Khamis, 8 Mei 2014

Kek Coklat Moist Cheese Leleh Simple


Asyik masak kek je mesti kek coklat. Asik Kek Coklat je.. mesti besday anak-anak...
Tapi nak buat macam mana. Dah itu je yang anak-anak Cik Mun dan kawan-kawan dia suka.
`Decoration' yang Cik Mun buat sangat lah `simple'. Cuma Cik Mun gunakan `krim cheese', simbahkan kat atas tu. Kira ok jugak lah ada stok `creem cheese' dalam peti ais tu. Asal putus je Cik Mun akan `order' dari kawan yang duk kat Sungai Petani tu. kalu nak mencari kat Lenggong atau Gerik, memang payah la nak jumpa benda-benda yang macam gitu. Mesti takde punya. `Even' nak beli pelembut roti/ `whipping cream' pun memang meroyan nak cari sebab tak ada kedai yang jual.

Kek ni Cik Mun buat saja suka-suka untuk sambut birthday adik iman, anak ke dua Cik Mun yang sambut `besday'nya yang dah kali ke Dua. Sebelum ni dah sambut tapi kami 4 beranak dan juga dimeriahkan dengan kedatangan Mak Cik Munirah dan Mak Jang Muzilina mereka. Tapi kali ni saja buat untuk sambut di rumah mak dia pula (pengasuh).


Gambar adik Iman dan Abag Iskandarnya tengah tiup lilin. Gambar Adik Iman tak pakai baju tu sila abaikan. Sebabnya masa tu hari yang sangat panas dan adik iman kena ruam. So... seksi sikit la adik ikan masa `snap' gambar ni...


Abang iskandar dan Adik Iman potong kek. Gambar  ibu tak de (sedih...) 
sebab ibu yang ambil gambar.

 
Ok lah, takyah nak bebel panjang-panjang, kalau nak `try' buat, resepi dan cara-cara membuatnya adalah seperti di bawah ini. Cik Mun pun sebab selalu dah buat main hafal dalam kepala je tak yah nak tengok resepi berbagai...Korang pun kalau selalu buat mesti boleh ingat.


Bahan A
Campur dan gaul ratakan. dalam satu bekas

1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 sudu teh `baking powder'
1 sudu teh `soda bikarbonat'


Bahan B
1 cawan gula putih (Cik Mun letak 3/4 cawan je...)
1 cawan  susu pekat
1 cawan susu cair (susu sejat)
1 cawan minyak masak/mazola
1 sudu teh garam
2 biji telur gred A (pukul sikit dengan garpu sebelum masukkan)

Hiasan:

Bunga kek 
Buah kismis kering 
Adunan cheese (jenama tartura)
                    (100gm cheese + 10ml susu cair + gula secukup manis dan putar hingga kembang)
 

Cara-cara memasaknya
  1. Campur semua bahan B dan sebatikan. Masukkan bahan A sikit demi sedikit.
  2. Campurkan kesemua bahan A dan bahan B dan tuang ke dalam bekas aduan. (Cik Mun guna acuan bulat berdiameter 7 inci)
  3. Kukus selama 1 jam hingga 1 jam suku / bergantung kepada saiz acuan yang korang gunakan.
  4. Angkat dan sejukkan sebelum dihiaskan dengan adunan cheese leleh, bunga kek dan buah kismis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan