Selasa, 29 Julai 2014

Kerabu Ulam Pegaga



 Resepi Kerabu Pegaga ni Cik Mun buat Dalam bulan Ramadan baru-baru ni, ada tak yang selera nak makan ulam berbagai macam CiK Mun? Cik Mun tak kalau tak ada sayur/ulam. Dapat kerabu yang macam ni memang best. Tambahan pula Cik Mun ni orang kampung. Kalau makan nasi, ulam dan sambal seakan menjadi satu kemestian. Kalau tak ada pun okey je.. cuma tak selera sangat la nak makan...

 
Ulam Pegaga yang Cik Mun gunakan ni diambil terus, segar dari ladang Abang Ipar Cik Mun. Dia memang ada buat projek tanaman fertigrasi. Tapi bukan untuk tanam ulam pegaga.. Pegaga ni cuma sampingan dia aje..Apapun, kalau nak cuba buat, resepui dan cara-cara memasaknya adalah seperti di bawah ni...
cekidaout!


Bahan-bahannya:

1 cawan ulam pegaga yang dipotong
½ cawan kelapa parut
Cili besar secukupnya
1 sudu jus asam limau  nipis
Gula dan garam secukupnya
1 biji bawang kecil (potong nipis-nipis)
½ inci belacan (dibakar dulu)*
Ikan bilis (goreng garing dahulu) *
2-3 biji cili api (nak pedas sila tambah lagi) *

Semua bahan bertanda * ditumbuk halus.
Simpan sedikit ikan bilis goreng untuk tabur.


Cara-cara Membuatnya;

  1. Gaulkan kelapa parut dan daun pegaga yang dipotong dengan semua bahan tumbuk. Masukkan lagi bawang hirisan nipis, jus asam limau dan kelapa parut.
  2. Hiaskan dengan cili besar potong.
  3. Sedia dihidangkan dengan nasi panas dan ikan goreng.

Saiz hidangan untuk 2 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan