Jumaat, 11 Oktober 2013

Sambal Kentang Ikan bilis

Masak sambal kentang ikan bilis ni Cik Mun selalu buat bila terasa nak makan pedas-pedas.  Kalau balik dari kerja dan tak ada apa-apa nak dimasak, ini sajalah menu Cik Mun. Senang, semuanya menggunakan bahan yang kering/boleh disimpan lama. Dapat pulak sambal ni kalau dicincah dengan timun muda... Abang ipar Cik Mun pulak memang ada ladang timun dan dia mengusahakannya secara besar-besaran dengan kerjasama peladang kawasan. Makanya... `stok' timun Cik Mun memang tak putus kalau `time' tanaman adalah timun. Untuk cerita ladang timun nanti-nanti Cik Mun akan kasik tau kat sini ek...Resepinya sambal ni adalah seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya:

2 biji kentang (potong nipis2)
1 genggam ikan bilis*
1/2 inci persegi belacan*
1 labu bawang besar*
8-9 biji cili padi (bergantung kepedasan dikehendaki)
1 keping asam gelugur
gula dan garam secukup rasa

Tumbuk semua bahan bertanda * (jangan terlalu lumat).

Cara-cara membuatnya:
  1. Tumiskan kentang hingga agak-agak empuk.
  2. Masukkan semua bahan tumbuk bersama dengan asam gelugur.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Sedia dihidangkan d=bersama dengan nasi panas. Lagi sedap kalau ada timun atau petai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan