Jumaat, 4 Oktober 2013

Apam Nasi

Masa penyediaan kih ni, teringat Cik Mun pada zaman masa bersekolah di Sekolah Menegah Teknik Kuala Kangsar. Ada satu pasar petang yang akan jual kuih apam nasi ni tetapi ianya dibalut di alas dengan daun pisang. Tak sangka pula bila dah jadi isteri dan ibu ni anak pulak yang suka makan. Putera kedua Cik Mun Si Iman tu mesti akan makan sampai habis. Terima kasih kepada tuan punya Blog www.jntanmanis.com kerana resepi ni Cik Mun ambil dari blog beliau. Mohon izin ye... Cumanya ada yang Cik Mun ubahsuai kerana bahan yang dicari tak ada. Resepi sepeti di bawah ni.



Bahan-bahannya (Anggaran Untuk 48 Biji):

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang
2 sudu besar gula putih

1 1/4 cawan air
1 sudu besar mauripan
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna makanan (Cik Mun tak letak)


Secekak kelapa parut (letakkan sedikit garam dan 1 sudu teh gula pasir)
Kalu nak tahan lama, boleh letakkan dalam kukusan dan kukus lebih kurang 3-4 minit.


Caranya:

  1. Tepung disatukan dengan yis dalam satu mangkuk.
  2. Nasi, gula, garam dan air dikisar bersama-sama hingga halus.
  3. Adunan blender dimasukkan ke dalam campuran tepung tadi dan digaul rata dan seterusnya diperap selama 3-4 jam.
  4. Setelah itu, kaup balikkan adunan dan isikan ke dalam bekas acuan yang telah dilumur dengan minyak. (Untuk elakkannya melekat)
  5. Rehatkan selama 30-40 minit.
  6. Kukus dengan api sederhana selama 10 minit. (Cik Mun gunakan pemanggang ajaib dan saiz apam pun agak kecil. Jadinya kerja-kerja mengukus agak jadi cepat)
  7. Siap diangkat dan dihidangkan dengan kelapa parut tabur...



Tips : 
Adunan setelah dimasukkan ke dalam acuan dan sedia untuk diperap. Jangan masukkan sampai penuh kerana adunan ini akan mengembang 2 kali ganda dari saiz asalnya. Cukup letakkan separuh acuan sahaja adunan tu. Ha... macam gitu...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan