Isnin, 8 Disember 2014

Kek Ubi Kayu Lemak Manis

 Adunan kek 2/3 acuan.

Wajah kek yang dah siap dibakar. Tak sempat nak  `snap' gambar a.k.a nyanyi lagu `hepy besady' olok2 dah ada yang curik makan. 
Ha ha ah...Ini mesti kerja ayah budak-budak tu...


Sebenarnya tak ada yang luar biasa/istimewa pasal kek ni. Cuma kek ni ialah hasil air tangan Cik Mun yang dibuat berpandukan daripada kawan-kawan blog kat internet ni. Nak `link' kan kat blog tu pun dah tak ingat blog yang mana satu. Maaf lah ye, tapi izinkan Cik Mun cuba dan `share' resepinya kat alam maya ni...

Kalau nak tahu bahan-bahan dan resepinya seperti di bawah ni...


Bahan-bahan
3/4 cawan @ 200gm mentega
3/4 cawan @ 150gm gula halus
3 biji telur gred A
3/4 cawan  @ 100gm tepung gandum
1/4 tin susu pekat manis
1 1/2 cawan  @ 360gm ubi kayu (sagat dan tapiskan airnya)
1 sudu teh esen  vanila
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus


Cara-cara
  1. Pukul telur dan margerin hingga kembang.
  2. Masukkan tepung (yang sudah digaul  bersama dengan baking powder) sedikit demi sedikit hingga habis dan sebati semuanya.
  3. Masukkan susu pekat, garam halus, ubi kayu yang telah disagat dan akhir sekali esen vanila. Sebatikan semuanya dengan perlahan menggunakan mixer.
  4. Tuangkan aduan ke dalam loyang pembakar dan bakar dalam oven menggunakan suhu 175 darjah celcius selama lebih kurang 45-50 minit menggunakan api atas dan bawah. (Cik Mun gunakan loyang pembakar bersaiz 7 inci.)

Sabtu, 6 Disember 2014

Kek Ubi Kayu Pemanggang Ajaib Ikan

Kek Ubi Kayu Yang Sedap dan Rangup je..

 `Close Up' Sikit!

 Hasil bakaran kek dari Pemanggang Ajaib Ikan.

 
 Wajah kek sebelum dibakar

Cik Mun ni kalau duduk kat rumah tu bukannya boleh duduk saja-saja. Mesti nak kena buat sesuatu untuk hilangkan rasa boring. Anak-anak dah besar, kuat makan dan lepas tu takdenya nak layan Cik Mun sangat. Asyik buat hal sendiri saja. 

Kalau nak peluk. cium pun diaorang dah tak nak. Tu lah yang Cik Mun pun buat hal sendiri juga, bawak diri, masak je kat dapur.  Dah penat karang baru le baring-baring kat depan tv... Tengok la cerita kartun yang ntah apa-apa tu. Layan jer lah sebab bila anak ada kat rumah, diaorang lah `the boss'

`Entry' kali ni Cik Mun masukkan resepi Kek Ubi kayu yang Cik Mun buat minggu lepas. Ubi kayu ni sebenarnya dah lama terseimpan dalam peti sejuk kat tempat freezer tu. Alang-alang mengemas peti sejuk, perabihkan apa yang ada. Kan dulu ada kat dalam `entry' Cik Mun pasal `husband' yang mengemas semua pokok-pokok kat belakang rumah. So, ubi kayu ni kira hasil tanaman dari kebun herba kat belakang rumah Cik Mun la...

 Kalau nak cuba, resepi dan bahan-bahan seperti kat bawah ni...


Bahan-bahannya

250 gram ubi kayu (sagat kecil-kecil dan toskan airnya)
250 gram gula putih
250 gram tepung gandum
1 sudu teh soda Bikarbonat
1 sudu teh baking Powder
Telur 5 biji (Gred A)
2-3 titik esen vanila
Sedikit pewarna kuning (Yellow Egg)


Cara-cara Membuatnya

1. Satukan semua bahan.
2. Pukul hingga kembang dan masukkan esen vanila
3. Masukkan dalam Pemangang Ajaib Ikan (Isi 2/3 penuh je...)
4. Bakar kira-kira 8-10 minit dengan api kecil (bergantung kepada jenis dapur/api korang)
5. Buat lah hinga semua adunan siap dibakar ye... 



Khamis, 4 Disember 2014

Pasembor Kegemaranku...

 Pasembor Bekas Kuah 1 Love U..

 Makan sekali nak lagi...

Hari-hari minggu yangada jangan dibiarkan kosong, berlalu tanpa apa-apa asakan yang best untuk family. Cik Mun akan buat je apa-apa yang rasa dapat memuaskan hati a.k.a mengisi masa lapang dan perut yang kosong. Ha ha ha...

Entry kali ni pasal cuti semalam yang Cik Mun gunakan untuk jaga kedua-dua anak yang deman. Alang-alang dah duk kat rumah tu, Cik Mun masak pasembor kegemaran kami sekeluarga. 

Kalau nak beli pun berapa ringgit le sangat. Tapi tak best kalau cam gitu. Tak de ah air tangan Cik Mun kan? Lagi pun orang yang jual tu selalunya akan lebihkan cucr je, isi ikan, sosej dan taufoo petak selalunya berkira sangat diaorang nak letakkan banyak2.

So, Cik Mun bpun buatlah sendiri, lepas tu kasi kat ayah mertua, biras dan sesape je lah yang datang buat mesyuarat tingkap kat umah Cik Mun. TERBAIEKKK!

Kalau nak cuba, bahan-bahan dan resepi seperti di bawah ni...

  
  CUCUR IKAN BILIS


 Bancuhan Cucur Kucai Sama Taugeh

 Gorengngannya Cucur Kucai Sama Taugeh. 
Tak tunjuk nanti korang tak percaya Cik Mun yang buat.


CUCUR IKAN BILIS

Bahan-bahan Cucur Ikan Bilis Bersayur
 
200g tepung gandum
1 sudu makan mauripan
Garam secukup rasa
Sedikit genggam ikan bilis -  - Tumbuk tapi jangan hancur sangat
1 biji bawang kecil - Tumbuk tapi jangan hancur sangat
Minyak untuk menggoreng
Sedikit daun Kucai
1 sudu teh serbuk kunyit.
Sedikit Taugeh
Sedikit daun kucai

Cara Masak Cucur Ikan Bilis Bersayur
  1. Campur semua bahan kecuali  minyak. Gaul sebati. 
  2.  Perapkan hingga adunan naik 2 kali ganda dari saiz asal (kira-kira 45 minit)
  3. Masukkan kedalam minyak dan goreng hingga perang keemasan. 
  4. Angkat dan toskan minyak.



  KUAH KACANG


Bahan-bahan Kuah Kacang
 
150g-200g kacang tanah  - (disangai ,buang kulit, dikisar)
70g bawang kecil (3 biji saiz sederhana) - ditumbuk kasar
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah Kalau suka lebih pedas
50g gula merah 
60ml air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
 
Tips Penting  : Cik Mun tak letakkan garam sebab ikan bilis dan masin. Nanti nak makan, kuah kacang pun dan masin.

Cara Masak Kuah Kacang

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  2.  Tuang air dan masukkan kacang kisar, gula melaka dan jus asam jawa. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat sedikit. Matikan api.
 
 

Bahan-bahan Sampingan lain
 
Timun
Taugeh
Sengkuang
Telur rebus secukupnya- Cik Mun tak letak pun
Tauhu goreng/ Taufoo secukupnya
Hot dog/Sosej
Isi ikan
*boleh juga nak tambah apa-apa yg difikirkan sesuai*