Ini lah hasil air tangan Cik Mun untuk Cik Mun sendiri yang sakit. Walaupun dalam keadaan yang tidak sihat selepas menjalani pembedahan sakit puan, `kugagahkan' juga buat bubur nasi. Nak buat macam mana, sakit ke, sihat ke, kenalah jaga diri sendiri. Adat orang yang dah tak ada mak mertua, mak dan ayah sendiri pun tak ada.. ayah mertua pula...uzur..
Ok lah. Cukup cukup sudah mengadu nasib pada blog. Cik Mun sekarang ni nak kongsikan resepi bubur nasi Cik Mun yang biasa-biasa ni. Bahan-bahan dan cara memasaknya
adalah seperti berikut:
adalah seperti berikut:
Bahan-bahannya:
Segenggam beras (beras direndam 30 minit -1 jam - kalau nak cepat masak)
1 inci carot (potong bulat)
1 pohon sawi bakchoy
2-3 kuntum cendawan tiram (carik-carikkan)
1/2 biji kiub ayam
garam secukup rasa
Ikan bilis (goreng untuk tabur)
3 sudu besar bawang goreng.
1 sudu besar lada hitam - atau mengikut kepedasan disukai.
3 sudu besar bawang goreng.
1 sudu besar lada hitam - atau mengikut kepedasan disukai.
Cara-cara memasaknya:
- Rebus beras bersama carot hingga empuk. Sukatan air mengikut banyak mana kuah/lembiknya nasi bubur yang dikehendaki.
- Masukkan sawi bakchoy, cendawan, kiub ayam dan garam secukup rasa.
- Sedia dihidangkan apabila semua empuk dengan ditaburkan dengan bawang goreng dan ikan bilis goreng.
Wah!sedap2
BalasPadamtengkiu....yang penting sayur kena banyak...
Padam