Rabu, 27 Februari 2013

Sayur Campur Sawi Pendek, Cendawan & Carot

Sayur! oh sayur! Susahnya nak galakkan anak-anak dan suami makan sayur. Anak-anak hanya suka makan caret, sebab manis kata mereka. Suami pula suka makan cendawan je. Cik mun, kena la makan sawi...Jom `try' sayur campur ni.

Bahan-bahan
  1. 3 pokok Sayur sawi pendek (Cik Mun tak Tahu nama betulnya)
  2. 1/2 batang caret
  3. 75 gm Cendawan tiram
  4. 1 Sudu besar sos tiram
  5. Garam secukupnya
  6. Sebiji Bawang putih
  7. Sebiji Bawang merah

Cara-cara Memasak
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dimayang halus hingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, caret dan diikuti dengan sedikit air sekadar mencukupi sebagai kuah. Tunggu hingaa caret empuk.
  3. Akhier sekali, masukkan cendawan tiram dan sawi pendek serta perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Sedia untuk dihidangkan. (Saiz hidangan adalah untuk 4 orang)

Pisang Goreng


Hari ni hujan. balik dari  kerja ayah mertua cakap pisang baru diambil dari belakang rumah. Dah masak katanya... Cik Mun faham... ayah nak makan goreng pisang la tu. Terus la Cik Mun buat. Jom `try'  resepi simple kat bawah ni.


Bahan-bahan:
  1. Pisang sesikat
  2. Tepung gandum 100 gram
  3. Sedikit garam secukup rasa 
  4. Serbuk kunyit
  5. Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
  1. Minyak dipanaskan.
  2. Dalam masa yang sama, tepung gandum 300 gram dibancuh dengan air suam bersama garam dan serbuk kunyit.
  3. Pisang dikupas dan dibelah dengan ketebalan yang disukai, dicelup dalam tepung dan digoreng ke dalam minyak panas.
  4. Terbalikkan pisang agar masak pada kedua-dua belah pisang.
  5. Angkat setelah rangup dan hidangkan.
  6. Saiz hidangan 4 orang.

Isnin, 25 Februari 2013

Lala Sweet Sour





Cik Mun suka memasak. `Especially' untuk suami dan anak-anak. ni masakan yang Cik Mun buat pada hari Sabtu yang lepas. Seronok tengok anak-anak dan suami makan sampai licin habis. Cik Mun pun tak sempat nak makan. Tapi rasa puas hati sangat. 

Bahan-bahan

  1. 1 kg lala
  2. Seinci halia
  3. Sesudu teh serbuk kunyit
  4. Sebiji ubi kentang
  5. 10-12 tangkai cili kering (ikut pedas yang dikehendaki)
  6. 3 biji Bawang Putih
  7. Sebiji bawang besar
  8. Gula putih, gula merah, garam dan asam jawa secukup rasa.
  9. Daun kunyit.

Cara memasak

  1. Tumiskan bawang merah dan halia sehingga naik baunya.
  2. Setelah itu Cili kering, bawang putih dan bawang besar di `blender' bersama sedikit air. Masukkan pula kentang yang dipotong dadu kecil
  3. Setelah itu, masukkan lala yang telah dibersihkan bersama dengan daun kunyit.
  4. Kaup dan balikkan dengan kerap agar semua lala ini masak dengan sempurna.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Ahad, 24 Februari 2013

Bendi Panggang Budu


BENDI PANGGANG BUDU

Suka makan ulam bercincah budu. Tapi xde masa nak buat masakan secara berasingan. Mari cuba resepi ni. ringkas dan jimat masa. Cik Mun suka sangat.


Bahan-bahannya

Bendi
Budu
Cili padi (sebanyak mana pedas yang dikehendaki)
Bawang kecil
Cili padi
Gula, asam jawa & garam secukup rasa


Cara-cara membuatnya:

  1. Bendi dipotong kepala dan ekornya.
  2. Cili padi ditumbuk bersama bawang dilumur kepada bendi.
  3. Bendi kemudiannya dipanggang menggunakan pemanggang yang berpenutup sehingga ianya masak dengan anggaran masa 5 minit dengan api sederhana. (Cik Mun menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan. Tapi kalau nak panggang menggunakan bara/kayu biasa pun boleh juga...)

Petua:

Bendi dibasuh dahulu sebelum dipotong bagi mengelakkan lendirnya keluar semasa proses melumur/semasa memanggang.

Puding pelangi

PUDING PELANGI

Bestnye kalaubalik je kerja petang-petang ada je benda-benda yang sejuk yang boleh dimakan. Sekaligus mengenyangkan. Nah, kat bawah ni Cik Mun kasik satu resepi yang kita boleh buat pada malam sebelumnya dan keesokannya boleh terus je makan lepas balik kerja.

Bahan-bahan:

  1. Roti gardenia (putih) 4 keping.
  2. 1 cawan susu cair
  3. 1/2 cawan susu pekat manis
  4. 1/2 cawan gula
  5. 2 jenis pewarna (hijau, kuning dan merah)
  6. 2 biji telur
  7. esen vanila
  8. 10 gram serbuk agar-agar  
  9. 2 sudu besar butter 

Ikan Panggang Budu Bersama belimbing Buloh




Inilah hasilnya. Cik Mun yang baru balik dari kerja pun boleh masak sebab ambil je ikan tu, panggang dan biarkan tak payah nak tengok. Anggaran masa membakar Cuma 10 minit je dengan api sederhana menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan. Resepi ni Cik Mun bila tengok blog En. Mat Gebu tapi dengan sedikit gubahan la. Terima kasih En. Mat Gebu, kerana banyak bagi inspirasi untuk Cik Mun terus memasak...


Bahan-bahannya
1.       Ikan kembong  4 ekor
2.       Budu
3.       Cili padi (sebanyak mana pedas yang dikehendaki)
4.       Bawang besar
5.       Cili besar
6.       Belimbing buloh


Cara-cara membuatnya:
1.       Ikan dibersihkan dan diperap budu dan cili padi yang  telah ditumbuk bersama bawang. Seelok-eloknya diperap semalamam di letakkan di dalam bekas dan disimpan di bahagian simpanan biasa di dalam peti ais.

2.       Ikan kemudiannya dipanggang menggunakan pemanggang yang berpenutup sehingga ianya masak. (Cik Mun menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan. Tapi kalau nak panggang menggunakan bara/kayu biasa pun boleh juga...)

Petua:
1.       Basuh ayam dengan menggunakan asam untung mengurangkan hanyir pada ikan. Lagi besar ikan yang digunakan, lagi kuat hanyir yang ada. Ini kerana ikan yang besar makan macam-macam.

2.       Jika mahukan sayur yang lebih, boleh bakar sekali dengan pucuk paku, kangkung atau lain-lain ulam kampung.


Tomyam Ayam & `Fishcake'



Balik kerja terkecoh-kecoh. Tapi inilah hasilnya setelah kerja merebus selesai. Tomyam ni sesuai makan dengan telur dadar Sesuai untuk hidangan 4 orang. Simple dan sedap. Anak2 sangat suka makan.





Bahan-bahannya

1.     250 gram ayam (dipotong kecil-kecil)
2.     1 keping` fish cake'
3.    
1 biji Kiub ayam & 1 biji kiub tomyam
4.    
Cili padi (sebanyak mana pedas yang dikehendaki)
5.     Gula dan garam secukupnya
6.     Sedikit Asam keping/asam limau sekeping
7.     Sedikit Sedikit kubis
8.     Sedikit Carot
9.     150 gram Cendawan tiram
10.   Sedikit Daun sup
11.   Sedikit Daun bawang
12.   Sebatang serai dititik
13.   Sebiji buah tomato
14.   1 labu bawang besar
15.   3 ulas bawang putih 

16.   Daun limau purut
Cara-cara membuatnya:


1. Masukkan air dalam periuk dan tunggu hingga mendidih. Masukkan serai dan bawang 

    sehingga naik bau. Semua sayur dibersihkan dan dipotong dan dimasukkan ke dalam   
    periuk dengan didahului dengan sayur yang paling keras dahulu.

2. Perasakan dengan garam, gula dan asam.

3. Tunggu sehingga sayur dan ayam empuk/masak

4. Angkat dan hidangkan.


Petua:

1. Telur dadar yang cantik kalau nak bagi betul-betul kembang dan lembut, kena guna banyak minyak.

2. Jangan campurkan makanan laut dan darat sekaligus untuk mengelakkan sakit perut (Contohnya udang dicampur bersama dengan ayam). Ini sunnah dan pesan nabi. Walla hu Alam...

AYAM PANGGANG ADABI




Ayam panggang adabi yang dipanggang menggunakan pemanggang ajaib ikan.



AYAM  PANGGANG ADABI 


Inilah hasilnya. Cik Mun yang baru balik dari kerja pun boleh masak sebab ambil je ayam tu, panggang dan biarkan tak payah nak tengok. Anggaran masa membakar Cuma 10 minit je menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan. Resepi ni Cik Mun cuba bila suami Cik Mun yang ajarkan.



Bahan-bahannya

1.       Ayam ½ ekor
      2.     Paket perencah nasi goreng  adabi 
      3.       Daun bawang
      4.       Bawang besar
      5.       Sebatang carot
      6.     Cili blender (optional kalau nak pedas lagi)




Cara-cara membuatnya:

1.       Ayam  dibersihkan dan diperap dengan perencah nasi goreng  adabi. Seelok-eloknya 
        diperap semalamam di letakkan di dalam bekas dan disimpan di bahagian simpanan 
        biasa di dalam peti ais.

