Selasa, 8 Oktober 2013

Masak Masam Manis Petai Ikan Rebus

Sejak Cik Mun dah beli lot tanah di kampung, Alhamdulillah rezeki buah-buahan mencurah-curah hasil dari tuan lama yang bersusah payah menanamnya. Cik Mun amat beruntung kerana bila dah beli tanah semuanya baru mengeluarkan hasil. Bermula dari pokok rambutan, limau madu, langsat, dokong, manggis dan banyak lagi. Pokok petai pun ada walaupun kurang di pokok kerana baru belajar nak berbuah. Tetapi petai ni dikira macam petai belalang kerana ianya agak kecil. Baunya juga kurang berbanding dengan petai biasa. Mengenangkan banyak sangat petai (kalau nak makan berdua je Cik Mun dan `husben')  walaupun dah dibagi sedikit kepada jiran tetangga, Cik Mun pun terpikirlah idea inovasi resepi yang ekspress dan simple ni.. tapi yang penting, sedap.... Lagi sedap jika dimasak pada malam hari, tapi dimakan pada keesokan paginya dengan nasi atau nasi putih panas-panas sebagai sarapan. Resepi Masak Masam Manis Petai Ikan Rebus seperti di bawah ni.


Bahan-bahan
2 ekor ikan rebus
12-15 mata petai
air asam jawa secukupnya
garam secukupnya
1/2 sudu teh gula putih
1/2 sudu teh gula merah
8-9 tangkai cili kering*
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*

 Bahan bertanda * hendaklah diblender/ditumbuk bersama-sama.


Cara-cara memasak:

  1. Goreng ikan rebus tetapi jangan sampai terlalu garing.
  2. Tumiskan bahan-bahan kisar/bahan tumbuk hingga naik baunya. 
  3. Masukkan petai. dan air asam jawa, gula puti hingga cukup rasanya.
  4. Perasakan dengan garam, air asam jawa, gula putih, gula merah dan garam secukupnya. Tunggu hingga bahan kisar sedikit kering/pecah minyak. Boleh juga kalau tak nak pecah minyak sekiranya suka masakan ni berkuah.
  5. Akhir sekali masukkan ikan dan siap.
  6. Hidangkan bersama dengan nasi panas.
Saiz hidangan adalah untuk 2 orang.



2 ulasan: