Bunga ros kecil dan renek bewarna oren jingga
Bunga ros bewarna putih. Wangi sangat bila berkembang mekar.
Bunga ros warna merah pink. Tak wangi tapi tahan lama.
Kali ni Cik Mun nak kongsikan `English Garden' Cik Mun kat sudut rumah bahagian hadapan. Setakat ni baru ada 3 pokok bunga ros. Insya Allah, Cik Mun akan tambahkan lagi koleksi bunga ros Cik Mun ni. Bunga ros ni kalau dihitung bermula dari kudupnya hingga layu dan gugur, ambil masa selama 2 minggu la. Seronok sangat perasaan masa bunga tu berkembang. Kalau boleh nak bawak masuk letak kat tepi je masa tidur pun...
Kata `mr husband', tak payah beli banyak-banyak, nanti ambil saja keratan batang bunga ros yang dah matang dan semaikan (dia dengki suruh berjimat la tu...) Nanti-nanti jadi banyak lah dia...
Walau apa pun, Cik Mun bertekad akan kumpulkan sebanyak mana jenis bunga ros. Nak tanam banyak-banyak. Biar nampak meriah dengan bunga ros. Ha ha ha....
Doa kan berjaya ye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan