Roti Jala Hommade
Salam Isnin. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk terus berblog walaupun sekadar nak menunjukkan `breakfast' Roti Jala `Hommade' yang tak seberapa ni.
View inn Roti Jala
Cik Mun buat roti jala ni pada petang Ahad sebenarnya. Tapi sebab takde mendapat sambutan. Cik Mun rasa sayang nak buang. pepaginya tu, Cik Mun alang-alang dah bangun awal, terus kukus roti jala ni. Panaskan Kuah Kari Ikan Tongkol yang `left over ' tu dan terus je masukkan dalam bekas untuk bekal pada hari ni.
`left Over' kari kepala Ikan Tongkol
Kalau ada yang cakap ntah apa-apa, takper lah. Cik Mun terima je. Daripada baik buat macam ni kan? Teringat zaman dulu-dulu masa Cik Mun kecil-jecil tu, memang semua lauk masakan ibu takkan kami buang. Akan dimakan hingga habis.
Contohnya macam kerak nasi Dulu masak guna dapur kayu, memang kekadang tu kalau lalai, nasi banyak keraknya, ibu akan rendamkan dalam air biasa hingga lembut dan buat bubur dengan tambahkan banyak lagi bahan segar yang banyak dan sedap. Kami adik beradik pun beruebut-rebut makan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan