Selasa, 26 Ogos 2014

Tat Nenas Gulung Simple Sedap

Hari ni dah masuk 30 Syawal 1435 Hijrah. Tapi mood nak upload gambar biskut raya yang Cik Mun buat baru datang. Ini pun setelah rilex sikit bebanan kerja pejabat. Maka, tibalah pula masanya Cik Mun nak berlepak santai dengan blog ni...

Ini lah dia hasil Biskuit Tat Nenas Gulung yang Cik Mun berjaya buat. Kalu nak tahu, biskut ni merupakan kali ke dua dalam seumur hidup Cik Mun buat. Alhamdulillah la juga menjadi. Cumanya, disebabkan Cik Mun tak gunakan kertas minyak untuk melapik biskut sebelum disusunkan ke dalam dulang pembakar, makanya biskut yang telah dibakar menjadi susah untuk dikeluatkan dari dulang pembakar.

Tapi Alhamdulillah, eksperimen Cik Mun menjadi. Terima kasih kepada http://dapur-digital.blogspot.com (Noor Masri). Kredit kepada tuan punya blog ni. Semoga sentiasa diberkati Allah atas perkongsian ilmu yang beliau lakukan. Amin! Izinkan Cik Mun nak cuba resepi ni dan copy paste dalam blog Cik Mun ye...


Kalau nak tengok gambar sebagai bukti Cik Mun buat, ada banyak gambar macam kat bawah ni ye...

 Cik Mun gunakan Butter Cup.. Haha... marjerin biasa pun boleh jugak. 
Cuma rasanya kurang la sikit kot?

 Jem nenas segera yang Cik Mun beli. Ini jenama Nona. memang sedap rasanya.

 Nak cepat kerja, Cik Mun buat gentel memanjang dan potong dengan gunting.

 Pastu Dough yang dah diadun tu, apa lagi.. tekan je la...guna acuan yang kita selesa. Sakit jugak tangan nak menghabiskan 1 kilo tepung ni...

 Anak Cik Mun, Si Iskandar tu tanya "Ibu main buat jalan raya ke?" bila tengok hasil picit dengan acu tat nenas ni... Cik Mun Ye ka aje...

 Ini hasilnya setelah digulung, susun cantik-cantik dalam dulang bakar ye...sebelum bakar jangan lupa sapukan putih telur yang dah dicampur dengan pewarna `yellow egg'.

Tara.....! Tat nenas yang dah siap dibakar...sedap giler...


Bahan:
( Kira-kira 180 biji )


1 kg tepung gandum
625g mentega (2 1/2 buku mentega) Cik Mun gunakan buttercup
4 kuning telur
1 putih telur
1/2 sudu teh garam halus
15g gula halus-resepi asal tak letak
1 sudu teh esen vanilla

1 kg jem nenas

Sapuan:
1 putih telur + pewarna kuning + 1/2 sk air-kacau sebati


Cara membuat:

  1. Campurkan kuning telur, putih telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning dalam mangkuk   kecil. Pukul sedikit dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar, gaulkan mentega, gula dan tepung hingga menjadi serbuk roti.
  3.  Kemudian masukkan campuran telur tadi.Gaul sebati.Masukkan dalam acuan tat gulung, picit   dan letakkan jem. Kemudian gulung.
  4. Sapu atasnya dengan bahan sapuan kemudian bakar pada suhu 180'C selama 18 minit atau sehingga masak. (suhu dan masak bergantung pada jenis oven)


*Jika adunan keras yakni gulungan putus-putus bolehlah tambah sedikit lagi butter sehingga mendapat adunan yang betul-betul lembut dan mudah untuk digulung.