Dah lama sangat buat Bubur Asyura ni. Bayangkanlah, dah buatnya pada Bulan Muharram (10 Muharram), baru sekarang ni (Bulan Safar) nak mengupdte blog. (Bayangkanlah, dah 9 bulan Dik Non oi!!!) Itu lah jadinya bila dah kena penyakit malas.
Tak pe la. Alang-alang Cik Mun dah buat, nak kongsikan jugak dalam blog ni. Biar pada tahun depan Cik Mun nak baut, tak tercari-cari resepi. Dah pernah dah buat sendiri, tahu camnak nak ekjas pada tahun hadapan.
Klau nak `try' buat cam Cik Mun ni, resepi dan cara-cara buat adalah seperti di bawah ni. Adios...
Gambar 1 : Masak dulu bahan-bahan yang keras/lambat empuk.
Gambar 2 : Sementara tu gorengkan tepung untuk tabur ke dalam bekas...
Gambar 3 : Dah siapkan bekas yang ditabur tepung goreng untuk bubur yang dimasak.
Gambar 4 : Bubur Asyura yang dah siap dikacau.
Gambar 5 : Siap sudah!
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan campur garam
Gula pasir ikut manis
Gula merah utk mewarnakanya
2 ketul jagung
1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak
1/2 cawan kacang hijau rebus
1/2 cawan kacang merah
Dan lain2 bahan yg anda suka
1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan campur garam
Gula pasir ikut manis
Gula merah utk mewarnakanya
2 ketul jagung
1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak
1/2 cawan kacang hijau rebus
1/2 cawan kacang merah
Dan lain2 bahan yg anda suka
CARA MEMBUATNYA
- Rendam kacang hijau dan kacang merah semalaman. Toskan, masukkan dalam kuali dan rebus hingga separuh empuk.
- Dalam kuali yang sama, campurkan tepung gula santan, sedikit garam secukup rasa, bi keledek dan kacau sebati
- Panaskan dengan api yg perlahan
- Setelah mendidih masukan kesemua bahan-bahan yang lain (jagung)
- Kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sikit lagi santan.
- Angkat dan tuang dalam loyang, sejukkan dan potong.
Tips : Cik Mun malas nak kacau lama-lama. Terus je Cik Mun masukkan tepung yang dah digoreng sebagai `short cut' supaya adunan bubur dalam kuali cepat pekat. Hahahaa!
Saiz hidangan : 10 orang makan.
Sumber rujukan daripada:
Sebab Cik Mun ni baru `first time' (dulu-dulu buat ngan arwah mak) buat sendiri, makanya banyak lah laman blog yang dirujuk. Antaranya ialah seperti berikut:
Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/11/resepi-bubur-asyura-dari-pelbagai.html#ixzz3ILgRgIZ2
: http://arnamee.blogspot.com/2012/11/resepi-bubur-asyura-dari-pelbagai.html#ixzz3ILgN336H
Lama tak kacau bubur asyura
BalasPadam