Pasembor Bekas Kuah 1 Love U..
Makan sekali nak lagi...
Hari-hari
minggu yangada jangan dibiarkan kosong, berlalu tanpa apa-apa asakan
yang best untuk family. Cik Mun akan buat je apa-apa yang rasa dapat
memuaskan hati a.k.a mengisi masa lapang dan perut yang kosong. Ha ha
ha...
Entry
kali ni pasal cuti semalam yang Cik Mun gunakan untuk jaga kedua-dua
anak yang deman. Alang-alang dah duk kat rumah tu, Cik Mun masak
pasembor kegemaran kami sekeluarga.
Kalau
nak beli pun berapa ringgit le sangat. Tapi tak best kalau cam gitu.
Tak de ah air tangan Cik Mun kan? Lagi pun orang yang jual tu selalunya
akan lebihkan cucr je, isi ikan, sosej dan taufoo petak selalunya
berkira sangat diaorang nak letakkan banyak2.
So,
Cik Mun bpun buatlah sendiri, lepas tu kasi kat ayah mertua, biras dan
sesape je lah yang datang buat mesyuarat tingkap kat umah Cik Mun.
TERBAIEKKK!
Kalau nak cuba, bahan-bahan dan resepi seperti di bawah ni...
CUCUR IKAN BILIS
Bancuhan Cucur Kucai Sama Taugeh
Gorengngannya Cucur Kucai Sama Taugeh.
Tak tunjuk nanti korang tak percaya Cik Mun yang buat.
CUCUR IKAN BILIS
Bahan-bahan Cucur Ikan Bilis Bersayur
200g tepung gandum
1 sudu makan mauripan
Garam secukup rasa
Sedikit genggam ikan bilis - - Tumbuk tapi jangan hancur sangat
1 biji bawang kecil - Tumbuk tapi jangan hancur sangat
Minyak untuk menggoreng
Sedikit daun Kucai
1 sudu teh serbuk kunyit.
Sedikit Taugeh
Sedikit daun kucai
Cara Masak Cucur Ikan Bilis Bersayur
- Campur semua bahan kecuali minyak. Gaul sebati.
- Perapkan hingga adunan naik 2 kali ganda dari saiz asal (kira-kira 45 minit)
- Masukkan kedalam minyak dan goreng hingga perang keemasan.
- Angkat dan toskan minyak.
KUAH KACANG
Bahan-bahan Kuah Kacang
150g-200g kacang tanah - (disangai ,buang kulit, dikisar)
70g bawang kecil (3 biji saiz sederhana) - ditumbuk kasar
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah Kalau suka lebih pedas
50g gula merah
60ml air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Tips Penting : Cik Mun tak letakkan garam sebab ikan bilis dan masin. Nanti nak makan, kuah kacang pun dan masin.
Cara Masak Kuah Kacang
- Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
- Tuang air dan masukkan kacang kisar, gula melaka dan jus asam jawa. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat sedikit. Matikan api.
Bahan-bahan Sampingan lain
Timun
Taugeh
Sengkuang
Telur rebus secukupnya- Cik Mun tak letak pun
Tauhu goreng/ Taufoo secukupnya
Hot dog/Sosej
Isi ikan
*boleh juga nak tambah apa-apa yg difikirkan sesuai*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan