Balik dari kerja Cik Mun memang penat. Setelah mengambil anak di rumah pengasuh, memandu selama lebih kurang 45 minit dari tempat kerja ke rumah...memang buatkan kaki Cik Mun lengoh. Ditambah pula dengan beban kerja yang `dok teringat-ingat' tak habisnya kena mengadap pulak esoknya.
Kalau `feeling' macam begini, Cik Mun akan masak benda yang simple-simple aja. Salah satu masakan kegemaran Cik Mun dan `husband' ialah Bendi Goreng Belacan. Cara memasaknya, tak perlu tunggu hingga kacang bendi empuk dan tak perlu tambah air .
Cukup sekadar air asam jawa dan juga cukup goreng sekadar layu kerana `style' begini akan buatkan kacang bendi rangup dan sedap dimakan.
Gambar `Close-up'
Bagi bahan tumbuk pula, Cik Mun memang selalu sediakan `base' yang sama, boleh digunakan untuk goreng nasi goreng, bihun/mee/kue tiaw goreng. Mudah, sentiasa pastikan bahan tumbuk ni ada dalam peti ais. Cik Mun akan buat anggaran untuk pakai 1 - 2 minggu dan simpan dalam peti ais. Dengan cara ni, kerja Cik Mun akan jadi lebih mudah dan cepat.
Resepi dan bahan-bahannya adalah seperti di bawah ini:
8-10 batang kacang bendi - potong menyerong
3 sudu besar kicap
Air asam jawa (secukup rasa)
10-15 ekor ikan bilis - (siang buang peisi perutya)*
1 sudu teh belacan*
2 biji bawang kecil*
1 ulas bawang merah*
2 tangkai cili kering*
perasa (optional)
Semua bahan bertanda * ditumbuk tetapi jangan terlalu halus.
Cara-cara memasaknya:
- Tumiskan semua bahan tumbuk hingga naik baunya.
- Masukkan kacang bendi, air asam jawa, kicap dan perasa.
- Goreng hingga semuanya sebati, angkat dan hidangkan.
Saiz hidangan untuk 3 orang.