Selasa, 29 November 2016

Pertunangan Adik Tersayang.


Dah lama simpan gambar ni. Sekarang baru sekarang ni nak share kan kat dalam blog ni. Mana tahu kalau ada bakal pengantin yang nak buat hantaran tapi kering idea, nah kat sini boleh ceduk.

Semua hantaran ni ekceli bukan Cik Mun yang buat. Tapi makcik sebelah suami yang buat masa kawin kami dulu. Cik Mun simpan dan sekarang re cyle pulak. Tak baik membazir kan?

Tak yah nak tulis panjang-panjang, jom layan gambar.

Bekas cincin.
 Yang ada ruang kat tengah tu untuk letakkan bekas cincin. Cincin tak beli lagi, so kena tunggu dulu lah.

 Ini pulak gambar pada belakang tempat hantaran untuk letak cincin tu.

Tepak sirih piang penanda adat jangan lupa lak. Sireh tu lupa lak nak letak.
Excited sangat nak tangkap gambar.

Cenggini ler ghopenye yang solo tanpa ada dulang tu.
Ngeh ngeh ngeh.




Sabtu, 2 April 2016

Buah Kampung

 Buah yang masih elok duduk dalam buah.


Buah yang dah dikopek

Sapa yang kenal dengan buah ni? Ini ler Petai Belalang. Masa kecik-kecik, selalu ambil petai liar ni yang tumbuh kat dalam hutan. Balik bawik rumah dan buat nasi goreng ikan masin petai belalang.

Legend sangat resepi ni. Mesti teringat arwah mak dan arwah ayah. Al-fatihah untuk mereka berdua.

Khamis, 31 Mac 2016

Terung Bersambal


Teringin nak masak masakan sendiri. tapi tak nak susah-susah dan dok lelama kat dapur tu. Cik Mun suka pilih sayur yang sekaligus boleh terima dek otak sebaga ulam.

Sayur terung (sayur ke buah? - konpius) ni Cik Mun selalunya akan masak macam ni je. Cepat dan pantas. geng kan sayur ni dengan ikan goreng pun dah cukup. Boleh makan nasik bertambah sampai 2 pinggan.

Kalau nak tahu masakan yang simple sesape pun boleh buat, resepi ni cam kat bawah.


Bahan-bahannya:

1 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah*
7-10 ekor ikan bilis*
1 sudu teh serbuk belacan*
5 tangkai cili kering (potong & rendam kasi lembut dulu)*
1 sudu sos ikan
1 sudu teh perasa (optional) 
2 sudu minyak / secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk hingga hancur


Cara-cara Memasaknya:

  1. Goreng terung hingga kunig keemasan. Ketepikan.
  2. Tumiskan semua bahan tumbuk hingga naik bau dan garing.
  3. Perasakan dengan garam dan perasa. (Rasa dulu sebelum meletakkan garam kerana sos ikan dan ikan bilis banyak sumbang rasa masin. Jika masin dah rasa memadai, tak perlu letakkan garam dah).
  4. Tuang bahan tumisan di atas terung goreng tadi.
  5. Siap! 
Saiz hidangan : 2 orang makan.

Jumaat, 25 Mac 2016

Nasi Goreng Ikan Lampam


Assalamualaikum, salam sejahtera. Salam Jumaat. Dah lama rasanya Cik Mun tak update kan blog ni. Buknnya dah stop dari masa memasak ni tapi sebenarnya tak sempat nak hias cantik-cantik hidangan tu dan nak ambil gambar.

Cik Mun kalau dulu balik kerja sampai rumah pukul 5.45. Tapi sekarang ni sampai pukul 6.30 petang semenjak anak sulung si Iskandar Ibad tu belajar sekolah agama. Dia keluar sekolah pada pukul 5.40. Selepas je ambil adik iman dari rumah pengasuh, terus je Cik Mun bergegas ambil iskandar dan balik ke rumah.

 

pada masa-masa yang terlalu penat sangat dan juga kalau dah kering idea nak masak apa, Cik Mun akan buatkan hidangan yang ringkas macam nasi goreng ni.  Resepi macam kat bawah ni:


BAHAN-BAHANNYA:

Nasi sejuk anggaran 4 pinggan (lagi baik yang dah semalaman)
*2 ulas bawang putih
 *2 biji bawang merah kecil
*8-10 ekor ikan bilis 
 *5 biji cili padi (nak pedas kasi taruk lagi...)
* 1/2 sudu serbuk belacan
1 sudu perasa- Cik Mun guna sedap rasa magie (optional)
1 biji telur
3 batang kacang panjang
2 inci lobak merah
1 petak fishcake
2 sudu sos ikan
1 sudu serbuk lada putih
1 biji timun

Semua bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk manja (jangan lumat sangat)


CARA-CARA MEMASAKNYA

  1. Goreng telur dengan sedikit minyak, sambil dihancurkan di dalam kuali. Angkat dan ketepikan. 
  2. Gorengkan fishcake hingga separuh garing, angkat dan ketepikan.
  3. Letakkan garam dan kunyit dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Tumiskan semua bahan yang tumbuk hingga naik baunya.
  5. Masukkan lobak merah dan kacang panjang. Goreng sebentar anggaran 1/2 minit.
  6. Seterusnya masukkan nasi, perasa dan sos ikan.
  7. Masukkan fisk cake, telur hancur dan lada putih. Gaul ratakan dan rasa dahulu sebelum meletakkan garam.
  8. Adjust rasa: sebab guna sos ikan, fish cake dan lada putih yang diproses mungkin garam di dalamnya dah banyak sumbangkan rasa masin dan garam dah tak perlu.
  9. Hidangkan bersama dengan timun sebagai hiasan dan air sirap.
  10. Siap!




Khamis, 21 Januari 2016

Syukurlah Apa Yang Ada.

 Sambal Bijak. Resepi macam kat SINI


Hati Goreng Kicap. Goreng hati ayam dengan bawang besar. Curah kicap lemak udang, siap!


Teringat pesanan suami masa Cik Mun sediakan menu ni. Katanya, syukurlah apa yang ada. Sebab ada orang lain yang nasibnya lebih buruk dari kita. Tiada berumah, tiada makanan alas perut dan kehilangan sanak saudara.

Insaf sekejap. Bersyukur sangat-sangat sebab walaupun balik rumah dah lewat petang, masih lagi diberi kesempatan untuk masak macam ni.

Bukannya hari-hari macam ni, cuma sekali sekala bila nak habiskan stok makanan. Takut expired, baik dimasak dan dimakan. Bila tertengok ada bahan mentah masih ada dan tarikh dalam peti ais rasa macam dah lama (tapi konfident masih baik mutu makanannya).


Bila Alien Datang Ke Bumi

 Alien 2 beradik

 
Takut tak tengok?

Bila ibu pergi kerja dan abang serta adik dijaga oleh ayah, (sebab adik demam) beginilah mereka. Si ayah pula melayan apa saja projek sains (`kononnya') yang abang dan adik nak buat. Itu sebenarnya pengaruh daripada cerita sains comot yang selalu ditonton oleh abang Iskandar dalam saluran Astro Ceria.

Hmn hmn... bagus jugak lah kalau macam tu. Asal jangan terlalu banyk tengok tv dan main tab udah ler ye ayah cd!

Selasa, 19 Januari 2016

`Lunch Box' Ayam Panggang Berempah dan Ulam Timun vs Sambal Cili Api

 Ayam panggang


Ulam timun yang segar dari ladang. He hehehe


Berbekal lagi. Tak sempat sebenarnya sebab kelam kabut nak siapkan barangan sekolah anak pada malamnya, nak jahit tanda nama, nak susun buku, nak potong dan jahit seluar yang terlebih inci la. Penat sangat rasanya.

Dah agak memang akan lambat bangun sebab tidur lambat. So, Cik Mun memalam tu dah keluarkan ayam berempah yang diperap. Bangun pagi je terus panggang ayam dan masak nasi. Terus pergi mandi, sembahyang dan siap2. 

Masa nak letak semua makanan dalam bekal baru terperasan tak ada satur. Ekspresss je terpikir. Ulam timun cincah dengan sambal cili api je lah. Alhamdulillah habis je bila makan tengah hari ni (perut tengah lapar lagi pun).

Itu lah menu pilihan Cik Mun kalau tak sempat sangat. Korang macam mana?

Ahad, 17 Januari 2016

Kerja Wajib Di Hari Minggu

 Set lengkap


 Ada tuppaware yang kecil, ada yang besar.


Ayam siap dibasuh dan dipotong.

Wanita bekerjaya, ibu dan isteri yang masih lagi nak masak walaupun balik kerja dengan penatnya tak hilang lagi, sampai rumah pukul 6.30 petang. Tak sempat buka tudung dah stat buat kerja-kerja di dapur.

Sebab tu lah, untuk nak memudahkan kerja, Cik Mun dah siap-siapkan semua bahan-bahan yang nak dimasak pada hari minggu stok untuk seminggu masakan semua bahan-bahan mentah especially benda-benda basah macam ikan, daging, udang, sotong dan semua binatang yang seangkatan dengannya lah!

Letak semua bahan mentah tu ikut portion yang nak dimasak. Cik Mun pastikan semua bahan ni disimpan dalam bekas telus sebab senang nak ambil tak payah nak buka penutup tuppaware berbagai. Cepat sikit masa.

Kalau nak masak tu, pikir siap-siap malamnya, keluarkan daripada freezer dan letakkan pada tempat biasa. Bila petang. tinggal nak masak je.

Sayur mayur semua tu, Cik Mun takkan beli untuk stok seminggu. Tak suka simpan dalam peti air sebab sayur ni cepat layu. Patu kalau dah hiris 2-3 hari lebih awal kan dah hilang sikit zatnya?So, untuk sayur Cik Mun lebih suka prepare potong dan basuh pada waktu pagi dan simpan di tempat biasa untuk dimasak pada waktu petang balik dari kerja tu.

Lupa jugak nak pesan, jangan lupa tagging ye. Tagging tarikh dan cadangan nak masak apa. Barulah makanan yang dimakan tu dapat dipastikan tak terexpired dan boleh terus masak, tak payah nak pikir-pikir lagi. 


Jumaat, 15 Januari 2016

Bekal makan tengah hari

Set lengkap bekal bekal makan tengah hari.
Minuman, air suam je lah ye!

Ikan temenung sardin masak sambal. Ikan masin penambah selera.

Sayur campur: karet, fishcake, bunga kobis, cendawan. Kotak yang warna biru tu sesaja 
menambah sebab ada maklumat RAHSIA BESAR. Ha ahaha...


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berblog dan menyediakan bekal makanan untuk diri sendiri dan suami. Walaupun blog sekarang ni jarang diupdate, bukan bermakna Cik Mun tak masak. masih lagi masak sebenarnya cuma tak sempat nak `shooting' gambar makanan je.

Tapi takpe, Cik Mun tetap nak tunjukkan jugak dalam blog ni untuk rujukan masa akan datang. Kalau ada yang nak tengok dan ambil mana yang baik sebagai ikutan tu, lhamdulillah.

Rabu, 13 Januari 2016

Tazkirah buat Abang Iskandar

 Gambar 1


Gambar 2.

Semalam terbaca di dada akhbar dan media sosial facebook tentang 2 budak berhati waja ni. 

Budak di Gambar 1 
Cerita menengnai budak bernama Ipeng yang disedari oleh guru kelasnya yang asyik tak bawak buku ke bagi matapelajaran yang diajarnya di sekolah. hari pertama tak bawak, bila dipesan, hari kedua tak bawak jugak, bila dipesan lagi, hari ketiga pun tak bawak jugak. Cikgunya pun mula rasa nak marah dan memeriksa begnya.

Masa tengok tu, baru cikgu tu sedar yang beg budak tu cuma ada 1 buah buku je. untuk semua pelajaran. Beg yang ada pun lusuh dan dah terkoyak. Masa tu cikgu tu baru tahu yang budak tu orang susah dan hanya tinggal dengan nenek dan atuk setelah kematian ibu dan ditinggalkan tanpa sebarang berita daripada ayahnya.

Budak di Gambar 2 
Cerita mengenai tentang adik Muhammad Adam Faris yang mengidap penyakit kanser tulang yang menyebabkan kainya terpaksa dipotong. Walaupun begitu, adik adam ni masih gigih ke sekolah dengan dibantu dengan ibunya.


Bila baca je cerita yang macam ni, tersentuh rasa hati sebagai seorang ibu. Cik Mun ambil gambar ni dan abadikan dalam telefon bimbit untuk ditunjukkan kepada anak sulung, Iskandar Ibad. Terdiam dia mendengar cerita tentang dua orang budak ni dan berjanji pada Cik Mun untuk belajar bersungguh-sungguh dan hadir ke sekolah setiap hari sama seperti budak-budak kat atas tu.

Itulah caranya Cik Mun tazkirahkan anak-anak Cik Mun. Semoga perkongsian ni ada manafaatnya untuk yang menbaca.
 

