Khamis, 6 Februari 2014

Kari Ikan Bawal Sama Labu Air

Masakan kari ikan bawal bersama labu air ni memang dah lama Cik Mun buat. Cuma baru sekarang ada masa nak up-datekan dalam blog. Setelah sekin lama disimpan sebagai draf je, tibalah masanya nak `reveal' kan resepinya untuk kita kongsikan bersama.

Cik Mun suka makan labu air ni. Memang kombinasi yang sepadan antara labu air yang lembut setelah empuk dimasak dengan ikan bawal. Cik Mun buat masakan ni menggunakan seekor ikan sahaja yang besarnya lebih kurang sebesar tapak tangan. Ingatkan dah cukup banyak, tapi tak cukup rupanya. Resepi dan bahan-bahannya adalah seperti berikut:


Bahan-bahannya:

1 ekor ikan bawal
1/2 paket serbuk kari
250 ml santan pekat
1 keping asam keping
2 biji bawang merah kecil (mayang halus)
1 ulas bawang putih (mayang halus)
4-5 biji daun kari
Sedikit minyak untuk menumis (angggaran 3-4 sudu besar)
garam secukupnya


Cara-cara memasaknya;
  1. Tumiskan bawang merak kecil dan bawang putih hingga naik baunya.
  2. Masukkan rempah kari ikan dan daun kari hingga naik baunya juga.
  3. Masukkan air, asam keping, garam dan labu air serta tunggu hingga labu empuk.
  4. Masukkan ikan bawal dan santan. Masak dengan api perlahan hingga ikan masak. Kacau selalu bagi mengelakkan santan pecah minyak.
Saiz hidangan adalah  untuk 2 orang.

1 ulasan: