Jumaat, 31 Januari 2014

`Devil' Marry Cheese Kek

Cik Mun dah lama peram resepi ni. Maklumlah, sibuk memanjang sampai tak sempat nak `update' blog. Dah bosan dengan rupa cheese kek biskut yang sopan santun, Cik Mun buat gaya huru hara... nampak macam jahat sikit, ada tajam-tajam dan banyak tanduk. Tapi sebenarnya, kalau nak tahu cerita, 2 orang hero Cik Mun tu yang main bungkusan biskut marry sampai pecah biskut kat dalam bungkusan, makanya, Cik Mun pun bantai lah guna buat cucuk-cucuk. Tapi bila tengok hasil kerjanya, macam cantik la pulak. Kalau nak try buat `Devil' Marry Cheese  Kek ni, resepi dan bahan-bahan adalah seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya:
(Anggaran boleh buat dalam 3-4 biji `tuppaware' putih)

250 gm krim cheese (Cik Mun guna Jenama Tartura)
100 gm gula halus (Boleh kurangkan jika tal suka manis)
100 ml susu cair/krimer sejat (Cik Mun gunakan susu cair Jenama Diary Camp)
100ml susu sejat (panaskan hingga suam)

Hiasan Atas Kek

1 Paket Biskut Coklat Mary (250 gm)
1 Buah beri (hiasan)
1 Tiub Serbuk Nescafe 3 in 1


Cara-cara Membuatnya:
  1. Pukulkan krim cheese dengan gula halus dan krimer sejat hingga cheese krim kembang 2 kali ganda dari saiz asal dan ketepikan.
  2. Ambil biskut Marry, celupkan satu saat ke dalam krimer sejat dan susun ke dalam loyang sebagai lapisan pertama.
  3. Ambil krim cheese dan ratakan sebagai lapisan ke dua.
  4. Ulangi proses/lengkah yang sama hingga habis semua biskut mary.
  5. Bagi prose yang akhir sekali, lebihkan krim cheese di bahagaian atas bagi memudahkan untuk mencucuk biskut marry ke dalam krim cheese.
  6. Seterusnya taburkan dengan serbuk marry yang dicampurkan dengan serbuk nescafe 3 in 1.
  7. Akhir sekali, hiaskan dengan berry merah.
  8. Simpan di dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dimakan.  

Kat bawah ni semua antara bahan-bahan yang digunakan oleh Cik Mun.

 Mula-mula bila tengok resepi asal kena pakai susu segar, tapi Cik Mun try tukar guna krimer sejat, 
ok jugak rasanya...

 Cik Mun pukul guna mixer tangan je sebab buat bancuhan yang sikit. 
Tapi, ... lengoh sangat tangan rasanya sebab kena pukul dalam lebih kurang 15 minit.

 Nescafe 3 in 1 yang Cik Mun guna... Tapi sebab Cik Mun tak suka sangat dengan kafein, makanya Cik Mun campur dengan serbuk marie coklat yang dihancurkan sebagai hiasan untuk tabur. Tapi kalau tak nak letak nescafe pun takpe...Cumanya, takde lah rasa nescafenya nanti...

Biskut marry coklat yang Cik Mun guna. Siap ada tanda harga lagi tu.
Boleh kira budget terus kalau nak buat. Hahahaha....

Rabu, 22 Januari 2014

Maggie Kari `Otter'

Balik dari kerja pada hari Jumaat yang lepas teringin sangat nak makan maggie kari. Dah lama sangat rasanya tak makan maggie kari. Cik Mun buat magie kali ni meriah sangat dengan sayur sebab Cik Mun suka makan sayur. Lagipun, biarlah sekadar kari tapi pastikan semua nutrisi pemakanan lengkap dalam sepinggan hidangan. Hidangan ni untuk Cik Mun dan yang hidangan satu lagi yang kat bawah tu untuk husben. Kuahnya pula Cik Mun otter sikit sebab tak nak gunakan sepenuhnya perencah yang dibekalkan di dalam bungkusan maggie tu. Sekurang-kurangnya, kurang lah sedikit perasa bahan kimia dalam tubuh badan ni kan? Lagi pula, anak-anak Cik Mun masih kecil lagi dan semua bahan kimia ni lagi baik sekiranya dikurangkan.


Hidangan ni Cik Mun tambahnkan telur mata kerbau. Cik Mun punya hidangan takde telur mata kerbau sebabnya Cik Mun rasa ayam dan isi ikan pun dah cukup banyak. Resepi adalah seperti berikut.


Bahan-bahannya:

3 bungkus maggie kari (Cik Mun celur dan ketepikan)
1 papan isi ikan
1 ketul ayam (bahagian dada-potong kiub)
Sedikit bunga kubis
Sedikit brokoli
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit Daun bawang (hiasan)
Sedikit bawang goreng (hiasan)
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
5-7 biji cili padi
 1 biji telur (digoreng mata kerbau)
Bahan sos
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos ikan


Cara-cara memasaknya:
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih yang dimayang halus bersama dengan dan isi ikan hingga garing/naik baunya.
  2. Masukkan air secukupnya anggaran sendiri sebagai kuah diikuti dengan sayur caret, brokoli, bunga kobis dan perencah magie. (Cik Mun gunakan hanya 2 paket perencah walaupun jumlah maggie yang digunakan adalah 3 bungkus)
  3. Masukkan semua bahan sos dan tambahkan jika ada apa-apa yang kurang.
  4. Angkat dan hidangkan bersama dengan maggie yang telah dicelur. Sudahinya dengan hiasan daun bawang, telur mata kerbau, cili padi dan bawang goreng.
Saiz hidangan adalah untuk 4 orang.


Khamis, 16 Januari 2014

Tempe Goreng Berlada

Resepi ni merupakan resepi ulang tayang. Cik Mun dan suami memang sukakan tempe. Paling sedang kalau makan dengan nasi lemak. Ada pulak sayur salad/timun sebagai pelengkap. Husban Cik Mun pastinya akan bertambah-tambah nasinya kalau lauk ni. Resepi pada yang ingin mencuba adalah seperti di bawah ini.

 Bahan-bahan:

150 gm keping tempe (digoreng dahulu)
50 gm ikan bilis (digoreng dahulu)
50 gm kacang tanah (digoreng terlebih dahulu dalam minyak/goreng kering)
Daun bawang secukupnya (hiasan)
2 sudu besar gula putih
1/2 sudu besar gula merah
Air asam jawa secukupnya
1/5 sudu teh ajinomoto
1 biji bawang besar*
2 biji bawang kecil 2 ulas bawang putih*
5-8 biji cili kering*
 
Semua bahan bertanda * dikisar halus.


Cara-cara memasaknya:
  1. Panaskan minyak (anggaran 4-5 sudu besar)
  2. Tumiskan bahan blender hingga pecah minyak/hingga betul-betul kering.
  3. Perasakan dengan gula putih, gula merah,  garam, air asam jawa dan ajinomoto secukupnya.
  4. Masukkan tempe, ikan bilis dan kacang tanah yang telah digoreng dan sebatikan.
  5. Angkat, taburkan dengan daun bawang dan hidangkan.
Saiz hidangan adalah ujtuk 2 orang.

Isnin, 13 Januari 2014

Kek Cheese Kembar Siam



Cik Mun teringin nak makan Kek Persona dan Kek Cheese Kut. Kalau buat masing-masing sebiji kek, rajin je Cik Mun ni. Cuma masalahnya bila kek dah banyak buat, berjenis-jenis, Cik Mun jugak yang jadi tukang habiskannya. Anak-anak Cik Mun yang kecil lagi ni berapa suap sangatlah yang diaorang nak makan. Tu lah yang datang idea nak gabungkan kedua-dua resepi buat kek ni. Biar jadi kembar siam, dua-dua jenis kek Cik Mun dapat rasa dalam satu jenis kek je. Resepi dan bahan-bahan adalah seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya:
(Anggaran Besar Kek 5 X 5 inci)

250 gm krim cheese (Cik Mun guna Jenama Tartura)
100 gm gula halus (Boleh kurangkan jika tal suka manis)
100 ml susu cair/krimer sejat (Cik Mun gunakan susu cair Jenama Diary Camp)
1/2 Paket Biskut Coklat Mary (125 gm)
100 gm Biskut 4 Segi Hup Seng
100ml susu sejat (panaskan hingga suam)


Bahan Tabur Atas/Hiasan;

Buah beri secukupnya (hiasan)
1/2 Tiub Serbuk Nescafe 3 in 1*
1 keping  Biskut 4 Segi Hup Seng* 
1 Keping Biskut Marry Coklat*

Bahan bertanda * Hancurkan kesemuanya dengan tangan/blender.


