Isnin, 26 Mei 2014

Masak Lemak Perut Lembu Sama Kentang Dan Betik

`Feel' sehari dua ni rasa macam nak makan perut lembu je. Suami Cik Mun pun sama. Anak-anak cuma tumpang makan kuah je la sebab mereka tak suka perut lembu. Lembik katanya. `So', geli nak makan.

 Gambar close-up yang Cik Mun suka tengok dan 
kalau `real' atas meja `sure' dah kena ngap.



Bahan-bahannya:

1/2 kilo perut (perut lembu) - beli di pasar yang siap direbus dan dibersihkan.
350 gram buah betik yang dipotong nipis
2 biji kentang sederhana besar
2 sudu teh serbuk kunyit
3 keping asam jawa
400ml santan pekat
4 tangkai daun kesom.
2 batang serai *
1/4 inci lengkuas*
6 tangkai cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)*
6 biji bawang kecil*
1/4 biji bawang besar*
2 sudu teh belacan*
7-9 ekor ikan bilis*




Cara-cara memasaknya:
  1. Rebuskan buah betik dan kentang hingga empuk. - buang sedikit air dan hanya tinggalkan sedikit sebagai tambahan kuah kepada kuah santan nanti.
  2. Dengan menggunakan air yang sama, masukkan perut, bahan kisar, asam keping, serbuk kunyit dan daun kesom. Tunggu sekejap hingga perut empuk.
  3. Akhir sekali, masukkan santan dan garam. Kacau selalu bagi mengelakkan santan bergentel.
  4. Sedia dihidangkan, lagi `best' kalau dapat ikan masin/ikan kembong goreng sekali.

Saiz hidangan adalah untuk 5 orang.

Ayam Masak Lada Hitam Bercendawan Butang


Resepi ni Cik Mun dah penah buat banayk kali. Tapi nak masukkan dalam blog jugak.  Sebabnya Cik Mun suka dan memang nak jadikan blog ni sebagai rujukan Cik Mun sendiri. Bila hati dok sedih-sedih atau tension buat kerja lat ofis, bukak blog kejap dan semua tension Cik Mun akan hilang.

Kepada ibu-ibu dan iateri-isteri di luar sana yang bekerja tu, resepi ni simple dan senang nak disediakan. Cik Mun hanya menngunakan bahan yang Cik Mun kira wajib ada dalam peti ais setiap rumah. Ok lah, resepi dan bahan-bahan seperti di bawah...


Bahan-bahannya:
250gm ayam dipotong kecil-kecil (beserta tulang)
8-10 kuntum cendawan butang kering (rendam dengan air suam hingga kembang dan toskan)
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
1/2 biji kiub ayam (optional)
1/2 inci halia - potong kasar
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih.*
Bahan bertanda * dicincang halus.
Cara Memasaknya:
  1.  Dengan menngunakan sedikit minyak, tumis semua bahan yang dicincang bersama dengan halia dan tunggu hingga garing dan naik baunya.
  2. Masukkan cendawan butang, lada hitam dan air bancuhan tepung jagung. Tunggu hingga cendawan empuk. Air yang dimasukkan bergantung kepada jumlah kuah yang disukai.
  3. Akhir sekali, masukkan ayam, garam dan kiub ayam. Tunggu 4-5 minit hingga ayam empuk.
Saiz hidangan adalah untuk 3 orang makan.




Jumaat, 23 Mei 2014

Gulai Tempoyak Ikan Baung

Ikan baung  ni merupakan antara ikan sungai kegemaran Cik Mun dan anak-anak. Ikan ini masih lagi segar kerana husband Cik Mun mancing di Sungai Perak pada malam sebelumnya. Bila keesokan pagi, Cik Mun terus siang dan buat masakan ni untuk makan tengah hari kami sekeluarga.
 
Selain dari masak gulai tempoyak, ikan baung ni juga boleh dibuat masak lemak, masak taucoo, masak sweet sour dan macam-macam lagi. Untuk masakan yang Cik Mun sebutkan tu, kenalah baca Blog Cik Mun lagi untuk tunggu husband Cik Mun dapat Ikan Baung, barulah ada je projek dapur yang Cik Mun hasilkan.

Kepada sesiapa yang nak mencuba, resepi dan bahan-bahannya adalah seperti di bawah ini...


Bahan-bahannya:

1 ekor ikan baung (300gm)
2 sudu makan tempoyak
1 tangkai daun kesom
2 sudu teh serbuk kunyit
1 batang serai (dititik)*
2 biji cili padi (jika suka pedas boleh tambah lagi)*
¼ sudu teh belacan*
2 biji nawang merah*
1 ulas bawang putih*

Cara-cara memasaknya:
  1. Dalam satu bekas, satukan bahan kecuali ikan.
  2. Tunggu hingga mendidih dan masukkan ikan.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Angkat ddan hidangkan dengan nasi panas beserta ulam-ulaman mentah.

Saiz hidangan untuk 2 orang.


Rabu, 21 Mei 2014

Kek Oreo Cheese Lapis Bergelatin



Kek Oreo Cheese Lapis Bergelatin ni Cik Mun buat `special' bagi meraikan Hari Jadi `Husband' Cik Mun yang ke 31. Malas nak `travel' jauh-jauh nak pergi beli kek kat `secret resepi', Cik Mun buat sendiri je la...


Malangnya Cik Mun dapat tangkap gambar kek dengan lilin je le.. `Husband' Cik Mun malu nak bergambar dengan aksi dia sedang potong kek. Dah tua katanya. `Off record' je la gambar tu untuk hormati permintaan dia... Tapi mujurlah dia benarkan gambar kek ni dipaparkan dalam blog ni. Alhamdulillah...



 LAPISAN PERTAMA
Ini lah base kek yang Cik Mun buat dengan menngunakan kombinasi kek bakar oreo sebagai `base' kek. Cik Mun tak nak gunakan oreo kisar yang dicampur dengan margerin kerana saja je nak mencuba `stail' yang cam gini. Kira ni `first time' percubaan Cik Mun dan Alhamdulillah... ianya menjadi...


Bahan-bahan Kek Oreo/Dasar Kek:

125 gm butter
½ cawan gula
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu ten baking powder
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
4-6 keping biskut oreo – kisar halus (bersekali dengan krimnya)


Cara-cara Memasak Kek Oreo/Dasar Kek:

  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan iaitu butter, gula, tepung, `baking powder', esen vanilla dan pukul selama 3 minit/hingga semua bahan kembang dengan `electric hand mixer'.
  2. Masukkan kisaran oreo dan kacau rata menggunakan tangan.
  3. Tuangkan dalam acuan 9 inci (Cik Mun gunakan acuan yang boleh ditanggalkan pada bahagian tepinya), bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama 15 minit.
  4. Angkat dan sejukkan sebelum dituang sekali lagi dengan adunan cheese bercampur biskut oreo yang bergelatin di atasnya.
 


LAPISAN KEDUA


Bahan-bahan Kek Oreo Bergelatin Kek Lapisan Kedua:

Biskut Oreo 2 baris biskut (Plastik oreo bersaiz besar – blender bersama inti putih di tengahnya)
250 gram `cream cheese’ (Jenama Tartura)
200ml `whipping cream’
Gula 4 sudu makan gula halus
Susu sejat
4 sudu makan serbuk gelatin (bancuh dengan 1/2 cawan air panas)


Cara-cara Memasak Kek Oreo/Kek Lapisan Kedua:

  1. Bekas 1: Putar `cream cheese’ bersama dengan gula hingga kembang. Masukkan biskut oreo yang telah dikisar dan gaul sebatikan.
  2. Bekas 2: Putarkan `whipping cream’ bersama dengan susu sejat dan esen vanilla hingga pekat dan kembang. Jangan terlebih pukul kerana jika tidak `whipping cream’ akan jadi pecah2 teksturnya.
  3. Bekas 3: Campurkan gelatin dengan air panas dan sentiasa kacau bagi mengelakkannya bergentel.
  4. Campurkan semua bahan dalam bekas 1, 2 dan 3. Gaul sebatikan dengan pantas agar gelatin tidak mengeras dengan cepat.
  5. Susun biskut oreo (celup dulu dalam susu sejat suam selama 2 saat je!) dan susun di atas kek dengan gaya yang korang suka.
  6. Tuang dalam acuan di atas kek oreo yang telah dibakar dan disejukkan. Masukkan ke dalam peti sejuk dan tunggu 3-4 jam sebelum dinikmati.
 Saiz hidangan untuk 12-16 orang.


Dah buat kek besar2, lepas tu buat `birthday party' tapi tak jemput orang (sebab mr. hubby Cik Mun malu - sebab dan tua katanya), sapa pulak yang nak makan kek ni? Ha... Cik Mun  bungkus la kasi kat kaum kerabat.





Ini untuk Bapak mertua.

Ini pulak untuk biras Cik Mun, Cik Vivi tu.... 
Settle sebiji kek, dan yang selebihnya Cik Mun simpan untuk `family' sendiri...



Isnin, 19 Mei 2014

Kek Oreo Cheese Mini Bergelatin.



Kek Oreo Cheese Mini Bergelatin ni Cik Mun buat bila ada lebihan masa buat `birthday' kek untuk `birthday suami' yang ke 31. Buat dalam satu acuan je. Almaklumlah.. lebih-lebih bahan buat kek cheese oreo bergelatin tu. Saiz bekas `stainless steel 'yang Cik Mun gunakan berukuran 5 inci diameternya. Cukup la kalau setakat nak makan puas-puas untuk seorang tu.

Cik Mun buat kek ni khas untuk suami sebab dia tak boleh makan benda yang ada telur. Kek yang dia eksyen potong masa birthday tu base yang Cik Mun guna ada telur. So, untuk `base' kek yang kali ni Cik Mun gunakan biskut oreo je...Tak gatal dan suami boleh makan la...

Ok lah, kepada peminat blog Cik Mun (perasan sesorang ada peminat)  kalau nak cuba, resepi  dan bahan seperti di bawah ni.


Kek Lapisan 1:

Biskut Oreo (1 `Row')- Buang inti di tengahnya dan kisar halus
Margerin/planta - Amount? agak-agak je supaya bila korang masukkan ke dalam biskut, biskut boleh dikepal dan tak berderai sudah...

Cairkan margerin dan campurkan dengan kisaran biskut oreo. Mampatkan ke dalam bekas acuan yang hendak digunakan.

Ini lah rupanya setelah biskut oreo yang dimampatkan ke dalam bekas. Cik Mun gunakan `stainless steel' punya bekas supaya cepat sejuk bila letak dalam peti ais. Cepat boleh makan. He he he...


Kek Lapisan 2:

Biskut Oreo 1/4 baris biskut (Plastik oreo bersaiz besar – blender bersama inti putih di tengahnya)
62 gram `cream cheese’ (Jenama Tartura)
50ml `whipping cream’
Gula 1 sudu makan gula halus
Susu sejat
1 sudu makan serbuk gelatin (bancuh dengan 1/4 cawan air panas)


 
Cara-cara Memasak Kek Oreo/Lapisan Kek Ke-2:

  1. Bekas 1: Putar `cream cheese’ bersama dengan gula hingga kembang. Masukkan biskut oreo yang telah dikisar dan gaul sebatikan.
  2. Bekas 2: Putarkan `whipping cream’ bersama dengan susu sejat dan esen vanilla hingga pekat dan kembang. Jangan terlebih pukul kerana jika tidak `whipping cream’ akan jadi pecah2 teksturnya.
  3. Bekas 3: Campurkan gelatin dengan air panas dan sentiasa kacau bagi mengelakkannya bergentel.
  4. Campurkan semua bahan dalam bekas 1, 2 dan 3. Gaul sebatikan dengan pantas agar gelatine tidak mengeras dengan cepat.
  5. Susun biskut oreo (celup dulu dalam susu sejat suam selama 2 saat je!) dan susun di atas kek dengan gaya yang korang suka.
  6. Tuang dalam acuan di atas kek oreo yang telah dibakar dan disejukkan. Masukkan ke dalam peti sejuk dan tunggu 3-4 jam sebelum dinikmati. Kalau nak cepat letak je dalam freezer tempat beku tu, 20-30 minit dah sejuk giler. Ha ha ha...
Saiz hidangan untuk seorang sahaja.


# Cik Mun punya adunan untuk sebiji bekas berdiameter 5 inci dengan ketinggian 4 inci je. Kalau nak buat banyak-banayk, gandakanlah ukuran bahan-bahannya.