Isnin, 31 Mac 2014

Kerabu Perut Sama Tomato

 Sedap mata memandang, sedap lagi mulut dan tekak yang memakan. 
Nak cuba resepi cam kat bawah ni.

Makan pulak dengan nasi panas dan ikan kembong goreng rangup. 
Ngap! ngap! ngap! Sedapnya....


Bahan-bahannya
250gm perut lembu (cuci, potong, rebus hingga lembut dan ketepikan)
1 biji buah tomato (potong nipis)
2 biji cili padi (boleh tambah lagi jika suka pedas)
1 biji bawang merah kecil (potong kecil)
2-3 helai daun kesom (potong kecil)
1 sudu teh belacan*
1/2 sudu teh garam*
1/2 sudu teh gula*
5-8 ekor ikan bilis (buang perut dan kepalanya)*
1 sudu jus limau nipis*


Semua bahan yang bertanda * ditumbuk halus.



Cara-cara memasaknya:
  1. Satukan semua bahan tumbuk dan gaulkan.
  2. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan untuk 3 orang.

Isnin, 24 Mac 2014

Ayam Masak Paprik

  Dah bosan asyik makan ikan je 2 - 3 hari ni. Ada la se`coet' ayam bagaian dada yang dipotong dadu dalam peti ais freezer. 2-3 kerat sayur yang masih berbaki dalam peti ais. Susah-susah sangat Cik Mun masak je campak-campak pada petang ni. Yang penting, lauk yang nak dimakan tu tak pedas dan disukai seisi keluarga.

Toksah pening-pening dok tak tahu nak masak apa, meh kita masak ayam paprik. 
Resepi dan bahan-bahan seperti di bawah:


Bahan-bahannya:

300 gm isi ayam  
5-8 biji kacang pis
3 inci carot
1 batang serai (dititik)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu cili kisar
1 sudu air perahan limau nipis
2 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
Perasa -  (kiub ayam/ajinomoto) (optional)



Cara-cara memasaknya:

  1. Tumiskan serai, bawang putih dan bawang merah yang dimayang halus hingga perang keemasan. 
  2. Masukkan cili kisar, sos tiram sos tomato, kacang pis dan caret. Tunggu hingga kacang pis caret separuh empuk/hingga cili kisar masak.
  3. Masukkan air sebaanyak 300ml/sebanyak mana dikehendaki sebagai kuah. Tunggu hingga mendidih..
  4. Masukkan ayam dan daun limau purut. Tunggu hingga ayam masak.
  5. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan air perahan limau nipis.
  6. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan untuk 3 orang 

Ahad, 23 Mac 2014

Rak Untuk Stor

Memang rasa macam rumah kecil je kalau `time' nak simpan barang. Tapi bila `time' nak mengemas Cik Mun akan tanya diri balik. Kenapalah rumah aku besar sangat. Penat nak menyapu sampah.

Tak ada lah besar sangat, rumah cuma dilengkapi dengan ruang tamu, dapur, 3 bilik tidur  dan 3 bilik air sahaja. Insya Allah! coming soon akan ada  2 buah `parking' kereta dan tambahan rumah stor saja lagi. 

Nak dijadikan cerita, barang-barang banyak lah sangat. Nak buat stor pun modal tak mencukupi lagi. So... `mr husband' Cik Mun buat rak untuk simpan barang. Rak tu letak dulu sementara waktu dalam bilik tidur. Bila siap stor nanti, baru pindah dari bilik tidur ke stor.

Cara buat senang je...(nampak senang je suami Cik Mun buat). Cuma gunakan keluli jenis `L' yang diskru. Kosnya pun murah. Hanya RM16.00 bagi sebatang keluli `L' yang panjangnya 3 meter. Suami Cik Mun beli 2 batang je dan ianya mencukupi untuk nak buat rak yang ketinggiannya 2 meter. 

Papan lapis pulak mer husband ambil dari `site project' dia yang lebih2 tu. Jimat kan?

Bentu `L' shape pandangan atas. Sempoi...

Setelah dipuji-puji dan di bangga-bangga kan hasil ciptaannya, maka `mr husband' lepas tu setuju pulak nak buat sendiri perabot pasang siap kat dalam bilik tidur umah. Kabinet dapur  pun dia cakap nak buat sendiri. Boleh dipercayai ni.. sebab tiles kat dalam bilik air dia yang buat...
Alhamdulillah!.... suamiku memang hebat!

Jumaat, 21 Mac 2014

Pulut Jagung Kukus Sama Sambal Tempe Berkacang Panjang.

 Rasa mulut ni teringin  sangat nak makan pulut yang dalammnya ada jagung. Kalau kat pasar malam tempat Cik Mun jarang ada orang jual benda yang `cam gini'. Sebab teringin sangat nak makan, Cik Mun buat la sendiri. Boleh la walaupun tak sama macam masakan emak, tapi Cik Mun belajar buat sendiri. `First time' buat, terus menjadi. Resepi pulut ni Cik Mun ikut pengalaman suami yang dah biasa buat lemang. Kalu nak `try', boleh intau resepi kat bawah ni.


RESEPI PULUT JAGUNG KUKUS

Bahan-bahannya:

250gm beras pulut
1 tongkol jagung
200ml santan pekat
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit (tak letak pun tak mengapa)
1 sudu gula putih

Cara memasaknya


  1. Beras pulut direndam dengan air suam selama 3 jam
  2. Campurkan santan, beras pulut, gula, garam dan serbuk kunyit dan jagung dalam satu bekas.
  3. Kukuskan campuran tersebut selama 45 minit hingga 1 jam dengan ianya dikacau/diadukkan sekali sekala bagi memastikan semua campuran sekata/sebati. 
  4. Jika kurang masak/mentah, teruskan mengukus hingga beras betul-betul masak. 
Saiz hidangan untuk 3 orang.



Selalunya orang kalau dah buat pulut berjagung ni akan makan dia saja tanpa ada apa-apa sambal. Tapi apa nak dikisahkan. Ini resepi Cik Mun dan tekak Cik Mun yang nak makan. Kira ok jugak la kan. Dah makan sesuatu yang manis, nak `balance' kan jugak kasi pedas. Baru la `best' kan? Resepi dan bahan-bahnnya kalau nak cuba seperti berikut:


RESEPI BAGI SAMBAL TEMPE BERKACANG PANJANG

Bahan-bahan:

150 gm keping tempe (digoreng dahulu)
50 gm ikan bilis (digoreng dahulu)
50 gm kacang tanah (digoreng terlebih dahulu dalam minyak/goreng kering)
3 batang kacang panjang 
2 sudu besar gula putih
1/2 sudu besar gula merah
Air asam jawa secukupnya
1/5 sudu teh ajinomoto
1 biji bawang besar*
2 biji bawang kecil 
2 ulas bawang putih*
5-8 biji cili kering*
 
Semua bahan bertanda * dikisar halus.


Cara-cara memasaknya:
  1. Panaskan minyak (anggaran 4-5 sudu besar)
  2. Tumiskan bahan blender hingga pecah minyak/hingga betul-betul kering.
  3. Perasakan dengan gula putih, gula merah,  garam, air asam jawa dan ajinomoto secukupnya.
  4. Masukkan tempe, ikan bilis dan kacang tanah yang telah digoreng dan sebatikan.
  5. Angkat, taburkan dengan daun bawang dan hidangkan.
Saiz hidangan adalah untuk 3 orang.

Khamis, 20 Mac 2014

Kuih Lompat Tikam

Lompat Tikam. Buat malam-malam... Simpan dalam peti ais.. Makan tengah hari esoknya `time' cuaca panas...Pergh...! Rasa macam aiskrim. Sejuk... je tekak ni bila memakannya.
Anak-anak Cik Mun panggil lompat tikam ni pon sebagai aiskrim. Nak tergelak pun ada.
Aiskrim pun aiskrim la.. janji sedap! Masuk bakul angkat sendiri

Lain-lain pic...(sebab penat tangkap, kena la tunjuk!)
Pandangan tepi

Pandangan tepi lagi...

Pandangan tepi lagi lagi

Dan pandangan tepi.. tepi.. dan tepi... lagi dan lagi.....


Dah habis kena makan...


Kalau nak makan, beli atau buat sendiri. Ha ha ha ha ha...

Kepada yang nak mencuba tu..., bahan-bahan dan resepi adalah seperti di bawah ini...