Cara-cara Membuatnya:
  1. Pukulkan krim cheese dengan gula halus dan krimer sejat hingga cheese krim kembang 2 kali ganda dari saiz asal dan ketepikan.
  2. Ambil biskut Marry, celupkan satu saat ke dalam krimer sejat dan susun ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak sebagai lapisan pertama.
  3. Ambil krim cheese dan ratakan sebagai lapisan ke dua.
  4. Ulangi proses/lengkah yang sama hingga habis semua biskut mary.
  5. Bagi lapisan yang akhir, gunakan pula biskut 4 segi hup seng dan celupkan ke dalam susu krimer sejat, susunkan dan sudahi dengan menyapu krim cheese di bahagian atas.
  6. Seterusnya taburkan dengan bahan tabur dan hiaskan dengan berry merah.
  7. Simpan di dalam peti sejuk selama 1- 4 jam sebelum dimakan.  
 
Cik Mun gatal nak buka lapisan kertas minyak awal sangat. Tak sempat menyempat nak tunggu hingga 4 jam, makanya jadi buruk sikit kek ni sebab terkopak cheese kat sebelah kiri kek tu.


 Mmmmmm... Sedap sangat!
Potongan rentas kek cheese siam Cik Mun.
Cheese Cik Mun terkurang pada bahagian dalam kek. Jadinya, Cik Mun lebihkan cheese kat lapisan atas tu. Nampak tak ketebalan cheese kat bahagian atas tu. Cik Mun ni tak la pandai sangat nak budget ketebalan setiap lapisan sebab baru nak belajar buat kek jenis yang ber cheese ni...Tapi percayalah! hasilnya memang mabeles...

Kasi Close-up sikit!. Baru Cik Mun akan teringat
selama-lamanya bila tengok balik resepi ni.



Kat bawah ni semua antara bahan-bahan yang digunakan oleh Cik Mun.

 Mula-mula bila tengok resepi asal kena pakai susu segar, tapi Cik Mun try tukar guna krimer sejat, 
ok jugak rasanya...

 Cik Mun pukul guna mixer tangan je sebab buat bancuhan yang sikit. 
Tapi, ... lengoh sangat tangan rasanya sebab kena pukul dalam lebih kurang 15 minit.

 Nescafe 3 in 1 yang Cik Mun guna... Tapi sebab Cik Mun tak suka sangat dengan kafein, makanya Cik Mun campur dengan serbuk Biskut Marie Coklat dan Biskut 4 Segi Hup Seng yang dihancurkan sebagai hiasan untuk tabur. Tapi kalau tak nak letak nescafe pun takpe...Cumanya, takde lah rasa nescafenya nanti...

Biskut marry coklat yang Cik Mun guna. Siap ada tanda harga lagi tu.
Boleh kira budget terus kalau nak buat. Hahahaha....

Satu lagi yang takde ialah Biskut 4 Segi Hup Seng. Kalau ada kesempatan, Cik Mun akan edit entry ni dan masukkan gambar Biskut 4 Segi Hup Seng ok!

Jumaat, 10 Januari 2014

Taufu Telur Campur Sawi Dan Caret

 Tofu telur ni memang menjadi kesukaan Cik Mun dan suami. Anak-anak pun suka makan, tapi hanya akan kutip caret dan makan kuahnya sahaja. Biasalah! Budak-budak, memang tak sukakan sayur. Cik Mun ni buat lah pelbagai sajian jenis sayur dicampurkan dengan harapan mereka akan sukakan sayur. Tapi hasilnya sama sahaja, Mereka tetap akan memilih sayur-sayur untuk dimakan. Yang selebihnya apalagi... Cik Mun la yang jadi tukang habiskannya...


Ni gambar Taufu Telur Campur Sawi Dan Caret. Cik Mun `close-up' sikit...
Kalau nak cuba masak, resepi adalah seperti di bawah ini...


Bahan-bahan:

2 batang tofu telur
3 inci caret
2 pokok sawi pakchoy
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji kiub ayam
2 biji bawang kecil*
1 ulas bawang putih*

Bahan bertanda * dicincang halus


Cara-cara memasaknya:
  1. Potongkan bulat tofu telur (anggaran 1/2 inci) dan goreng hingga keperangan. Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng tofu tadi, kurangkan minyak hanya untuk menumis (tinggalkan anggaran 3 dudu besar) sahaja.
  3. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga garing dan naik baunya.
  4. Masukkan air yang dicampur dengan tepung jagung, sos tiram dan kiub ayam. (Tepung jagung mesti dibancuh dengan air sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuali untuk mengelakkannya bergentel)
  5. Perasakan dengan garam secukupnya. 
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan adalah untuk 4 orang.

Khamis, 9 Januari 2014

Pengalaman Disengat Lipan

Ini la lipan yang sengat Cik Mun. Tak tipu....

 Ngeri! kejadian berlaku pada pukul 5.30 pagi. Masa tu Cik Mun tengah lena tidur bersebelahan anak sulung Cik Mun. Tetiba je terasa ada benda menyengat pinggul Cik Mun. Bingkas bangun, terasa pulak menjalar dalam baju. Cik Mun bukak baju, menjalar pulak haiwan tu ke leher. Sempat menepis, tapi tewas... kena sengat lagi satu kat leher. Sakit sangat. Dalam tempoh kurang 30 minit, kaki sebelah pinggul yang kena sengat tu terasa panas dan kejang. Kat leher pulak, terasa panasnya sampai belakang. Penangan lipan memang azab. Tapi alhamdulillah Cik Mun ada ubat tahan sakit lebihan yang Cik Mun sakit gigi dulu. Telan jap ubat tu ok sikit (tapi sakit jugak berdenyut-denyut). 

Ikutkan rasa hati Cik Mun nak je terus ke klinik. Apa yang Cik Mun faham, bagi kes disengat haiwan berbisa ni dikategorikan kes kecemasan. Tapi memandangkan kesedaran tu timbul dah dekat pukul 6, Cik Mun rasa macam nak mandi dan solat dulu. Takut kalau-kalau pergi klinik nanti buang masa dan tak sempat nak solat subuh pulak. Sebabnya, service klinik kecemasan kerajaan kat kampung Cik Mun amatlah lembab. Cik Mun pun tahan sakit. Mandi dan menunaikan solat dulu. Sempat jugak masakkan nasi goreng untuk anak sebab takut lambat balik dan anak-anak kelaparan.

Cik Mun pergi ke klinik pukul 7 pagi. 7.30 mendaftar seperti biasa. Tapi bila dah tak tahan sakitnya, Cik Mun mohon kat bahagian pendaftaran agar dipercepatkan. Bukannya apa, Cik Mun yang datang awal dulu pun diberikan giliran selepas warga tua yang berumur 70 tahun ke atas (Prosedur klinik kerajaan warga tua dan OKU diberikan keutamaan). 

Alhamdulillah kakak jururawat kat bahagian pendaftaran tu faham dan dia pun cakap bahawa kes sengatan haiwan berbisa lebih diberikan keutamaan. Makanya, Cik Mun pun masuk ke bahagian kecemasan. Dapat lah 4 suntikan. 1 di pinggul, 1 di tangan dan 2 extra sebab `Medical assistance' yang cucuk Cik Mun tu tak bijak buat suntikan.

Ubat yang diberikan amatlah mengantu. Cik Mun balik dan terus tertidur. Dari pukul 9-12 tengah hari. Waktu malam pulak, sakit berdenyut-denyut datang balik. Tempat yang disengat jadi gatal. Rasa panas menjalar kat bahagian-bahagian badan yang disengat. Kaki dan bahagian belakang. 

Cik Mun tak nak makan ubat yang dibekalkan. Nama ubat tu ialah Chlorpheniniramine Maleate (4mg) sebabnya ubat tu lah yang sumbangkan rasa mengantuk yang sangat-sangat pada Cik Mun. Cukuplah Cik Mun makan (Mefenamic Acid)-Ubat tahan sakit saja.

Chlorpheniniramine Maleate (4mg) 
yang bewarna kekuningan cair. Sangat mengantuk bila dimakan. Cik Mun tak makan (walaupun MA suruh.) sebab dah disuntik dengan ubat ni. Cik Mun nak pulangkan sebab rasanya tak perlu Cik Mun simpan. Memang tak sentuh langsung.

(Mefenamic Acid)-/Ponstant (250mg / 500mg) - Ubat tahan sakit. 
Ubat ni Cik Mun tak sempat nak Snap Shoot sebab tak guna, terus je Cik Mun pulangkan semula ke Klinik. Kalau nak tahu, kat klinik kerajaan sekarang ni dah ada bakul pemulangan ubat. So.. ubat-ubat yang tak digunakan dan masih belum tamat tempohnya boleh dipulangkan ke bakul pemulangan ubat. Dengan kesedaran dan cara semacam nii, kerajaan kita boleh berjimat cermat. Tak tahu la samaada ianya dibuat di seluruh Malaysia ataupun sebaliknya.


`Hydrocortisone cream'
 Untuk nak tahan rasa gatal pada tempat sengatan,  Cik Mun dibekalkan dengan ubat krim sapu ni. Tapi Cik Mun tak gunakannya pun pada masa tu sebab gatal makin kurang. Ingat nak pulangkan jugak ubat ni, tapi bila bila godek-godek kat dalam google, `Hydrocortisone cream' boleh guna pada bekas gigitan serangga seperti nyamua dan boleh juga digunakan pada pesakit yang alami kulit ekzema/alergik. Cik Mun simpan je la, mana tahu ada keperluan nanti sebab Cik Mun ni duduk kat kampung dan memang ada kemungkinan bagi semua tu.

Cik Mun memang tak sukakan ubat. Kalau demam pun, Cik Mun tahan je pening tu. Tak nak makan panadol/Paracetamol sebab ada baca beberapa artikel bahawa ubat-ubat moden ni, banyak kesan sampingannya.  Jadinya, kalau sakit sikit saja, minum air banyak-






Isnin, 6 Januari 2014

Chicken Chop Kari Cik Mun

Ini adalah Chicken Cop yang first time Cik Mun buat. Nampak macam Chicken Chop, Cik Mun pun namakan je Chicken Chop yang berkari. Kalau dari laman-laman blog yang cik Mun lawati lama dulu antaranya:


dan banyak lagi yang Cik Mun rujuk, (tapi maaflah sebab kalau nak ingat satu2 banyak sangat yang Cik Mun tengok sampai tak ingat). Terima kasih banyak-banyak dan izinkan Cik Mun ubah resepi ikut keadaan dan paparkan dalam blog Cik Mun pulak. 

Resepi ini pun tak lah beriya sangat. Main campak-campak sambil ingat apa yang terlintas sahaja di fikiran. Almaklumlah, masa kat opis, meng`view' resepi kat blog orang tapi tak salin pun. Bila dah balik rumah je, terasa nak makan. Makanya, campak sahaja lah apa yang ingat. Tapi Alhamdulillah, menjadi dan habis licin jugak le. En. Husben pun puji sedap. 
Anak-anak apatah lagi...

Resepi Chicken Chop Cik Mun yang tak seberapa ni seperti di bawah:



Bahan-bahannya:

6 ketul paha Ayam (Cik Mun tak buang tulang sebab malas)

1 sudu teh serbuk lada hitam*
1 biji kiub ayam*
1/2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 bawang merah*
1 biji bawang besar*
1 sudu makan sos tiram*
1 sudu makan serbuk kari babas*

Semua bahan bertanda * diperap bersama ayam, tinggalkan dalam peti sejuk tempat simpanan biasa lebih kurang 4 jam/semalaman.  Cik Mun tak letakkan garam kerana semua bahan perap ini ada antaranya yang akan berikan rasa masin kepada ayam ni. Lagipun, sos yang nak dimakan bersama nanti juga akan sumbangkan rasa masinnya nanti.


Hiasan segar yang boleh dimakan:

Buah Tomato (potong ikut suka)
Daun Stevea (boleh gantikan dengan sayur lain, salad contohnya, Cik Mun tak letak sebab tak ada...)
Kacang panggang dalam tin (masak sekejap sahaja atas api hingga mendidih dan hidangkan)
Kentang goreng (Rebus dulu hingga empuk, goreng `deep fry' dan hidangkan)


Sos
Jalapeno Cheese Powder (dibancuh dengan air panas.)
Mayonese


Cara-cara memasaknya;
  1. Ayam digoreng secara `deep fry'  hingga betul-betul masak. Api jangan kuat sangat untuk mengelakkan bahagian luar masak tapi bahagian dalamnya mentah.
  2. Angkat dan hidangkan dengan sos dan makanan tambahan yang lain seperti kentang, kacang panggang, buah tomato dan daun stevea/salad.


Jumaat, 3 Januari 2014

Roti Kentang Cincah Sambal Kacang Panggang Keju Berempah

Ini susunan bekal roti bersama pencincahnya. Cik Mun bawak ke pejabat. Tak sempat nak bergambar kat rumah sebab Cik Mun habis masak roti ni pun dah pukul satu setengah pagi. Kat pejabat pulak, sebelum nak makan tu `snap' gambar dulu.

Roti ni Cik Mun suka sebab kalau simpan sampai petang pun masih lagi lembut dan gebussss.... Boleh makan sampai petang, bahkan tahan 3-4 hari. Cik Mun memang dah tak kan makan kat kantin pejabat kalau dah bawak bekal macam ini.


ROTI KENTANG

Roti kentang ni Cik Mun buat sama saja macam base roti-roti kentang yang pernah Cik Mun buat. Mudah dan ringkas. Kepada sesiapa sahaja yang duduk jauh di pedalaman macam Cik Mun yang duduk di kampung, Jika nak cari kedai yang menjual bahan-bahan pelik-pelik seperti 'bread softener' ni memang susah. Jadinya, kena pelbagaikan teknik masakan agar masakan yang terhasil nanti sedap dan berbaloi. Cik Mun gantikan pelembut roti ni dengan kentang. Telur pun tidak digunakan dan ini menjadikan roti ini tidak hanyir sekiranya mahu dicincah dengan air kopi/teh/sebarang air.

Tak nak cerita panjang-panjang, resepi doh roti seperti dibawah ini..


Bahan-bahannya:

500 gram tepung gandum
2 sudu makan marjerin
2 biji kentang (rebus dan lenyek)

Bahan bancuh

100ml air suam
2 sudu  instant yeast/mauripan
3 sudu susu tepung


Cara membuat doh:
  1. Bancuh semua bahan bancuh dan biarkan sehingga ianya kembang lebih kurang 10 minit, ketepikan.
  2. Dalam satu bekas berlainan, campurkan semua tepng, marjerin dan kentang.  Masukkan baahn bancuh dan uli selama lebih kurang 10 minit/hingga doh kenyal/tidak melekat di tangan.
  3. Rehatkan doh selama 1 jam dengan titutup plastik / tuala lembab bersih.
  4. Setelah 1 jam, tumbuk dan uli sekali lagi untuk membuag angin doh. Bentukkan doh bulat/sebarang bentuk dikehendaki dan aturkan di atas dulang pembakar.
  5. Rehatkan doh sekali lagi selama 45 minit sebelum membakarnya.
  6. Bakat doh dengan api atas dan bawah selama 20 minit api atas dan bawah manakala baki 20 minit lagi dengan api bawah sahaja.  Suhu adalah 150 darjah celcius.

Resepi bagi 
KUAH KACANG PANGGANG KEJU BEREMPAH
pula seperti di bawah:

Kacang Panggang tin yang Cik Mun gunakan berfungsi sebagai pemekat kuah. Tapi jika menggunakan bahan yang ada dalam tin, rasa dulu tahap kemasinannya/keasamannya. Ini 
penting supaya kita boleh mengagak perasa seperti garam/asam yang akan 
ditambahkan dalam masakan / kuah kita nanti.


Bahan-bahannya:

1 tin kacang panggang
10 batang sosej ayam
1 biji buah tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
1  inci kulit kayu manis 
5 sudu serbuk keju jalapeno/`Jalapeno Cheese Powder'
2 sudu makan gula 
1/2 sudu makan garam

1/2 sudu teh Oregano
Lada hitam (`optional'-sebanyak mana pedas disukai)
Minyak untuk menumis


Bahan kisar
(kisar dengan sedikit air)

10-15 biji cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh jintan manis
1/4 sudu teh jintan putih



Cara-cara memasak kuah:
  1. Tumiskan bawang besar dan kulit kayu manis hingga naik baunya, masukkan bahan kisar, buah tomato dan tunggu hingga cili pecah minyak/kering air cili tersebut.
  2. Masukkan kacang panggang, sosej ayam, gula, garam, lada hitam dan serbuk daun kering oregano dan keju serbuk jalapeno. Perasakan lagi dengan garam dan gula sekiranya kurang.
  3. Angkat dan hidangkan bersama dengan roti kentang.
  4. Jika suka boleh juga makan bersama dengan mayonese atau lain-lain jenis keju.

Tips: 
Boleh digantikan keju jalapeno dengan sebarang jenis keju. Bahan seperti sosej ayam juga boleh digantikan dengan ayam segar/daging segar. Terpulang kepada diri kita sendiri.