Jumaat, 31 Oktober 2014

English Garden a.k.a ros garden...

 Bunga ros kecil dan renek bewarna oren jingga

 Bunga ros bewarna putih. Wangi sangat bila berkembang mekar.

Bunga ros warna merah pink. Tak wangi tapi tahan lama.

Kali ni Cik Mun nak kongsikan `English Garden' Cik Mun kat sudut rumah bahagian hadapan. Setakat ni baru ada 3 pokok bunga ros. Insya Allah, Cik Mun akan tambahkan lagi koleksi bunga ros Cik Mun ni.  Bunga ros ni kalau dihitung bermula dari kudupnya hingga layu dan gugur, ambil masa selama 2 minggu la. Seronok sangat perasaan masa bunga tu berkembang. Kalau boleh nak bawak masuk letak kat tepi je masa tidur pun...

Kata `mr husband', tak payah beli banyak-banyak, nanti ambil saja keratan batang bunga ros yang dah matang dan semaikan (dia dengki suruh berjimat la tu...) Nanti-nanti jadi banyak lah dia...

Walau apa pun, Cik Mun bertekad akan kumpulkan sebanyak mana jenis bunga ros. Nak tanam banyak-banyak. Biar nampak meriah dengan bunga ros. Ha ha ha....

Doa kan berjaya ye...

Rabu, 29 Oktober 2014

Rokok Oh Rokok!

 Antara rokok-rokok yang dalam pasaran tempatan yang `femes...'


Meh kita buat kira-kira yang mudah dan ringkas tentang duit yang boleh dijimatkan oleh seorang perokok.

sehari 1 kotak rokok    = RM13.50
1 bulan 30 kotak rokok = RM13.50 X 30 bulan = RM405.00
1 tahun                         = RM405.00 x 12 bulan = RM4,860.00

Jadi, korang bayangkanlah berapa banyak duit yang dihabiskan untuk membeli rokok bagi perokok-perokok tegar kat luar sana tu. Oleh yang demikian, Cik Mun mengambil keputusan untuk menghabiskan jumlah yang sama setiap hari/bulan/tahun untuk beli bunga bagi meneutralkan kembali asap rokok yang dihembuskan perokok tegar ni. Dan ini juga adalah sebagai terapi kepada Cik Mun yang marahkan perokok-perokok ni sebab abiskan duit. So.. Cik Mun pun akan habiskan duit juga, dengan cara beli bunga.

Persamaan hobi isap rokok dan beli bunga/berkebun:
  1. Kalau duit habis: sama-sama habiskan.
  2.  Kalau bunga tak cantik, bakar je...tak semak.
  3. Bunga boleh kongsi dengan kawan-kawa;kecantikannya, baunya: sama gak macam rokok... boleh berkongsi...
  4. Kalau ada yang cakap beli pasu/bunga mahal.. beli rokok pun sama mahal jugak...

Macam-macam yang Cik Mun ber nasihat, supaya orang tersayang berhenti merokok, tapi dia masih dengan tabiatnya juga. Kepada sesiapa yang membaca blog ni, tolong lah aminkan doa Cik Mun ye...Isk isk isk...!


Selasa, 28 Oktober 2014

Bunga Kantan di Taman Herbaku

Pokok bunga kantan.

Hampir 7 kuntum bunga kantan sedang berkembang. 
 
Masih lagi berkembang. Cantik kan?


Taman herba Cik Mun yang tak berapa besar ni mengeluarkan hasil. Sayang pulak Cik Mun nak petik. `Shoot' gambar sajalah. Biar bunganya menjadi buah dan masak. Boleh burung-burung makan. Kira sedekah pada binatang jugak la tu...

Kalau nak tahu.. Cik Mun kalau buat laksa pun takkan masukkan bunga kantan macam yang selalu orang buat tu. Kalau masukkan juga, Cik mun akan angkat laksa tu pada orang lain untuk makan sebab Cik Mun memang alah dengan bunga kantan ni. Kalau makan, alamatnya asma Cik Mun akan menyerang. 

Sa juga dengan aayah mertua Cik Myun, dia dah tua dan tak akan makan makanan yang sejuk. Nanti demam katanya. Husban pulak, ada besi dalam kaki sebab gantikan tulangnya yang patah dalam kemalangan. Kalau makan, rasa mencucuk pada bekas kaki yang di`operate' tu.. So... simpan je lah bunga kantan ni. Jangan guna.. hu hu hu....

Ahad, 26 Oktober 2014

Bunga tutup bumi

 Bunga tutup bumi kat tepi pasu besar.

 Bunga tutup bumi kat tepi rumah.



Cantik sangat kalau laman kat rumah Cik Mun penuh dengan buga tutup bumi ni. Berpenat lelah Cik Mun tanam pokok bunga ni. Ambil dari rumah jiran depan rumah. mendidik dan membelainya dengan sabar... harap2 dapatlah kembangs etaman yang kat bawah tu, kembang hendaknya macam kat atas tu... 

Ada sesiapa tak yang tahu apa nama bunga ni?...





Sabtu, 4 Oktober 2014

Kuih Kasturi di waktu petang yang damai...

 Di petang yang damai ari tu, dah tak ingat petang bape haribulan. Cik Mun buat Kuih Kasturi ni. First time mencuba. Terima kasih kepada Resepi : HaSue@sue-hasue.blogspot.com, tuan punya resepi asal yang sudi kongsi resepi. Izin Cik Mun buat dan tunjuk dalam blog Cik Mun ye....

 Kerja membancuh adunan dan membentuk Cik Mun buat dengan gunakan gelas. Nak bagi nampak bulat punya pasal. Tapis ebelum tu, Cik Mun canai adunan guna kayu pencanai yang buat biskut tu. Ha ha ha...

 Dah bulat comey, celup la dalam adunan cam korang buat cucur goreng pisang tu...

 Goreng hingga keperangan.

Dah siap kalau banyak sangat, letak dalam bekal, bawak pegi pejabat makan dengan kawan2. Tapi `reheat' la dulu k...

Bahan2:
1 cawan kacang hijau
3/4 atau 1 cawan gula pasir (kemanisan bergantung kepada selera masing2)
1 sudu kecil garam
Air secukupnya untuk merebus kacang

Cara2 membuatnya:
  1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
  2. Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering (Kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
  3. Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana.
  4. Apabila sudah mula kering, perlahankan api..dan kacau sentiasa.
  5. Untuk memastikan inti sudah masak-kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang..memang senyap je (takde keluar bunyi plup2 dah kat adunan inti tu).
  6. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..
Bahan2 membuat adunan tepung:
1/2 cawan tepung gandum
1/3 sudu mkn marjerin
1 sudu kecil garam
secubit gula
1/2 cawan air
Sedikit pewarna kuning
Minyak secukupnya untun menggoreng-lebih kurang 2 cawan

Cara2:
  1. Dalam bekas,campurkan tepung,marjerin,garam,gula. Masukkan air dan kacau supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning
  2. Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.
 Saiz hidangan : 5 orang makan. Sorang boleh dapat 3 ketul (bergantung kepada besar/tebal mana kuih dibentuk.)
 

Khamis, 2 Oktober 2014

Gulai Tempoyak Pucuk Ubi Sama Ikan Masin

Pernah dengar tak cerita zaman orang-orang dulu yang hidup susah semasa zaman berperang dengan komunis? Zaman yang mana orang hidup susah dan makan ubi kayu je... Pucuknya juga dimakan. Tapi zaman sekarang ni bukan orang yang susah je makan ubi kayu dan pucuknya. Kat restoran-restoran mewah pun ada sajian berasakan ubi kayu. 

Salah saru resepi berasaskan pokok ubi kayu yang jadi kegemaran Cik Mun ialah Gulai Tempoyak Pucuk Ubi Kayu. Makan pulak kena dengan petai dan sambal tempoyak lagi. Tambah lagi rasa `kick' nya. Tapi Cik Mun tak tahu lah kalau orang yang lain dari Anak Perak. Suka ke tak...

Kalau nak tahu bahan-bahan dan resepi, seperti kat bawah ni...



Bahan-bahan

Secekak pucuk ubi (rebus dan hiris kasar)
6 keping ikan masin
2 sudu makan tempoyak
2 sudu teh serbuk kunyit
1 batang serai*
2 biji cili padi (jika suka pedas boleh tambah lagi)* 
2 biji cili kering
¼ sudu teh belacan*
2 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*


Cara-cara memasaknya:

  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan.
  2. Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  3. Angkat ddan hidangkan dengan nasi panas.
Saiz hidangan untuk 3 orang.