersihkan dengan air biasa untuk buang pasir)
1 biji ubi kentang (kupas kulit dan potong kiub kecil-kecil)
1/4 inci halia hiris nipis*
2 biji bawang merah (hiris halus)*
1 ulas bawang putih (hiris halus)*
2 sudu makan cili kisar
1 sudu gula putih
1 sudu sos tiram
3 sudu pati santan (kalau suka lemak boleh tambah lagi)
Garam secukup rasa
1 hiris asam gelugur keping
1 helai daun kunyit (pucuk muda)
Perasa (optional)
Minyak secukupnya  untuk menumis



Cara-cara memasaknya:

  1. Tumiskan semua bahan bertanda * hingga naik baunya.
  2. Masukkan kentang, sos tiram, cili kisar, gula, garam, perasa dan asam gelugur keping.
  3. Masukkan kuantiti kuah yang dikehendaki dan tunggu hingga ubi kentang empuk.
  4. Akhir sekali, masukkan lala dan daun kunyit.
  5. Tunggu hingga semua lala terbuka (menandakannya masak) dan `adjust rasa' masam, masin dan manisnya sebelum diangkat dan dihidangkan.

Mee Sizling Si Mee Sanggul

 `Hot Plate Sizzling Mee' Cik Mun yang `first time' guna....he he he...

 Sape yang pernah makan mee sizling...? Selalu makan...?
selalu kot kalau sesiapa yang duduk kat tempat meriah ak.k. `town' tu mesti banyak gerai/medan selera/shopping `complex' yang ada buat menu tu kan?
Makan hingga menjilat sudu garpu.........

Tapi Cik Mun ni duduk kat kawasan pedalaman sikit. Bukannya bandar tapi pekan je...`so', tempat makan pulak `limited' dan kalau nak makan kena la pergi tempat-tempat ada jual benda alah ni...

Kalau dapat makan kat gerai yang dah jauh-jauh pergi ni... dikecewakan pulak dengan hidangan yang tak serupa yang diharapkan. Kecewa sungguh. Dah la kita mintak lebih (dan `willing to pay more') tapi dikecewakan dengan ayam dan sayur yang ditelakkan pun tak banyak.. kuah sikit...sakit hati betol...
Kasi meriah sikit. Ada telur, sayur, taugeh... 
alamak! sambal lupa pulak nak letak!

Kepada sesiapa yang ada rasa sakit hati dan rajin macam Cik Mun, meh kita buat sendiri mee sizzling. Tak payah nak beli kat gerai-gerai yang kedekut tu! Resepi dan cara memasak d bawah ni...Che ki daout!



Bahan-bahannya:

1 bungkus @ +/- 150grm mee sanggul kering
250 gram ayam  (potong kecil-kecil)
75 gm cendawan butang segar
1 kiub ayam knorr
5 sudu makan kicap jalen lemak manis
2 sudu makan kicap pekat
Garam
Lada putih
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan air biasa/paip)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang kecil
1/4 inci halia muda
Minyak bijan secukupnya untuk menumis 


Makanan lain sebagai penambah selera...
  1. Telur (dipecahkan dalam mee sizzling dalam hot plate)
  2. Sayur sawi bunga (Cik Mun guna sawi bakchoy sebab itu je yang ada dalam peti ais)- celur dan ketepikan
  3. Taugeh (kat kedai tak letak pun tapi Cik Mun letak jugak nak kasi meriah)- celur dan ketepikan

Sambal sizzling sebagai penambah selera...
  1. 10-15 tangkai cili kering (direbus hingga lembut)
  2. 2 sudu makan cuka
  3. 2 sudu makan gula
  4. 1 ulas  bawang putih
  5. Sedikit halia 
  6. sedikit garam
Semua bahan di atas dimasak atas api hingga mendidih. Tambahkan lagi apa-apa bahan dari 1-6 yang dirasakan perlu.



Cara-cara memasaknya:

  1. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam, sos tiram, air, cendawan butang dan kiub ayam. Tunggu hingga cendawan dan ayam empuk.
  3. Masukkan lada sulah, kicap pekat, kicap lemak manis dan bancuhan tepung jagung. 
  4. Rasa dan masukkan garam lagi sekiranya perlu. (Jangan terlalu banyak garam kerana kiub ayam, soso tiram dan kicap sudah agak masin)
  5. Angkat dan hidangkan bersama dengan sayur celur dan sos sizzling.

Saiz hidangan : 7 orang makan.

Selasa, 10 Februari 2015

Kerabu Pucuk Stang Makanan Tradisi

 Pucuk stang, ulaman tradisional.

Cik Mun nak `suggest' kan kerabu ni kepada sesiapa saja yang nak sihat sejahtera (InsyaAllah) untuk amalkan makanan yang kelat-kelat a.k.a pahit ni. Banyak manafaat yang kita akan dapat. Antaranya, dapat menurunkan bacaan bagi penyakit darah tinggi, kencing manis dan mungkin banyak lagi Cik Mun yang mungkin tak tahu !

Kalau dapat makan dengan berseleranya dan `request' lagi... Cik Mun memang tabik. Sebab `husband' Cik Mun sendiri yang orang kampung, kakak dan adik-adik pun tak sanggup nak makan dek kepahitannya.


Si pahit stang, lemak manis, buat mengambil hati bapa mertua...

Tapi kalau dah suka... akan rasa pahit-pahit lemaknya...macam Cik Mun pun masa makan buah pala pada `fisrt time' dulu la. Mula-mula tak suka, tapi bila makan, makin ketagih dan ketagih.

Kalau nak cuba, resepi dan cara membuatnya seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya:

2 cekak ulam pucuk stang (dicelur dengan air  panas 10-15 minit, toskan dan dipotong)
½ cawan kelapa parut
Cili besar (merah) secukupnya
1 sudu jus asam limau  nipis
 Garam secukupnya
½ inci belacan (dibakar dulu)*
Ikan bilis (goreng garing dahulu) *
2-3 biji cili api (nak pedas sila tambah lagi) *
Perasa (optional) 
1/4 biji bawang besar (hiris nipis-nipis)
Semua bahan bertanda * ditumbuk halus.
Simpan sedikit ikan bilis goreng untuk tabur.

Cara-cara Membuatnya;
  1. Gaulkan kelapa parut dan daun stang yang dipotong dengan semua bahan tumbuk, bawang, air limau nipis dan kelapa parut.
  2. Sedia dihidangkan dengan nasi panas dan ikan goreng/Lauk pauk lain.
Saiz hidangan untuk 2 orang.

Isnin, 9 Februari 2015

Cawan Hikmatku...

Kalau ada yang `confuse' pasal cawan yang Cik Mun gunakan. ini lah rupa bentuk cawannya.

Err Errr er.. sebenarnya mug kot??!

Sebab tu lah sebenarnyalebih baik kita gunakan sukatan dalam bentuk timbangan/metrik. Sebab ianya lebih tepat dan jitu.. Cawan orang lain pulan cam mana yer?

Lui pikir la sendiri....Ha ha ha..........

Jumaat, 6 Februari 2015

Masak Lemak Kuning Udang Sama Betik Tua




Pernah makan betik masak pelbagai sikit tak? Ada sesetengah orang yang bukan berasal dari kampung mungkin tak tahu betik tua ni boleh buat macam-macam. Kalau Cik Mun, berasal dari Daerah Hulu Perak memang dari kecil dah diajar mak dan ayah untuk makan bahan-bahan yang ada di sekeliling rumah/kampung je. Sebut je pucuk yang pelik2, masakan yang pelik pun, Insya Allah ada pengalaman memakannya.

Malas nak membebel panjang-panjang...(malas nak menaip), meh `zoom in' resepi dan cara memasak seperti di bawah ni ye...


Bahan-bahan

300 gm udang
2 sudu teh serbuk kunyit
4 jurai biji betik (potong kiub)
400ml pati santan
1 batang serai (dititik)
4 biji cili padi (jika suka pedas boleh tambah lagi)*
1/2 sudu teh belacan*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 hiris asam keping
perasa (optional)

Bahan-bahan bertanda * ditumbuk halus.



Cara-cara memasaknya:


  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan  yang bertanda *, asam keping  dan betik. Tunggu hingga betik  empuk. 
  2. Masukkan udang dan santan. Sentiasa kacau untuk elakkan santan bergentel.
  3. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  4. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas beserta ulam-ulaman mentah.
Saiz hidangan untuk 4 orang. 

*Udang jangan dimasak terlalu lama, cukup sekadar merah kulitnya. Jika terlalu ama, isi udang akan terlebih masak dan jadi keras...

Selasa, 3 Februari 2015

BISKUT SEMPERIT CIK MUN



 Semperit yang dah siap letak dalam bekas. Yang ni nak bawak ke pejabat.

Dah bersawang rasanya blog ni tak ber`update'...rasanya dah 2 bulan kot. Kena `mood' malas...Cik Mun sebenarnya masih masak. Tapi nak menaip ni yang malas...

Semperit ni belum dibakar lagi...kasi testing bakar guna pemanggang ajaib. Cik Mun bakar api kecil 8-10 minit juga bergantung kepada tebal biskut. (tak disyorkan kaedah ni sebab pengalamannya, lembik di tengah)

Takpe lah, memandangkan menjelang Tahun Baru Cina Tahun 2015 ni adik beradik Cik Mun nak datang, Cik Mun pun tumpang semangat tu, buat biskut raya Cina... BISKUT SEMPERIT a.k.a Biskut Dahlia kot?

Biskut ni pulak nak bakar pakai oven je...suhu dan masa, 160o celcius selama 8-10 minit bergantung pada ketebalan biskut dan jenis oven. (Yang ini disyorkan kaedahnya...)

Kalau nak `try' version yang Cik Mun punya, resepi dan cara-cara membuatnya seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya;

1 ½ butter

2 cawan tepung gandum

½ cawan tepung kastad

1 cawan gula (diblender halus)

3 titik pewarna kuning (`yellow egg’)

Secubit garam

Pewangi pisang (sebab esen Vanila Cik Mun dah abis)

Kuning telur

Ceri (untuk hiasan)



Cara-cara Membuat/memasak:

  1. Dalam satu bekas, satukan gula, butter, garam, kuning telur dan `yellow egg’. Pukul hingga semua bahan sebati serta gula dan butter kembang. (Anggaran kira-kira 8-10 minit).
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. 
  3.  Rehatkan adunan. Tapi kalau nak buat terus pun bon boleh juga...
  4. Terapkan/picitkan ikut besar/nipis biskut dikehendaki.
  5. Hiaskan dengan ceri merah/hijau...
  6. Bakar dalam oven dengan suhu 160o celcius selama 5-8 minit bergantung pada jenis oven dan ketebalan biskut semperit yang dibuat.