Rabu, 15 Mei 2013

Anak Demam

 Sekadar gambar hiasan dari Google Imej.


Susahnya hati ni bila Muhammad Iman demam. dah 2 3 hari dan sampai sekarang hari yang ke 7 pun ada dema-demim sikit-sikit lagi. bermula dari selsema, batuk dan selepas tu demam pulak.

Bila bekerja pun hati rasa tak tenang. Asyik teringat saja. Alhamdulillah la pekerja kerajaan. Boleh isi borang `pelepasan', dapatkan kebenaran lebih awal dan bawa anak untuk dapatkan rawatan.

Bila malam pulak bersengkang mata, bergilir-gilir dengan suami menjaga anak. Cik Mun selalunya akan stat tidur dari pukul 9 ataupun selepas sembahyang isyak hingga pukul 2 pagi. Selepas tu suami pulak yang akan tidur dan Cik Mun akan berjaga gantikan dia.

Kadang-kadang mungkin ibu bapak yang lain tak buat macam Cik Mun sebab anak mereka mungkin demam sahaja tapi tak kena sawan kalau demam tu panas sangat. Tapi anak Cik Mun ni jenis yang kalau demam panas sangat tu boleh jadi sawan. 

So, kepada ibu bapa kat luar sana tu, jangan lah nak mengeluh kalau anak sakit sampai kita kena bersengkang mata menjaga mereka. Sesungguhnya, malaikat akan turut sama menemani kita dan mendoakan syurga setiap kali pengorbanan sebegini dilakukan...

Khamis, 2 Mei 2013

Malas Nak Masak

Assalamualaikum.

Terasa dah lama tak `update' blog ni. Bukannya apa, sekarang ni Cik Mun malas nak masak. Hati ni masih lagi merajuk jugak denganmasakan yang dimakan tapi tak habis. Penat dan membazir sahaja rasanya.

Cik Mun beli je sekarang ni. Itu lebih praktikal. Lagipun, sekarang ni demam pilihanraya. Setiap malam kat pos undi mesti ada buat makan-makan. Tiap2 malam dapat makan free la. Jimat duit dapur. Cik Mun tak makan sangat malam-malam ni. Tapi husband dan anak-anak yang makan.

Sejak Cik Mun amalkan lauk beli bungkus ni, berat badan pun dah turun 4 kilo. Alhamduliillah...