Bahan-bahannya:

Lapisan hijau
1 cawan tepung beras
3 cawan air paip
1 cawan air daun pandan - (air dari 4-5 helai daun pandan yang diblender )
300ml santan pekat
1 sudu teh air kapur
sedikit pewarna hijau pandan

Lapisan putih
1/4 cawan tepung beras
3 sudu tepung gandum (tak letak pun tak apa)
1-1/2 cawan air paip
200ml santan pekat
1/4 sudu teh air kapur
1 1/2 sudu teh garam


Cara-cara memasaknya:

Lapisan hijau
Dalam kuali, satukan semua bahan-bahan dan masak atas api sederhana hinggga aduan berkilat (tanda separuh masak). Angkat dan tuangkan ke dalam bekas.


Lapisan putih
Dalam kuali, satukan semua bahan-bahan dan masak atas api sederhana hinggga aduan berkilat (tanda separuh masak). Angkat dan tuangkan ke dalam bekas yang ada lapisan hijau. 

Akhir sekali, kukus dengan api besar selama 30-40 minit. Pastikan penutup alat kukus dibalut kain bagi elakkan air menitis dan rosakkan lompat tikam.

Hidangkan dengan air gula merah yang disediakan.


Bahan-bahan dan cara membuat air gula merah:

5 sudu gula merah
3 sudu gula putih
1 sudu teh garam

Masak semuanya di atas api hingga mendidih.
Angkat dan tapiskan ke dalam bekas sebelum dihidangkan bersama dengan lompat tikam.


Selamat mencuba...

Saiz hidangan adalah untuk 5 orang. 1 orang dapat 1 bekas.



Selasa, 18 Mac 2014

Kek Cheese Lapis Coklat Kacang Bermentega Dengan Pemanggang Ajaib Ikan

Kek Cheese Lapis Coklat Kacang Bermentega Dengan Pemanggang Ajaib Ikan. Hebat tak nama resepi ni...? Hebat dan panjang. Tapi jangan risau, senang saja nak membuatnya.
Kek lapis ni Cik Mun buat saja je sebab nak alang-alang je nak menghabiskan coklat kacang bermentega yang Cik Mun buat.Untuk resepi coklat kacang mentega lain kali Cik Mun akan share resepinya ok...Tapi kalau tak nak letak Coklat kacang bermentega punya inti pun ok. Gantikan dengan fiiling lain yang korang suka. `be creatif and inovatif' ok...Kat dapur ni kena ber eksperimen sikit baru best memasak!


Kek ni gebu sangat. Bagi penggemar-penggemar cheese macam Cik Mun ni boleh lah cuba buat. Percayalah! memang sedap ..
Cuma satu je Cik Mun nak pesan, kalau nak potong, tunggu kek sejuk dan gunakan pisau yang tajam. Kalau tak, comot macam kek Cik Mun ni lah.


Kalau nak cuba, resepi dan bahan-bahannya seperti di bawah:


Bahan-bahannya:

83gm tepung
83gm marjerin
50gm gula halus
2 keping cheese (Cik Mun guna  Melbourne cheese/ apa-apa pun boleh)
1 biji telur ayam gred A
1 sudu ovalette
1 sudu `baking powder'
1/4 tin susu sejat
1 sudu susu pekat


Cara-cara Memasaknya:
  1. Pukul gula, ovalette, merjerin dan telur hingga kembang. 
  2. Masukkan tepung (yang digaul bersama dengan `baking powder') secara berperingkat dengan diselang selikan dengan susu sejat dan susu pekat.
  3. Bahagikan kepada 2 adunan. Bakar secara berasingan dengan menggunakan Pemanggang Ajaib di atas api dapur biasa selama 8 minit. (4 minit sebelah bawah dan 4 minit sebelah atas).
  4. Ulangi bakar bagi adunan ke dua hingga masak.
  5. Angkat dan lepakan dengan coklat kacang bermentega, tutupkan dengan lapisan kek yang satu lagi.
  6. Potong menjadi 4 segi dan susun secara bertingkat setinggi mana dikehendaki.
Saiz hidangan untuk 3 orang.



Cheese yang Cik Mun gunakan:

Cik Mun pukul sendiri guna tangan, sebab bancuhan sikit sangat. Kalu nak buat banya-banyak tu, gandakan bahan-bahannya dan gunalah mixer untuk lebih mudah ye...




Ni pula gambar kek selepas dbakar, masih dalam pemanggang ajaib ikan lagi...


Sejukkan dahulu agak-agak suam-suam kuku sebelum disapu dengan inti pilihan. Cik Mun pilih Coklat Kacang Bermentega yang Cik Mun buat sendiri. Kalau nak guna lain-lain inti pun boleh...




Ini pula gambar Coklat Kacang Bermentega

Resepi bagi Coklat Kacang Bermentega:

Bahan-bahannya:
Sorry Cik Mun dah tak ingat sukatannya. Ikut suka ikut rasa ok...

Serbuk coklat

Susu pekat
Kacang tanah (digoreng dahulu dan diblender halus)
Minyak jagung
Secubit garam

Cara memasaknya:



Humban semua bahan dalam kuali, adjust rasa dan warna sepertimana dikehendaki.
Masak lebih kurang hingga semua bercampur dan mendidih.
Angkat dan layerkan pada kek kat atas tu.


Semoga dengan gambar-gambar yang dipaparkan ini dapat menerangkan dengan lebih jelas berkenaan proses kek lapis `step by step' hingga akhir.

Jumaat, 14 Mac 2014

Puding Kelapa Muda



Hari minggu yang lepas, operasi bersihkan sekitar kawasan luar rumah. Sempat pulak `husband' Cik Mun jolok buah kelapa yang ada kat depan rumah. Disebabkan banyak sangat buahnya dan airnya untuk kami 4 beranak, ada air yang Cik Mun buat air untuk diminum segar dan ada juga yang Cik Mun buat Puding Kelapa Muda.



Kebetulan Cik Mun masak agar-agar ni masa hujung minggu (Ahad). Dapatlah esoknya bila balik kerja je `time' tengah panas-panas tu, bukak peti ais makan terus agar-agar kelapa yang sejuk ni...sedapnya...rasa macam ada mak je kat rumah tolong masakkan pada hari tu.  
(Sedih sebab Cik Mun dah tak ada mak dan mak mertua)

 Ok lah. `Sentimental' pulak. Tak payah nak mengadu domba, kalu nak `try' buat, resepi dan bahan-bahannya seperti di bawah ini.


Bahan-bahannya:

400ml air paip
400ml air kepala (beserta dengan isi kelapa muda)
1/2 sudu teh garam
3 sudu gula putih
11 gram agar-agar serbuk (kalau gunakan agar-agar yang lain pun boleh)


Cara-cara memasaknya:

  1. Didihkan agar-agar serbuk bersama dengan 400ml air paip, gula dan garam.
  2. Masukkan air kelapa dan isinya.
  3. Tuangkan dalam bekas simpanan.
  4. Potong dan simpan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Saiz hidangan untuk 3 orang



Isnin, 3 Mac 2014

Makaroni Goreng Cheese Leleh Simple Giler...

 Resepi ni memang Cik Mun akan buat bila datang selera nak makan makanan `omputih'. Ringkas dan sedap (Angkat bakul sendiri). Bahan-bahannay pun `simple'. Kiranya stok yangs elalu ada dalam peti ais Cik Mun la...

 Bila dah siap goreng, masa nak makan tabur cheese banyak-banyak. Cik Mun puas makan kalau cheese tu sampai menenggelamkan semua makaroni yang ada. Kalu nak tahu, ni yang Cik Mun buat untuk hubby. Tapi yang Cik Mun punya makaroni pula lagi banyak cheese, sebab abnyak sangat Cik Mun tak nak upload gambar kat sini sebab gambar tak cantik, tak nampak makaroninya. 

Takpelah, kepada sesape yang nak mencuba.. bahan-bahan dan cara memasaknya seperti di bawah ni...


Bahan-bahannya:

2 genggam makaroni (rebus dan toskan airnya).
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
2 batang isi ayam (potong kiub)
1/2 sudu lada hitam
Cheddar cheese
Daun bawang - boleh gantikan dengan yang lain jika suka
1/4 kiub ayam (optional)-tak pun tak apa

Cara-cara  Memasaknya:
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dimayang halus hingga naik baunya.
  2. Masukkan isi ayam dan tunggu hingga  ayam masak.
  3. Masukkan makaroni dan sebatikan.
  4. Taburkan lada hitam, cheddar cheese dan daun bawang sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan untuk 2 orang.