Pondok buruk yang comel dan nyaman.
Kalau sesiapa yang ada rumah kampung yang mana tanahnya luas dan banyak pokok besar menutupi yang meredupkan halaman rumah, amat rugi rasanya kalau tak manafaatkan keadaan tu. Cik Mun dan suami gunakan sepenuhnya peluang tu dengan buat pondok kat halaman rumah. Bukannya guna keseluruhan kawasan laman rumah. Cuma sebahagian kecil saja. Bahan-bahan yang digunakan pun semuanya daripada sumber terbuang sahaja.. Tapi masih dalam berkeadaan baik.
Pondok ni adalah hasil kerja tangan suami Cik Mun. Ukurannya lebih kurang 8x8 kaki. Dia yang pilih kayu-kayu hasil dari perobohan rumah lama kami dan dirikannya. Kiranya pondok ni siap dulu lah dari rumah kami. Dia buat pun sorang-sorang saja. Cuma minta bantuan rakan-rakan bila masa nak pasang atap. Sebab kena ada seorang yang kena hulurkan atap dari bawah.
Cik Mun rasa puas hati dengan pondok buruk ni. Walaupun tak cantik (sebab belum cat lagi kot) tapi selesa untuk kami sekeluarga nak santai petang-petang kadang-kadang malam malam pun. Suami Cik Mun kreatif. Dia ambil lampu minyak gasolin yang lama dan letakkan mentol lampu di dalammya. Kipas buruk kami yang dah patah lehernya pun dia baiki dan letakkan di pondok ni. Ada lampu, ada kipas. Kalau tetamu yang datang walaupun pada hari raya, diaorang lebih suka lepak kat pondok ni berbanding masuk ke dalam rumah.
Entahlah! Mungkin tetamu-tetamu ni selesa dengan udara luar yang segar, bebas mata memandang pokok-pokok yang hijau dan bunga canmtik yang Cik Mun tanam tu. Lokasi rumah Cik Mun pun terletak di sebelah taman permainan. Dah rasa macam duduk dalam taman bunga. Alhamdulillah.. rezeki anak-anak makanya Cik Mun dapat beli tapak rumah ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan