Ahad, 16 November 2014

Pondok Wakaf Keluargaku Di Waktu Malam...

Pondok buruk yang comel dan nyaman.

Kalau sesiapa yang ada rumah kampung yang mana tanahnya luas dan banyak pokok besar menutupi yang meredupkan halaman rumah, amat rugi rasanya kalau tak manafaatkan keadaan tu. Cik Mun dan suami gunakan sepenuhnya peluang tu dengan buat pondok kat halaman rumah. Bukannya guna keseluruhan kawasan laman rumah. Cuma sebahagian kecil saja. Bahan-bahan yang digunakan pun semuanya daripada sumber terbuang sahaja.. Tapi masih dalam berkeadaan baik.

Pondok ni adalah hasil kerja tangan suami Cik Mun. Ukurannya lebih kurang 8x8 kaki. Dia yang pilih kayu-kayu hasil dari perobohan rumah lama kami dan dirikannya. Kiranya pondok ni siap dulu lah dari rumah kami. Dia buat pun sorang-sorang saja. Cuma minta bantuan rakan-rakan bila masa nak pasang atap. Sebab kena ada seorang yang kena hulurkan atap dari bawah.

Cik Mun rasa puas hati dengan pondok buruk ni. Walaupun tak cantik (sebab belum cat lagi kot)  tapi selesa untuk kami sekeluarga nak santai petang-petang kadang-kadang malam malam pun. Suami Cik Mun kreatif. Dia ambil lampu minyak gasolin yang lama dan letakkan mentol lampu di dalammya. Kipas buruk kami yang dah patah lehernya pun dia baiki dan letakkan di pondok ni. Ada lampu, ada kipas. Kalau tetamu yang datang walaupun pada hari raya, diaorang lebih suka lepak kat pondok ni berbanding masuk ke dalam rumah. 

Entahlah! Mungkin tetamu-tetamu ni selesa dengan udara luar yang segar, bebas mata memandang pokok-pokok yang hijau dan bunga canmtik yang Cik Mun tanam tu. Lokasi rumah Cik Mun pun terletak di sebelah taman permainan. Dah rasa macam duduk dalam taman bunga.  Alhamdulillah.. rezeki anak-anak makanya Cik Mun dapat beli tapak rumah ni...

Jumaat, 14 November 2014

Basuh Kereta Aktiviti di Hujung Minggu'Okt'14

 Ramai-ramai berjemaah basuh kereta. 
Bukan sembahyang je yang boleh berjemaah tau.

 Adik dan abang gigih dok basuh kereta ibu...

 Dah siap pancut lak dengan air tau.

Yang budak 2 orang ni basuh betul1. Lepas tu pergi cari kayu api. Tak siap semua keje tak boleh makan tengah hari...


Basuh ler kereta sendiri... Boleh berjimat cermat. Disamping tu...boleh dijadikan aktiviti riadah di hujung minggu dengan keluarga. Beleh jimat duit dan mengeratkan silaturahim anak beranak. Ibu pun untung sebab tak payah nak hantar kereta pergi cuci kat kedai `carwash'. Bagus bagus bagus!

Rabu, 12 November 2014

Mandi Kolam Besen, Aktiviti Di Hujung Minggu Jun'14

`Peace' ibu! 
Sebab kasi adik dan abang mandi kolam besen.

`Special pose'

Amboi...seronok sakan nampaknya...

Tengok apa tu...?

Dah lama sangat gambar ni dok tersimpan. Masa kodek-kodek my doc dalam pc tu baru jumpa. Terus `upload' dalam blog ni. He he he.... besar-besar esok abang iskandar dan adik iman akan tengok pic ni dan gelak balik.

Korang penah tak masa kecik-kecik dulu mak dan ayah kasi mandi main-main dalam besen cam gini...Mesti pantang tinggal besin besar kan? Mesti nak isi air dan mandi berkubang giler...

Isnin, 10 November 2014

Aktiviti Di Hari Minggu Yang Damai...

 Bersihkan pokok yang dah meninggi dan compang camping 

 Kena kejar dengan kelulut. Lari kejap

Lari kiri.. lari kanan.. nasib baik kelulut ni tak ada sengat macam lebah...

 Dah penat lari, cakar sampah pulak....

 Ada budak kecik 2 orang ni yang nak nolong pulak...

Tolong menjahanamkan laman rumah ada la... Carik harta karun katanya....

Berkumpul sekeluarga di hujung minggu memang seronok sangat. Cik Mun akan bangun seawal 6 pagi...sembahyang dan lepas tu masak apa yang patut. Dah panas sikit badan memasak dan berkemas, baru mandi.

Lepas tu dalam pukul 7.30 baru lah Cik Mun akan keluar, sidai kain dan belek bunga-bunga kesayangan. Kalau nak tahu, Cik Mun kalau pada hari bekerja Isnin hingga Jumaat pun memang akan set untuk bangun pagi-pagi, nak `spent time' walaupun sekejap untuk tengok kejap bunga-bunga dan siram mana yang sempat. Hati rasa tenang je kalau dapat buat macam tu...

 Adik Iman `peace...' ...

 Mr husband rehat sebab penat kemas halaman rumah.

 Macam gambar komersial je..

Dalam pukul 11 pagi, matahari dah meninggi dan panas.. lepak kat pondok. Buat air minum sirap ke.. air markisa dari kebun sendiri ke...lalu pulak makcik aiskrim depan rumah...bekorban la duit-duit kecik tu beli aiskrim untuk budak kecik dua orang tu.. Ibu dan ayah pun tumpang sekaki...

Alhamdulillah.. keluargaku yang bahagia...rumahku yang damai...doakan kami selamanya begini. 
Amin!

Sabtu, 8 November 2014

Kolam Mini Si Ikan Kapi

Pasu besar dan leper yang dijadikan kolam mini...

Cik Mun idamkan taman yang ada air pancut yang sentiasa mengalir ainya. Tapi ntah bila la akan dapat taman yang macam gitu.. Buat masa n i.. ini je la yang mampu Cik Mun dan `mr Husband' usahakan. Kira okey lah ada walaupun ntah apa-apa daripada tak ada langsung...

Dalam kolam kecil tu ada Si Ikan Kapi. Senang nak membela ikan kapi ni. Ambil je sepasang, jaga elok-elok dan akan beranak pinak lah ikan tu. 

Kat tepi-tepi tu pulak Cik Mun tanam pokok bunga ungu yang ala-ala lavender tu. Ntah apa namanya. Renek pokoknya. Ada jugak pokok buluh. Tapi yang renek je sebab kalau besar sangat susah nak `maintain' pulan kolam mini ni...

Bunga ungu tu, Cik Mun ambil dari `ofis'. Dari hanya satu ranting yang Cik Mun ambil, dah berkembang biak jadi banyak. Gembira rasanya hati bila tengok taman ni. Tenang je.

Dalam kolam aka pasu tu, Cik Mun letakkan kiambang. Daun je yang ada. Bunganya tak pernah nampak pun. Kalau berbunga nanti Cik Mun tangkap dankongsikan dalam ni..

Itu lah dia kolam mini Cik Mun. Ada tepi pondok buruk dalam lamam rumah Cik Mun...

Khamis, 6 November 2014

Bunga Naungan Si Sepit Udang Kuning


 Bunga Sepit Udang Kuning di bawah pokok ekor merak.

Bunga Sepit Kuning Udang di bawah pokok manggis.


Ada banyak sumber yang megatakan bunga sepit udang ni tak boleh duduk di bawah naungan. Tapi Cik Mun punya pokok ni di bawah naungan dan okey je.. berbunga pun...

Mungkin pokok yang naungnya kurang daun kot... mungkin! 
Apa pun, Cik Mun sukakan bunga sepit udang ni sebab bunganya tahan lama. Lepas tu pokoknya mudah nak tanam dan tahan lasak. Senang nak jaga sebab alau tak jirus pun segar bugar je....

Selasa, 4 November 2014

Bunga Matahari Kecilku...

Bunga matahari disamping batu yang hodoh.

Bunga matahari ni Cik Mun tanam sebab nak tenggelamkam batu yang hodoh tu. Besar sangat batu tu, dan kalau dibiarkan nampak usang sangat halaman rumah. Alkisahnya batu tu wujud masa roboh rumah lama untuk buat yang baru. Tapi tak pulak dikemasnya batu ni dan sekarang ni buat semak mata memandang je..Dah suruh `mr husband' angkat pun tak termampu dia. Cik Mun pun tak berani la nak mengangkat benda-benda yang berat. Sayang badan la katakan...Kalau sakit nanti kan susah...
 
Buat masa ni ini sajalah bunga yang ada. Lebih kurang 15 pokok gitu.. Nak tengok, sampai berapa lama pokok ni boleh `survive' dek `dipotong kerana terpotong' masa `mr husband' mesin rumput. Nak juga tahu berapa lama pokok ni `survive' tanpa Cik Mun siram. ( Ha ha aha.. sebab sekarang ni musim ujan.) kalau malas pun kira bunga segar dan `steady, lagi .

Lepas ni nak ambil benihnya. Nak tanam banyak-banyak dalam pasu kecil dan susun kat semau tempat. Hahahaha.....Mu a hahaha...





Ahad, 2 November 2014

Bunga Pagar Si Bunga Ixora...

Bunga Pagar Cik Mun.

Bunga pagar ni renek je.. dah lama tanah. rasanya dah hampir setahun. Tapi masaih berkeadaan renek macam ni. Memang masa Cik Mun beli nakkan yang renek cam gini. Tapi terlalu renek sampai rasanya macam tak naik-naik. Apa pun.. Cik Mun tetap seronok bila tengok bunganya yang kembang mekar mancantikkan pemandangan rumah.

Leps ni nak semai lagi dalam poli beg. Ada jiran yang bertanya nak buat benih katanya. Takpe.. Cik mun kasi `free' je lah walaupun Cik Mun sendiri kena beli RM12.00/beg. Tolong menolong ni dapat pahala. Esok2 kalau Cik Mun ada berkenan bunga kat rumah diaorang pulak, Cik Mun mintak pun diaorang kasi je..