Ahad, 10 Januari 2016

Bekal Roti Jala 11.01.16

 Roti Jala Hommade


Salam Isnin. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk terus berblog walaupun sekadar nak menunjukkan `breakfast' Roti Jala `Hommade' yang tak seberapa ni.


 View inn Roti Jala


Cik Mun buat roti jala ni pada petang Ahad sebenarnya. Tapi sebab takde mendapat sambutan. Cik Mun rasa sayang nak buang. pepaginya tu, Cik Mun alang-alang dah bangun awal, terus kukus roti jala ni. Panaskan Kuah Kari Ikan Tongkol  yang `left over ' tu dan terus je masukkan dalam bekas untuk bekal pada hari ni.

`left Over' kari kepala Ikan Tongkol

Kalau ada yang cakap ntah apa-apa, takper lah. Cik Mun terima je. Daripada baik buat macam ni kan? Teringat zaman dulu-dulu masa Cik Mun kecil-jecil tu, memang semua lauk masakan ibu takkan kami buang. Akan dimakan hingga habis.

Contohnya macam kerak nasi Dulu masak guna dapur kayu, memang kekadang tu kalau lalai, nasi banyak keraknya, ibu akan rendamkan dalam air biasa hingga lembut dan buat bubur dengan tambahkan banyak lagi bahan segar yang banyak dan sedap. Kami adik beradik pun beruebut-rebut makan.

Selasa, 5 Januari 2016

Bekal Nasi Goreng Simple 6.01.16

Nasi Goreng Seconet

Selamat Tahun Baru. Selamat menjalani kehidupan baru kepada semua. Pada awal-awal tahun ni banyak perkara baru dan azam baru yang akan dibuat. Contohnya anak baru masuk sekolah ke, baru dapat kerja/bertukar ke tempat baru ke...macam-macam lagi lah.

Azam Cik Mun pada tahun ni adalah untuk menjadi isteri, ibu dan wanita bekerjaya yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Dan tak lupa juga, azam untuk lebih banyak menulis untuk blog yang tak seberapa ni.

Itulah cerita pasal azam. Sekarang ni meh cerita pasal bekal pulak. Cik Mun hari ni bangun seawal pukul 5.20 pagi. Masak nasi, lauk daging masak kicap, sayur campur tumis, telur goreng dadar (untuk makan tengah hari) dan nasi goreng (untuk `breakfast').

Nasi goreng ni untuk bekal Cik Mun dalam bekas kecik tu (sikit udah le sebab sarapan jer pon) dan bekal untuk anak sulung yang baru hari ke 3 dalam darjah 1.  Cik Mun buat bekal yang simple dan tak berkuah untuk dia. Air pulak Cik Mun bekalkan air oren untuk dia.

Hari ni Cik Mun ajar padanya yang Cik Mun tak dapat gaji lagi, tak ada duit so kena bawak bekal. Tapi dalam masa yang sama dah pesan kat makcik kantin supaya benarkan kalau dia nak makan apa-apa kat lantin tu, ambil je dulu dan Cik Mun akan bayar kemudian.

Tak sabar nak tengok apa hasilnya tengah hari masa dia balik sekolah nanti. Habis ke tidak bekalnya. Sebab kalau `first day' dulu, Cik Mun ada bekalkan jugak sandwich roti telur bercheese tapi dia tak nak makan sebab teruja nak beli kat kantin sekolah.

Apa-apa pun, kalau nak tahu resepi masak nasi goreng seperti di bawah ni ye..

Bahan-bahannya:

Bahan bahan:
 
1 mangkuk besar nasi putih
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3-5 biji cili padi - boleh tambah ikut pedas disukai
Segenggam udang kering - tumbuk seketika jer
1 biji telur (Goreng dulu berasingan dan hancurkan)
1 keping fish cake (hiris nipis)
Sayur karet (Cik Mun letak)
Sayur kacang panjang (Cik Mun Tak Letak)
Garam secukupnya
Perasa (optional)
Cara cara:
  1. Tumbuk bawang bawang dan masukkan cili padi. Gaul rata. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi dengan api perlahan bersama dengan fishcake sehingga cili benar benar masak.
  2.  Kemudian, masukkan pula udang kering yang ditumbuk kasar sehingga agak masak, masukkan sayuran. Kacau seketika.
  3. Masukkan nasi dan kacau sehingga rata. Taburkan garam dan perasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.