Ayam ni simple sangat. Cii Mun terpaksa buat untuk makan anak-anak. Yang penting ianya tak pedas. Anak-anak Cik Mun paling suka makan kentang dan ayam. Cendawan yang sedap tu pulak, Cik Mun dan suami la yang habiskan... Resepinya seperti berikut:
Bahan:
200gm isi ayam (bahagian dada)
8-10 kuntum cendawan butang (segar)
1 biji kentang sederhana besar
3 ulas bawang putih
Bahan sos/kuah
1 sudu teh lada hitam
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
garam secukup rasa
perasa (optional)-kiub ayam/ajinomoto
Cara memasaknya:
- Tumiskan bawang putih dan kentang yang dihiris nipis hingga naik bau bawang putih.
- Masukkan cendawan butang dan air sebagai kuahnya. Tunggu hingga kentang dan cendawan empuk.
- Masukkan semua bahan sos dan perasakan dengan garam. Jangan terlalu banayk garam kerana kicap dan sos tiram sudah sedia masin.
- Akhir sekali, apabila semuanya sudah empuk, barulah masukkan ayam. Lebih kurang 2-3 mnit, angkat dan hidangkan. Saiz hidangan adalah untuk 2 orang.
errmm.. saya kene cuba resipi ni. tq sebab share =)
BalasPadam