Tolong fokus pada minuman hijau yang ada dalam cawan tu ye. Yang lain tu abaikan. menepek je...
Actually, minuman ni kami geng pompuan ofis buat semasa jamuan raya ofis pada bulan Julai 2015. Ada balance dan kakak-kakak ofis tu letakkan dalam peti ais. So, masa bawak bekal makan tengahhari di pejabat, CikMun pun perabihkan lah apa yang berbaki tu...
Bahan-bahan dan Cara-cara membuat air hijau macam kat bawah ni. Sekadar untuk rujukan Cik Mun di masa hadapan je... Terima kasih kepada Kak Aya sebab sudi kongsikan resepi ni.
Bahan-bahan
25ml pewarna hijau (Cik Mun guna jenama star brand).
Orange sanquick (perisa oren) botol kecil je...
esen/pewangi pisang
3 kilo gula
Air secukupnya (sekadar nak cairkan gula)
Cara-cara Membuatnya;
- Didihkan air. Ikut suka nak letak banyak mana. Tunggu hingga mendidih.
- Masukkan gula dan oren sanquick. Kacau sekali sekala.
- Tunggu sekali lagi hingga mendidih.
- Tutupkan api, masukkan pewangi pisang.
- Angkat, sejukkan dan simpan dalam peti ais.
- Jika nak guna, campurkan dengan air biasa hingga tahap kemanisan yang dikehendaki dan letakkan ais kiub.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan