Sabtu, 19 Oktober 2013

Projek Pagar Rumah : Tanam Pokok Bunga Jarum Ros

Gambar kat bawah ni dah lama Cik Mun simpan. Cuma tak mancatat untuk dipublishkan dalam blog ni. Alhamdulillah, baru je beli bunga jarum tu pada hari Khamis lepas, petang tu jugak lah Mr Husband bersemangat terus tanam bunga tu.

  Dari kejauhan nampak dengan gagah danhensemnya En. Suami Cik Mun mengorek tanah untuk tanam Pokok Bunga Jarum Ros tu.



Nampak tak benteng tu yang agak cerun. Memang hajat Cik Mun nak jadikan sebagai benteng agar tanah tak runtuh. Dan dalam masa yang sama nak jadikan pagar dan cantikkan laman rumah.
Berusahalah! berusahalah!


 Ada insan kecil yang membantu. Putera kedua Cik Mun. 
Muhammad Iman le tu...


Tada...dah siap bunga pagar Cik Mun. Minggu depan nak beli bunga jarum ros lagi.

Isnin, 14 Oktober 2013

Donut Ubi Keledek Merah Bercoklat Gebu...

Alhamdulillah...Cik Mun punya percubaan untuk membuat donut jadi juga. Memang dah lama teringin nak buat. Menggunakan resepi yang diinspirasikan daripada doh pizzaa seperti di SINI,  Cik Mun pun meng `otter' resepi tu dan cuba-cuba sesuka hati dengan harapan agar ianya lembut, dan tidak mempunyai telur kerana sehari dua ni anak sulung Cik Mun, Si Iskandar Ibad tu tekena ruam dan jika salah makan pastinya dia akan merana. Alhamdulillah...berkat ketekunan mencuba ianya berhasil.  Rasanya dah nak sama je macam `dunkin donut'  tetapi versi `home made' la....  



DOH DONUT

Bahan-bahannya:
(untuk hasilkan 10 biji donut)

1 cawan tepung gandum 
1 cawan ubi keledek (yang telah direbus dan dilenyek)
1 sudu makan margerin 
80 ml susu segar/susu tepung
1 sudu makan gula putih* 
1 sudu teh garam* 
1 sudu makan mauripan* 

Semua bahan bertanda * dibancuh bersama-sama dalam keadaan suhu susu segar/susu tepung suam-suam kuku airnya dan dibiarkan anggaran 5-8 minit.


Cara-cara memasaknya: 
  1. Semua bahan dicampur dan diuli 10-15 minit/hingga doh tidak melekat di tangan.
  2. Rehatkan doh 45 minit - 1 jam atau hingga doh naik hingga 2 kali ganda dari saiz asal. (Tutup dengan `kitchen towel' bersih yang lembap).
  3. Setelah itu, tumbuk dengan bagi buangkan angin dalam doh dan bentukkan bulat-bulat dengan lubang di tengah serta susun di dalam bekas pembakar. Tunggu lagi hingga 10-20 minit sebelum dibakar.
  4. Bakar dengan api paling kecil selama 10-15 minit. (Cik Mun menggunakan pemanggang ajaib ikan)
  5. Angkat dan celupkan ke dalam adunan coklat.
  6. Sedia dinikmati dengan teh untuk minum petang.
  
 Tips : Jika tiada pemanggang ajaib, boleh terus goreng juga.



ADUNAN COKLAT

Bahan-bahan:


3 sudu serbuk coklat
3 sudu susu cair
3 sudu susu pekat
2 sudu gula putih - boleh tambah lagi jika suka manis.
2 sudu margerin/butter
1 sudu minyak masak
1 sudu air
secubit garam


Cara memasaknya;

Campurkan semua bahan-bahan dan masak diatas api perlahan hingga semuanya sebati dan mendidih. Boleh adjust rasa dengan memasukkan apa-apa yang perlu sekiranya kurang. 




 Ini gambar-gambar semasa proses kerja yang Cik Mun lalui. Ada juga yang Cik Mun terlupa nak tangkap. 

 Donut yang tak nampak mancam donut sebab ianya dipanggang. Apa yang penting, tidak berminyak!

Ada juga doh yang dibentuk menjadi bulat. Ini sebagai roti jika nak dicincah dengan kopi atau teh. Hahaha...boleh juga untuk tetamu/jiran tetangga yang bertandang untuk mesyuarat tingkap. Kebanyakannnya veteran dan mempunyai pelbagai penyakit.


Cubalah masak!






Jumaat, 11 Oktober 2013

Sambal Kentang Ikan bilis

Masak sambal kentang ikan bilis ni Cik Mun selalu buat bila terasa nak makan pedas-pedas.  Kalau balik dari kerja dan tak ada apa-apa nak dimasak, ini sajalah menu Cik Mun. Senang, semuanya menggunakan bahan yang kering/boleh disimpan lama. Dapat pulak sambal ni kalau dicincah dengan timun muda... Abang ipar Cik Mun pulak memang ada ladang timun dan dia mengusahakannya secara besar-besaran dengan kerjasama peladang kawasan. Makanya... `stok' timun Cik Mun memang tak putus kalau `time' tanaman adalah timun. Untuk cerita ladang timun nanti-nanti Cik Mun akan kasik tau kat sini ek...Resepinya sambal ni adalah seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya:

2 biji kentang (potong nipis2)
1 genggam ikan bilis*
1/2 inci persegi belacan*
1 labu bawang besar*
8-9 biji cili padi (bergantung kepedasan dikehendaki)
1 keping asam gelugur
gula dan garam secukup rasa

Tumbuk semua bahan bertanda * (jangan terlalu lumat).

Cara-cara membuatnya:
  1. Tumiskan kentang hingga agak-agak empuk.
  2. Masukkan semua bahan tumbuk bersama dengan asam gelugur.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Sedia dihidangkan d=bersama dengan nasi panas. Lagi sedap kalau ada timun atau petai...

Khamis, 10 Oktober 2013

Bunga Jarum Ros Nak Buat Pagar

Rumah Cik Mun yang dibuat dah siap. Tetapi Nampak dogol sangat sebab tak ada apa-apa bunga. Cik Mun masa `student 'dulu belajar pasal landskap kejur dan landskap halus. Kiranya bunga ni adalah landskap halus la...Tak ada bunga tehnak buat pagar, Bunga Jarum Ros pun boleh la...


Cik Mun beli kat Pasar Tani Lenggong. Satu beg harganya RM10. Tapi sebab Cik Mun beli sampai 3 beg, dapat la RM9 setiap satunya.


  Hebat tak tangkainya yang panjang. Cik Mun nak potong dan semai sendiri pula. Beli 3, dapat banyak, biak sendiri. Hahahaha... Bijak kan?

 Harap-harap bila besar banyak lagi bunganya...



Agak-agaknya berjaya ke tak Cik Mun tanam bunga ni sampai jadi bunga pagar? Ntahlah.. hanya kerajinan menyiram air dan menjaganya serta kehendak-NYA sahajalah yang akan menjadi penentu nasib bunga Ci Mun ni.

Minggu depan nak beli lagi kalau tanam sendiri tak nak tumbuh.

Selasa, 8 Oktober 2013

Apam Nasi Bandung Sedap



 Apam beras selama hari ni memang `best'. Mula-mula masa Cik Mun buat, bila dah siap kukus tu melekat sangat walaupun dah acuannya dah disapu dengan minyak. Rasa sedih sangat. Cik Mun diamkan semua kuih yang dah masak tu dalam sangai. Bila malam sikit baru teringat nak menjengok. Alhamdulillah bila nak keluarkan kuih tu, senang saja tertanggalnya. Mungkin rezeki tetamu yang kebetulan pada masa tu sedang bertandang....Apa lagi, senyum ke telinga lah Cik Mun sebab cubaan pertama buat kuih ni menjadi. Alhamdulillah....dan tak lupa juga terima kasih yang tak terhingga kepada pemilik blog www.jintanmanis.com sebab resepi ni Ck Mun ambil dari blog beliau. Cuma banyak la Cik Mun ubah sebab Cik Mun tak nak kuih ni terlalu manis. Minta Izin ye...Resepi ubahan adalah seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya;

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang
2 sudu besar gula putih
5 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air
1 sudu besar mauripan
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna makanan.

Secekak kalapa parut (letakkan sedikit garam dan sesudu teh gula pasir)
Kalu nak tahan lama, boleh letakkan dalam kukusan dan kukus lebih kurang 3-4 minit.


Caranya:

  1. Tepung disatukan dengan yis dan susu tepung dalam satu mangkuk.
  2. Nasi, gula, garam dan air dikisar bersama-sama hingga halus.
  3. Adunan blender dimasukkan ke dalam campuran tepung tadi dan digaul rata. 
  4. Pewarna merah ros ditambah.Seterusnya diperap 3-4 jam.
  5. Setelah itu, kaup balikkan adunan dan isikan ke dalam bekas acuan yang telah dilumur dengan minyak. (Untuk elakkannya melekat)
  6. Rehatkan selama 30-40 minit.
  7. Kukus dengan api sederhana selama 10 minit. (Cik Mun gunakan pemanggang ajaib dan saiz apam pun agak kecil. Jadinya kerja-kerja mengukus agak jadi cepat)
  8. Siap diangkat dan dihidangkan dengan kelapa parut tabur...

Tips : 
Adunan setelah dimasukkan ke dalam acuan dan sedia untuk diperap. Jangan masukkan sampai penuh kerana adunan ini akan mengembang 2 kali ganda dari saiz asalnya. Cukup letakkan separuh acuan sahaja adunan tu. Ha... macam gitu...


Masak Masam Manis Petai Ikan Rebus

Sejak Cik Mun dah beli lot tanah di kampung, Alhamdulillah rezeki buah-buahan mencurah-curah hasil dari tuan lama yang bersusah payah menanamnya. Cik Mun amat beruntung kerana bila dah beli tanah semuanya baru mengeluarkan hasil. Bermula dari pokok rambutan, limau madu, langsat, dokong, manggis dan banyak lagi. Pokok petai pun ada walaupun kurang di pokok kerana baru belajar nak berbuah. Tetapi petai ni dikira macam petai belalang kerana ianya agak kecil. Baunya juga kurang berbanding dengan petai biasa. Mengenangkan banyak sangat petai (kalau nak makan berdua je Cik Mun dan `husben')  walaupun dah dibagi sedikit kepada jiran tetangga, Cik Mun pun terpikirlah idea inovasi resepi yang ekspress dan simple ni.. tapi yang penting, sedap.... Lagi sedap jika dimasak pada malam hari, tapi dimakan pada keesokan paginya dengan nasi atau nasi putih panas-panas sebagai sarapan. Resepi Masak Masam Manis Petai Ikan Rebus seperti di bawah ni.


Bahan-bahan
2 ekor ikan rebus
12-15 mata petai
air asam jawa secukupnya
garam secukupnya
1/2 sudu teh gula putih
1/2 sudu teh gula merah
8-9 tangkai cili kering*
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*

 Bahan bertanda * hendaklah diblender/ditumbuk bersama-sama.


Cara-cara memasak:

  1. Goreng ikan rebus tetapi jangan sampai terlalu garing.
  2. Tumiskan bahan-bahan kisar/bahan tumbuk hingga naik baunya. 
  3. Masukkan petai. dan air asam jawa, gula puti hingga cukup rasanya.
  4. Perasakan dengan garam, air asam jawa, gula putih, gula merah dan garam secukupnya. Tunggu hingga bahan kisar sedikit kering/pecah minyak. Boleh juga kalau tak nak pecah minyak sekiranya suka masakan ni berkuah.
  5. Akhir sekali masukkan ikan dan siap.
  6. Hidangkan bersama dengan nasi panas.
Saiz hidangan adalah untuk 2 orang.



Isnin, 7 Oktober 2013

Kabinet dapur

Soronoknya rasa hati kalau dapat dapur yang serupa macam ini. Cik Mun jumpa dalam satu laman web pakcik google ni. Tapi mesti mahal.

Cik Mun ada pergi tanya tukang perabot pasang siap di Lenggong, rate yang diambilnya adalah RM70.00 bagi setiap kaki. Itu hanyalah bagi kabinet dapur di bahagian bawah. Manakala di bahagian atasny pula dia cas sebanyak RM75/kaki.

Kalu Cik Mun buat kat rumah bahagian bawah sahaja mungkin dalam RM800+++.Tapi nak buat macam mana, kena siapkan level dulu, pasang tile dulu, baru boleh buat kabinet. 

Menggigit jari lah Cik Mun buat masa ni.


Kat bawah ni gambar Cik Mun dan apek cina tukang buat perabot pasang siap yang tengah dok berunding. Gambar tak cantik sebab iskandar yang tangkap gambar. Hahaha LOL...



`Survenior' dari Jepun & Australia


Hureyy...bestnya hati ni bila dapat cenderamata dari Cik Intan. My Ex Boss yang paling baik hati. Paling best kat dalam dunia ni. Kipas dari negara matahari terbit dan kanggaroo dari jepun.  Kalau nak baca cerita pasal expedisi pelancongannya boleh singgah ke blog ni http://mylovelavender.blogspot.com/ dan ada satu lagi blog dia iaitu expedition tapi kena click further lagi ok...

 
iap ada surat lagi.. Sampai ke saat ni pun Cik Mun dok simpan lagi. InsyaAllah akan simpan sebagai kenag-kenangan. Cik Intan lah orang yang bantu Cik Mun buat blog ni dan banyak bagi tips-tips berguna berkenaan dengan dunia blog. Alamklumlah Cik Mun ni terlalu muda dalam berblog ni...

Sabtu, 5 Oktober 2013

Kabinet Dapur; Nak jugak!

Bila tengok dapur-dapur yang cantik dalam majalah, teringin rasa hati nak memilikinya. Tu yang ada lawatan dari Apek cina, tukang kayu ke rumah buruk Cik Mun untuk kerja-kerja mengukur bagi tujuannak buat perabot pasang siap rak kabinet dapur. Tapi malangnya terpaksa ditangguh dulu kerja-kerja menyukat kerana suami Cik Mun tak ada untuk nak tentukan tempatnya. Cik Mun tak suka nak buat keputusan sendiri. Lebih suka jika keputusan ni kami bersua yang buat.


Lepas ni mesti akan ada entri kerja-kerja sukat yang real pulak kat blog ni. 


Ni pulak muka Iskandar Ibad, putera sulung Cik Mun yang pantang nampak kamera dan suka berposing. Cik Mun nak tangkap sampel gambar untuk tunjukkan kat ayah bila kebinet siap nanti. Nasib baik adiknya Si Iman tu ta menyibuk sama. Kalau tak, dah nampak muka diaorang je. Gambar sampel entah ke mana...:)


 

Jumaat, 4 Oktober 2013

Apam Nasi

Masa penyediaan kih ni, teringat Cik Mun pada zaman masa bersekolah di Sekolah Menegah Teknik Kuala Kangsar. Ada satu pasar petang yang akan jual kuih apam nasi ni tetapi ianya dibalut di alas dengan daun pisang. Tak sangka pula bila dah jadi isteri dan ibu ni anak pulak yang suka makan. Putera kedua Cik Mun Si Iman tu mesti akan makan sampai habis. Terima kasih kepada tuan punya Blog www.jntanmanis.com kerana resepi ni Cik Mun ambil dari blog beliau. Mohon izin ye... Cumanya ada yang Cik Mun ubahsuai kerana bahan yang dicari tak ada. Resepi sepeti di bawah ni.



Bahan-bahannya (Anggaran Untuk 48 Biji):

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula perang
2 sudu besar gula putih

1 1/4 cawan air
1 sudu besar mauripan
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna makanan (Cik Mun tak letak)


Secekak kelapa parut (letakkan sedikit garam dan 1 sudu teh gula pasir)
Kalu nak tahan lama, boleh letakkan dalam kukusan dan kukus lebih kurang 3-4 minit.


Caranya:

  1. Tepung disatukan dengan yis dalam satu mangkuk.
  2. Nasi, gula, garam dan air dikisar bersama-sama hingga halus.
  3. Adunan blender dimasukkan ke dalam campuran tepung tadi dan digaul rata dan seterusnya diperap selama 3-4 jam.
  4. Setelah itu, kaup balikkan adunan dan isikan ke dalam bekas acuan yang telah dilumur dengan minyak. (Untuk elakkannya melekat)
  5. Rehatkan selama 30-40 minit.
  6. Kukus dengan api sederhana selama 10 minit. (Cik Mun gunakan pemanggang ajaib dan saiz apam pun agak kecil. Jadinya kerja-kerja mengukus agak jadi cepat)
  7. Siap diangkat dan dihidangkan dengan kelapa parut tabur...



Tips : 
Adunan setelah dimasukkan ke dalam acuan dan sedia untuk diperap. Jangan masukkan sampai penuh kerana adunan ini akan mengembang 2 kali ganda dari saiz asalnya. Cukup letakkan separuh acuan sahaja adunan tu. Ha... macam gitu...





Khamis, 3 Oktober 2013

Kek Coklat Avon Master Chef

Kek Coklat ni Cik Mun buat tahap Gaban punya malas. Kek yang dibuat takde hiasan berbagai. Sangat simple. Urutan cara membuatnya adalah seperti gambar di bawah. Resepi pula adalah seperti berikut:

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan serbuk coklat
2 cawan gula putih
2 cawan  susu pekat
2 cawan susu cair (lemak)
2 cawan minyak masak/mazola
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh garam
2 biji telur gred A

Cara-cara memasak seperti urutan gambar di bawah ini...
Campur semua bahan dan kacaukan di atas api paling kecil. Cukup sekadar suam-suam kuku bagi melarutkan gula.

Masukkan di dalam periuk Avon Master Chef 


Semasa tempoh membakar periuk Avon Master Cook ni mestilah sentiasa ditutup.


Ini rupa kek yang telah siap dibakar...


Siap dihidangkan. Cik Mun hias lepas diangkat. Tetapi malangnya gambar kek yang cantik molek tu tak boleh nak diambil kerana semuanya dah habis dimakan dek anak-anak dan kawan-kawannya. Hu hu hu...
Itu lah nasib malang yang selalu melanda...














Rabu, 2 Oktober 2013

Ayam Masak Cendawan Butang Berkentang



Ayam  ni simple sangat. Cii Mun terpaksa buat untuk makan anak-anak. Yang penting ianya tak pedas. Anak-anak Cik Mun paling suka makan kentang dan ayam. Cendawan yang sedap tu pulak, Cik Mun dan suami la yang habiskan... Resepinya seperti berikut:


Bahan:

200gm isi ayam (bahagian dada)
8-10 kuntum cendawan butang (segar)
1 biji kentang sederhana besar
3 ulas bawang putih

Bahan sos/kuah

1 sudu teh lada hitam
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung
garam secukup rasa
perasa (optional)-kiub ayam/ajinomoto


Cara memasaknya:
  1. Tumiskan bawang putih dan kentang yang dihiris nipis hingga naik bau bawang putih.
  2. Masukkan cendawan butang dan air sebagai kuahnya. Tunggu hingga kentang dan cendawan empuk.
  3. Masukkan semua bahan sos dan perasakan dengan garam. Jangan terlalu banayk garam kerana kicap dan sos tiram sudah sedia masin.
  4. Akhir sekali, apabila semuanya sudah empuk, barulah masukkan ayam. Lebih kurang 2-3 mnit, angkat dan hidangkan. Saiz hidangan adalah untuk 2 orang.


Selasa, 1 Oktober 2013

Sup Daging Menyihatkan



Cik Mun rasa malas nak masak sikit hari ni. Feel pulak rasa nak makan benda yang tidak pedas dan tidak berminyak. Apa lagi, masakan yang rebus-rebus sahajalah! Cik Mun masak yang paling simple. Tak payah nak tumis-tumis berbagai. Boleh letak semua bahan dan tinggalkan. Pergi mandi sekejap. Bila dah empuk semua bahan, tinggal perasakan dengan garam saja. Siap dan dah boleh makan. Resepinya adalah seperti di bawah ini.


Bahan-bahan Basah

100gm daging batang pinang
2  ketul kentang
4 inci karot
sedikit bunga kubis
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
1 ulas bawang putih*
3 biji bawang kecil merah*
1/2 inci halia*

Bahan bertanda * diketuk kasar

Bahan Rempah-ratusnya:


1 batang kayu manis (kecil/pendek)
1/2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1/4 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis



Cara-cara Memasaknya:
  1. Didihkan air bersama bahan rempah dan semua bahan basah hingga empuk. (Jika mahukan sayur yang rangup, masukkan kemudian sedikit)
  2. Perasakan dengan garam dan hidangkan.
Saiz hidangan untuk 4 orang.


Tips mudah kerja : 
  1. Kalau nak senang gantikan semuanya bahan rempah ratus dengan sup bunjut. 
  2. Potong daging bertentangan dengan arah urat. Ini akan membuatkannya mudah empuk.