Jumaat, 30 Ogos 2013

Pucuk paku masak tumis biasa-biasa je

 Pucuk paku masak tumis ni sedap sangat kalau dimakan dengan nasi panas dan ikan goreng. jangan lupa juhak ikan masin. Lepas tu kalau ada sambal belacan, pergh! sedap sangat. Kalau Cik Mun makan, mesti bertambah-tambah sampai 2 hingga 3 pinggan.
   


Secekak pucuk paku
1 tangkai cili kering/cili besar
1/2 genggam Ikan bilis*
1 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah*

Cara-cara memasaknya:
  1. Tumiskan bahan tumbuk hingga berbau harum dan kekuningan.
  2. Masukkan sayur pucuk paku yang telah disiang.
  3. Tunggu sedikit hingga agak layu, masukkan garam dan tunggu hingga empuk sebelum diangkat.

Saiz hidangan adalah untuk 3 orang.



 Resepi asli yang tak payah Cik Mun nak tuliskan resepinya. Semua orangtahu rasanya....
Hah aha ha... Goreng pon sodap!





2 ulasan: