Rabu, 28 Ogos 2013

Daging Masak Hitam


Masakan Daging Masak Hitam ni memang menjadi  kesukaan Cik Mun dan keluarg. Terutamanya kakak Cik Mun dan suami. Makanya pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas Cik Mun pun buatlah dengan bangganya untuk dicincah dengan ketupat. He.. he.. he... Alhamdulillah menjadi..



Bahan-bahannya:

250 gm daging lembu batang pinang
3 sudu besar kicap pekat
50 ml kicap manis kipas udang
3 sudu besar kerisik 
2 sudu besar santan
2 sudu besar gula putih
1 sudu besar gula perang
1 biji kentang (bersaiz besar dibelah 8)
asam jawa
1 sudu besar cuka makan
bawang besar*
bawang putih*
1 inci halia*
2 biji bunga cengkih
1 batang kecil kulit kayu manis
5 sudu besar serbuk rempah masak hitam


Cara-cara Memasak:

  1. Tumiskan  yang ditumbuk/kisar hingga naik bau bersama-sama dengan bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  2. Masukkan gula perang dan gula putih daging, serbuk rempah masak hitam, air asam jawa, cuka makan, kentang, kicap pekat serta kicap manis kipas udang.
  3. Tunggu hingga daging dan kentang empuk, barulah masukkan garam.
  4. Setelah semua rasa seimbang, angkat dan hidangkan.
Saiz hidangan adalah untuk 6 orang.


Petua:

Tunggu hingga daging dan kentang empuk, dan setelah itu baru masukkan garam. Ini dibuat bagi mengelakkan daging lambat empuk dan juga mengelakkan kentang terlalu masin ketika dimakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan