Kek ni Cik Mun buat bersama dengan adik perempuan bongsu Cik Mun. Dah tengah-tengah makam terasa nak mencuba masak kek. Kira ni first time buat, terus je menjadi. Alhamdulillah...Dan Cik Mun pun dengan bangganya lah bawak balik ke kampung untuk dimakan oleh semua adik beradik. he he he...
Sedap hingga semua adik beradik yang makan menjilat jari...
Dah tuang cantik-cantik. Siap ada bentuk love lagi kat tengah tu.
Sekali lagi `i luv u'...
Ni hasilnya bila dan siap dikukus...Tak sabar nak makan dan tak sabar nak tengok belang-belangnya, panas-panas lagi dah belah kek ni dan makan.
Gambar shuting dari tepi.Cantik tak pelanginya....?
Kalau ada sesapa yang nak mencuba tu...Resepi seperti di bawah ini:
Bahan - bahan :
5 biji telur
1 cwn minyak
1 cwn susu pekat
1/2 cwn gula kastor
2 cwn tepung gandum (Cik Mun lebihkan 2 sudu sebab suka kek keras sikit)
1 st baking powder
1 sb ovalette
1 st esen vanila
Cara - cara :
- Ayak tepung dan baking powder, ketepikan.
- Pukul telur, gula dan ovalette sampai gebu. Masukkan susu pekat, esen vanila dan minyak dan pukul lagi.
- akhir sekali masukkan tepung dan kacau sebati.
- Bahagikan ikut warna dan selang selikan dalam loyang sampai habis.
- kukus selama 45 minit/hingga masak berdasarkan kepada saiz acuan kek yang dipilih...
Sumber rujukan : http://nadiasukamasak.blogspot.com/2013/12/kek-minyak-mudah-dan-sedap.html
terima kasih juga kepada cik nadia kerana berkongsi ilmu. terima kasih juga kerana jenguk ke blog ni...gembira Cik Mun. Memang kek tu kukus pun...
BalasPadam