2.   Ayam kemudiannya dipanggang bersama-sama dengan carot dan bawang besar yang 
      dipotong bulat menggunakan pemanggang yang berpenutup sehingga ianya masak.

      (Cik Mun menggunakan Pemanggang Ajaib Ikan. Tapi kalau nak panggang menggunakan 
      bara/kayu biasa pun boleh juga...)




Petua:

1. Basuh ayam dengan menggunakan tepung (apa-apa jenis) bagi menghilangkan lendir pada 
    ayam.

2. Jika tidak cukup  nasi goreng  adabi untuk memerap ayam,  bolehlah `adjust’ masakan 
     dengan mencampurkan garam, cili dan sos tiram ke dalam perapan untuk lebih rasa.
l

Rabu, 20 Februari 2013

LAKSA SEDAP

LAKSA


















Bahan-bahannya

  1. Ikan 1 kilo
  2. Serai 3 batang (dititik)
  3. Daun Kesom
  4. Asam keping
  5. Garam dan gula secukup rasa 
  6. Laksa 2 Bungkus
     
Bahan kisar

  1. Cili kering (mengikut pedas dikehendaki)
  2. Bawang Besar (3 labu besar)
  3. Bawang Kecil (3 labu besar)
  4. Bawang Putih (3 ulas)
  5. Belacan
 Bahan hiasan
  1. Cili besar
  2. Telur yang telah direbus
  3. Salad/timun
  4. Bawang besar
  5. Buah limau
Cara-cara Membuatnya;

  1. Rebus ikan bersama asam keping, blender dan tapiskan untung membuang tulangnya.
  2. Rebus kembali air ikan dan asam keping yang telah ditapis. Masukkan bahan kisar serta serai dan daun kesom.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Petua:

  1. Cik mun tidak menggunakan bunga kantan kerana ianya bersifat sejuk. Orang tua/ibu yang lepas melahirkan anak akan merasa sakit urat dan bagaikan nak demam kalau makan makanan yang ada bunga kantan ni. 
  2. Cik mun juga rendamkan laksa semalaman untuk memudahkan dan menjimatkan masa bagi merebus laksa ni.


Rabu, 6 Februari 2013

Kek Cup Pisang simple

KEK CUP PISANG

Bahan-bahan

250 gram pisang
250 gram gula
250 gram tepung gandum
1 sudu teh soda Bikarbonat
1 sudu teh baking Powder
Telur 5 biji (Gred A)
2-3 titik esen vanila


Cara-cara

1. Satukan semua bahan.
2. Pukul hingga kembang dan masukkan esen vanila
3. Masukkan dalam papercup
4. Bakar dalam suhu 160 darjah celcius selama 10 minit.
5. Kalau guna pemanggang ajaib, bakar lebih kurang 5-8 minit je.

Tips: Boleh dapat dalam 200 biji kalau saiz kecil papaercup mcm yang cik mun buat dalam gambar tu.


Cik Mun gunakan pemanggang ajaib ikan. Cuma bakar 8 minit dengan mengguakan api sederhana.

Masak tempek cik mun

TEMPEK CIK MUN

Bahan2
  1. Tepung gandum.
  2. Telur
  3. Air secukupnya
  4. Garam
  5. Susu tepung
  6. Gula
  7. Minyak sapi

Cara Membuat:

  1. Dalam satu bekas, satukan semua barang2 mengikut kelikatan yang dikehendaki.
  2. Sediakan kuali biasa dan letakkan sedikit minyak sapi.
  3. Masak diatas kuali biasa dan terbalikkan bila masak untuk memasakkan yang sebelah atas.
  4. Lepas dah masak, hidangkan bersama dengan `leftover'/lebihan kari.
Petua:

Cik mooon gunakan susu tepung nespray biasa je. Bagus untuk kekuatan tulang dan gigi sbb susu ada banyak kalsium.
Kalau xde susu tepung, guna je susu sejat.
Kalu nak banyak serat, boleh juga masukkan oat.

Jumaat, 1 Februari 2013

Picnic... sambil berkelah dengan orang kampung...
Ni pemandangan kat lata lawin....

Seronok tengaok anak-anak main pasir...

Cuti pada esok, Sabtu dan Ahad pastinya akan digunakan se optimanya, untuk bersama suami tercinta, anak2 dan keluarga tersayang...

Jumaat yang panjang





Setiap hari jumaat, di waktu rehat, pelbagai hasil kraf yang direka bersama rakan2 ofis. best gak. Hajat dihati nak hasilkan decoration yang bak bilik tidur tu... panjang la angan2. InsyaAllah!...