Isnin, 9 Disember 2013

Iskandar Demam dan Lawak Bodohnya....

Anak Ibu Iskandar Ibad


Hari ni Iskandar demam. Batuk dan asma. Agaknya berubah angin...sebab dia nak masuk umur 4 tahun agaknya. Masa balik rumah lepas main dengan kawan-kawan, terus je masuk rumah dan berselimut. Sejuk katanya. masa tu tak suspek lagi dia nak demam. Sebab time makan malam laju je dia telan  sampai habis sepinggan.

Alhamdulillah masa tidur malam pun ok jugak Iskandar tu. Tak ada jadi apa-apa terjadi.  Cumanya masa dalam perjalanan nak pergi kerja, Cik Mun sentap jugak la bila Iskandar buat lawak bodoh. Dia tidur di belakang tempat penumpang. Matanya terbuka. Bila dipanggil tak menjawab. Dalam hati masa tu dah berderau darah ni. Risau peristiwa lama berulang kembali. SAWAN!

Masa Iskandar kena sawan dulu, tiga-tiga kali masa kejadian... suami tak ada di sisi. Meraung Cik Mu mintak tolong. Amat menakutkan sebab dari cerita orang-orang tua dan pembacaan yang Cik Mun dapat, sawan ni boleh membawa kepada kecacatan kekal/maut sekiranya terjadi dalam tempoh yang lama.

Pernah suatu ketika masa Iskandar berumur 3 tahun dan terjadi sawan, dia ditahan di Wad Kuala Kangsar. Semasa perjalanan menaiki ambulan ke Hospital Kuala Kangsar, seorang jururawat pengiring (Cik Mun tak ingat namanya) bercerita bahawa beliau mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 23 tahun yang mengalami epilepsi kesan daripada  terlalu kerap terkena sawan. 
 
Masa di Hospital Kuala pula Cik Mun ditempatkan di wad kanak-kanak. Lagi sedih kerana ada budak yang berada di sebelah katil anak Cik Mun hampir pekak dan telah bisu. Ibunya yang kepenatan bekerja di kilang nyenyak tidur dan tidak perasan anaknya terkena sawan ketika waktu malam.

Malam ni, Cik Mun dan suami kena bergilir-gilir berjaga malam untuk memastikan tiada apa-apa yang berlaku kepada Iskandar. Jika tidak, pasti kami akan menyesal seumur hidup....