Teringin nak masak masakan sendiri. tapi tak nak susah-susah dan dok lelama kat dapur tu. Cik Mun suka pilih sayur yang sekaligus boleh terima dek otak sebaga ulam.
Sayur terung (sayur ke buah? - konpius) ni Cik Mun selalunya akan masak macam ni je. Cepat dan pantas. geng kan sayur ni dengan ikan goreng pun dah cukup. Boleh makan nasik bertambah sampai 2 pinggan.
Kalau nak tahu masakan yang simple sesape pun boleh buat, resepi ni cam kat bawah.
Bahan-bahannya:
1 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah*
7-10 ekor ikan bilis*
1 sudu teh serbuk belacan*
5 tangkai cili kering (potong & rendam kasi lembut dulu)*
1 sudu sos ikan
1 sudu teh perasa (optional)
2 sudu minyak / secukupnya untuk menumis
Bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk hingga hancur
Cara-cara Memasaknya:
- Goreng terung hingga kunig keemasan. Ketepikan.
- Tumiskan semua bahan tumbuk hingga naik bau dan garing.
- Perasakan dengan garam dan perasa. (Rasa dulu sebelum meletakkan garam kerana sos ikan dan ikan bilis banyak sumbang rasa masin. Jika masin dah rasa memadai, tak perlu letakkan garam dah).
- Tuang bahan tumisan di atas terung goreng tadi.
- Siap!
hari ni saya berbuka dengan teruung sambal .masakan bonda...:)
BalasPadam