Isnin, 26 Mei 2014

Masak Lemak Perut Lembu Sama Kentang Dan Betik

`Feel' sehari dua ni rasa macam nak makan perut lembu je. Suami Cik Mun pun sama. Anak-anak cuma tumpang makan kuah je la sebab mereka tak suka perut lembu. Lembik katanya. `So', geli nak makan.

 Gambar close-up yang Cik Mun suka tengok dan 
kalau `real' atas meja `sure' dah kena ngap.



Bahan-bahannya:

1/2 kilo perut (perut lembu) - beli di pasar yang siap direbus dan dibersihkan.
350 gram buah betik yang dipotong nipis
2 biji kentang sederhana besar
2 sudu teh serbuk kunyit
3 keping asam jawa
400ml santan pekat
4 tangkai daun kesom.
2 batang serai *
1/4 inci lengkuas*
6 tangkai cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)*
6 biji bawang kecil*
1/4 biji bawang besar*
2 sudu teh belacan*
7-9 ekor ikan bilis*




Cara-cara memasaknya:
  1. Rebuskan buah betik dan kentang hingga empuk. - buang sedikit air dan hanya tinggalkan sedikit sebagai tambahan kuah kepada kuah santan nanti.
  2. Dengan menggunakan air yang sama, masukkan perut, bahan kisar, asam keping, serbuk kunyit dan daun kesom. Tunggu sekejap hingga perut empuk.
  3. Akhir sekali, masukkan santan dan garam. Kacau selalu bagi mengelakkan santan bergentel.
  4. Sedia dihidangkan, lagi `best' kalau dapat ikan masin/ikan kembong goreng sekali.

Saiz hidangan adalah untuk 5 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan